Sunday, May 31, 2020

Kisah AKU n Farid Driving School

Assalamualaikum,

Salam 7 Syawal kepada seluruh umat Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sesungguhnya Syawal yang kita sambut tahun ni memang penuh dengan kesederhanaan disaat dunia dilanda wabak Covid-19. Raya yang diraikan terasa sedikit kosong. Ye lah, tak balik kampung. Tak jumpa sanak saudara, takde rumah terbuka dan takde lemang Opah. Sobs. Okay, dah kenapa title blog cam gitu. Ada berangan nak bukak sekolah memandu ke? Haha. Takdelah. Saja je nak update entri tangkap muat ni. Maklumlah takde cerita Raya.
Minggu ni aku start mengajar cik isteri memandu kereta. Ija ni dah ada lesen, tapi problemnya takut nak bawak kereta. Since dia pun dah kerja kat Sungai Buloh. Kami berpendapat yang dah tiba masanya untuk dia beranikan diri driving. Yelah, sebab aku ni kan kadang balik lewat. Mana sempat nak pick up dia. Takkan nak bergantung kat ayah pulak jadi driver nanti. 
Hari tu aku ajar basic kereta. Depan rumah je.
Hari Selasa dah start ajar dekat area Biri-Biri tu. Ada kawasan lapang, senang sikit nak ajar. Takde risau takut ada budak lalu lalang ke.
My student. Seronok dapat drive. Nasib baiklah jenis tak melawan. Haha
Haa, ni driving instructor tak berlesen. Tapi tak melanggar undang-undang pun sebab wife memang ada lesen. Valid untuk drive diatas jalan raya..:-)
Si kecik ni duduk rumah atuk dia. Pun belajar kereta jugak. Huu
Khamis aku dedahkan Ija dengan jalan raya di Bandar Sungai Buaya. Kat sini minta dia praktikkan pengunaan kelajuan yang betul, signal dan sebagainya.
Ni pulak cerita tambahan, petang Jumaat lepas kelas memandu kami terus ke TESCO Bukit Sentosa nak restock groceries. 
First time masuk TESCO sejak dari start MCO hampir 3 bulan yang lepas..:-)
Before balik, temankan Ija beli kasut. Tapi aku duduk luar je, bukan apa sebab staf Hypershoe pakai uniform oren. Karang ada pulak customer suruh aku cari saiz kasut pulak. Haha
Malam Sabtu ikut ayah ke Bukit Sentosa pulak, nak melepas gian makan kat Salam Sentosa katanya. Kebetulan kami pun ada benda yang nak dibincangkan, memang elok sangat datang kesini. Lagipun sejak MCO, dah lama sangat kami berdua tak keluar ngeteh sama-sama.
Dapat pekena Nasi Goreng Kambing. Syahdu beb! Lepak dengan bapak lagi bagus, nak harapkan dua orang bujang tu. Sampai habis MCO nanti pun belum tentu free. Mengalahkan orang dah kahwin. Haha

Okay, itu sahajalah cerita malam ni. Jadilah entri tangkap muat, asalkan kekal berupdate. Especially time perintah berkurung ni dimana takde cerita sangat.

P/S: Apo cito takeover ni, sonyap jo?

Tuesday, May 26, 2020

Kisah AKU n Syawal 2020 - Day 2

Assalamualaikum,

Untuk melengkapkan Diari Raya tahun ni, suka aku nak share aktiviti mostly untuk hari kedua Syawal tahun 2020 ni.
Pagi Raya kedua dikejutkan dengan budak ni yang tiba-tiba bangun awal. Biasanya jam 10-11 pagi baru bangun.
Makan Nasi Lemak lah kita setelah hampir sebulan tak dapat menjamah favourite breakfast ni. Dalam jam 11 pagi aku dan Ija pulang semula kerumah kami, diawalkan sikit sebab nak menerima tetamu yang datang dari Ulu Bernam.
Amboi, follow SOP tu. Check suhu, pakai sanitizer dan juga mask. Siapa pulak yang datang tu? 
Bro Zaaba yang datang menziarah semalam ditemani tunang dia, Nad. Katanya tahun ni deme beraya di Ulu Bernam, rumah makcik Zaaba. Tu yang menyinggah ni dah alang-alang lalu sebelum balik ke Bukit Jalil.
Adalah dua jam semalam lepak sini. Bergambar kenangan bersama sebelum beransur pulang. Bro ni lah kawan paling lama yang aku ada kat Quatriz dulu. Kenal dari tahun 2016. Thanks korang sudi singgah. Nasib baik inform awal-awal, kalau tak memang air kosong je lah jawabnya. Haha
Petang aku jadi driving instructor. Siapa yang belajar kereta tu, siap berkon segala bagai ni?
Haa, cik adik ni lah. Ija ni sebenarnya dah ada lesen memandu tapi tak pernah bawak kereta. Since nanti dia akan bekerja di Sungai Buloh. Kami plan untuk ambil loan kereta untuk memudahkan urusan pergi balik kerja. Time MCO ni memang aku boleh hantar balik lagi sebab WFH. So, ceritanya ajar drive siap-siap. Bagi dia konfiden sikit. Dapat kereta nanti, takdelah panik. 
Malam raya kedua, main game je lah. Kali ni malas nak main Total War, it's GTA V time baby! Gitu je lah cerita raya time MCO ni. Tu pun nasib baik si Zaaba datang beraya. Kalau tak memang takdenya aku nak menaip entri ni. Haha

Okay lah guys, nampaknya dengan berakhirnya entri malam ni. It came to the conclusion of my Diari Raya bagi Syawal 2020 ni. Lepas ni tak tau lah kalau ada entri raya lagi untuk tahun ni. Open house pun mesti takde punya. Surprisingly tahun ni habis semua duit raya yang aku allocated untuk cousin dan family. Haha, memang lah dah berapa kerat je yang ada. A very thank you so much untuk rakan-rakan blogger dan juga reader yang sudi menyinggah dan membaca Diari Raya aku yang sederhana ini. Menutup kata, aku dengan rasa rendah diri ingin meyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas kekhilafan yang ada baik tanpa sedar atau tidak. Selamat Hari Raya Aidiliftri Maaf Zahir Dan Batin!

Monday, May 25, 2020

Kisah AKU n Syawal 2020 - Day 1

Assalamualaikum,

Tanggal 24 Mei 2020, umat Islam telah meraikan kemenangan melawan hawa nafsu dan kini sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ramadhan yang baru sahaja belayar ini tentunya akan menjadi asbab untuk kita terus menunaikan perintah Allah dengan penuh rasa rendah diri dan menjauhi segala laranganNya. Alhamdulillah, syukur aku panjatkan kehadrat Ilahi kerana masih memberi nikmat kehidupan untuk bersama-sama meraikan hari kemenangan ini. Kalau ikut turn, sepatutnya tahun ni aku merancang untuk beraya di Perak, tapi apakan daya. Dah tu wabak pulak buat spoil, tapi dapat beraya bersama mak ayah pun dah cukup bersyukur.
Seperti yang kita rakyat Malaysia sedia maklum, tahun ni kita tak dapat nak menunaikan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah di surau/masjid angkara wabak Covid-19. Jadinya segala yang berkaitan rukun solat raya telahpun diwar-warkan kepada orang awam bagi tujuan solat sunat Aidilfitri dirumah. Adik yang lead sembahyang pagi tadi.
While aku pulak diberi tanggungjawab menyampaikan khutbah Hari Raya Aidilfitri 2020 yang bertajuk Menginsafi Diri Mengundang Redha Ilahi. Tak sempat nak print, khatib pakai henpon je. Tech savvy sangat. Haha
Usai sembahyang raya, aku meneruskan sesi fotografi bersama-sama keluarga.
Mak ayah tercinta bersama cucu kedua mereka..:-)
Fariq bersama Uncle Faris. Nama pun dah nak sama kitorang bertiga ni. Huu
Photographer Of The Day. Sorry bro, kamera cantik kan? Tapi time aku nak update blog haram satu gambar dapat dari bro ni.
Selfie satu kali!
Tahun ni kami raya berenam je. Along beraya kat PD dengan family dia. Siot punya Covid-19, memecahbelahkan keluarga betul. Pfft. Nasib baiklah ada teknologi.
Dapatlah video call untuk mengubat kerinduan..:-)
Ni pulak gambar dia share, beraya kat Pantai PD.
Bukan main seronok Fariq dapat menyembang dengan Abang Mikail. Huhu
Amik gambar kenangan bersama family Along melalui telefon. Takpe, jauh mata tapi dekat dihati..:-)
Next, sesi pengagihan duit raya kepada yang berkenaan. Hihi
Haa, yang ni wajib lah. Sesi pengakuan dosa-dosa lampau dan bermaaf-maafan.
Elok pun tidur, kami nak makan dulu ni Fariq.
Makan time. Juadah raya tahun ni nasi minyak dengan lauk ayam cili. Ada jugak ketupat palas dan lemang bagi menghidupkan suasana Raya.
Makan lemang je tadi. My favourite time Raya..:-)
Lepas makan, aku sambung menaip deraf entri. Malas nak buat malam, tengahkan ada masa ni.
Malam tengok TV je lah. Program kat channel-channel Astro pun banyak jugak walaupun program Raya tahun-tahun lepas punya. Elok je jam 11 nak naik tidur, tetiba tergerak hati nak switch channel 401.
Sudahnya aku sambung layan cerita Patton ni sensorang sampai pukul 2 pagi. Rare beb cerita ni, bukan selalu dapat layan movie perang lama kat Astro. Asyik-asyik dok ulang Marvel je, macam budus je. Haha 

Jadi, itulah cerita hari Syawal pertama aku untuk tahun 2020 ni. Dikesempatan ni sekali lagi ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada sesiapa yang mengenali diri ini terutamanya buat rakan-rakan sekolah, UiTM, Touch 'n Go dan lain-lain

In Sha Allah jika tiada aral melintang, berjumpa lagi kita dicerita berikutnya. Till then, take care you all dan selamat beraya!

Sunday, May 24, 2020

Kisah AKU n Ramadhan 2020 - Day 30

Assalamualaikum,

Okay, tahun ni kita update awal balik since sekarang ni kita beraya kat rumah sendiri. Tahun lepas line so-so kat Melaka, so aku balik Rawang baru dapat update semua entries. Meneruskan tradisi tahun-tahun sebelum ni, ada tiga entri wajib Raya Aidilfitri yang aku kongsikan bersama korang. Entri yang pertama ni nak cerita pasal aktiviti aku bersama keluarga untuk hari terakhir Ramadhan 2020 ni. 
Jom kita start dengan cerita hari Jumaat, ada perutusan Raya live dari our CEO, Mr. Nizam. Beliau juga mengumumkan akan melepaskan jawatannya di Touch 'n Go dan bakal menyertai UEM Edgenta berkuatkuasa Julai 2020. Thank you boss, walaupun tak sempat berjumpa face to face, it's my honor to be a part of your team. Semoga sukses di tempat baru!
Awal pagi Sabtu aku dah bersiap packing baju nak balik kampung. Bawak beg kecik je, plannya nak stay beraya dua malam. Huu
Muka tak puas hati sebab kena bangun awal. Haha. Mak ayah nak tukar langsir ni Fariq. Nanti sambung tidur balik..:-p
Kat rumah sendiri ni aktiviti hari last Ramadhan just mengemas rumah je lah. Sapu mop lantai, tukar langsir. Untuk tahun ni nampak gayanya tak membakor lemang lah. Sobs
Ruang tamu yang tidak menerima tetamu luar bagi tahun ni. Haha. Sorry lah geng, family first. Habis Covid-19 nanti datanglah ye.
Jom Fariq, kita balik rumah atuk. Balik kampung yang takde jem, tak payah nak bayar tol, tak yah topup TnG dan isi minyak. Haha
Jam 7.20 petang menandakan telah masuk waktu berbuka di kawasan Hulu Selangor sekaligus menandakan telah berakhirnya Ramadhan bagi tahun 2020 ini. Sempat jugak sampai kampung time dah nak berbuka. Haha
Menunggu masuk waktu Isyak untuk menunaikan solat dan takbir Raya tanda syukur kepada Ilahi bagi kemenangan melawan hawa nafsu pada Ramadhan tahun ini.
Lead solat dan Takbir semalam..:-)
Meriah rumah-rumah jiran kat sini dengan lampu lip-lapnya. Ada lah feeling Raya sikit.
Haha, si budak kecik ni. Apa benda lah nak nangisnya, macam tak biasa stay kat sini..:-P
Isi duit dalam sampul raya. Ni tahun lepas punya sampul sebenarnya ada lebih. Tah siapa yang bagi pun aku tak ingat, tapi kali ni dah be a part of Touch 'n Go. Huu
Alright guys, concluding the entri malam ini, syukur aku panjatkan kepada Allah kerana mengurniakan aku dengan nikmat kesihatan sepanjang menjalankan ibadah puasa untuk Ramadhan 2020 ini. Dikesempatan ini ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam.

In Sha Allah seperti tahun-tahun sebelumnya, you guys can stay tune here for another two more entry wajib Diari Syawal 2020 ni..:-)