Assalamualaikum,
Hari ni aku nak update dua entri, rare kan? Okay, as the title suggested. Entri pertama nak meraikan aku masuk office balik. Haha. Ya, betul tu. Minggu lepas aku dah mula bekerja dipejabat. Memang lain rasanya bila satu minggu kerja full dekat ofis. Buat pulak kena drive all the way from Sungai Buaya to Bangsar.
Seawal jam 7.30 pagi aku dan family keluar dari rumah. Destinasi pertama ke taska Fariq, pastu ke Sungai Buloh nak menghantar wife kerja dan last sekali sudah tentunya di Bangsar South, yang menempatkan HQ Touch 'n Go.
Biasanya aku sampai ofis wife around 8am, redah jem sikit dekat area Istana Negara dan sampai Kerinchi dalam pukul 8.30 pagi. Kalau jem teruk pun biasanya interval dalam 10-15 minit je.
Walaupun ada peruntukan parking bulanan, aku lagi selesa parking dekat LRT Kerinchi ni sebab senang nak keluar balik rumah. Kalau parking kat Bangsar South memang berkicap lah nak balik, belum keluar building lagi dah jem. Lagi satu bila parking sini, dapatlah exercise sikit berjalan kaki. Dapat jugak 700m, okaylah tu daripada takde..:-p
Kat sini boleh masuk paling lewat 9.30, so aku takde rushing sangat, boleh jalan slow-slow. Sebab sama je at the end of COB, aku ni sejenis yang balik pukul 7 jugak. Haha
Mewah stationery untuk new joiner kat sini. Huhu
Selfie lah dulu bro kat toilet, cam tak biasa pulak. Haha
7pm - balik lah chaa! Alhamdulillah, kat sini kerja masih boleh fokus lagi. Kalau takde urgent works, memang normally aku cabut je..:-p
Untuk minggu lepas, wife aku ni saja nak mengikut balik sekali hari Isnin tu. Dari Sungai Buloh naik MRT sampai Pasar Seni, then LRT ke Kerinchi. Tapi katanya, ada kawan sekali satu jalan. Satu journey pun dalam 40 minit. Tu yang aku tak kisah sangat, tak nak susahkan mertua katanya. Sampai sekarang dok mengikut aku balik, tengahkan nak menunggu dia berani drive.
Biasanya jam 7.20 petang kami gerak dari Kerinchi sampai rumah dalam pukul 8.10 camtu. Kalau tak jem cam dalam gambar ni lah. Tak silap aku time ni dah lah hujan lebat, ada accident pastu orang balik kampung rasanya. Tapi kalau hari biasanya memang elok je jalan.
Hari lain rutin yang sama jugak. Memang lain rasanya, mungkin sebab dah lama tak kerja seminggu full kat office. Jam 11 biasanya mata dah layu, memang tak dan lah nak main game pun. Haha
Cuma khamis lepas ada meeting dengan Quatriz. Haha. As expected, mana ada bos diorang nak datang. Yang dihantarnya bro ni..:-p
Okaylah, tu je lah kot entri pertama untuk malam ni. To summarize, it's good to be back. Bila kat office ni, more focus dengan kerja yang ada. Masa bermalas tu memang kurang sikit lah compare bila duduk rumah. Huhu. Baiklah, next entri yang menyusul adalah hari besar ipar aku. Nak tau? stay tune lah ye.
No comments:
Post a Comment