Monday, March 30, 2020

Kisah AKU n MCO @ Malaysia - Wk1

Assalamualaikum,

Masih berkurung lagi kita nampaknya, dah masuk minggu yang kedua kita berada didalam Movement Control Order. Sepatutnya Isnin lepas aku report duty di tempat baru, tapi angkara COVID-19 ni, HR cakap kerja dari rumah je which is okay jugaklah. Karang datang office tak pasal-pasal kena hempuk dengan askar pulak. Huhu. Okay, nak cerita pengalaman bekerja dari rumah ni.
Haa, ini lah dia workstation baru aku. Ada my personal laptop yang keyboardnya dah rosak so kena pakai external keyboard, inkjet printer dan juga mini cooler untuk menyejukkan diri time panas ni. Okaylah kot untuk workstation di rumah.
Selfie sikit dekat meja kerja aku yang simple ni.
Aku jadikan second bedroom sebagai office aku sepanjang MCO ni. Ada katil untuk tidur/rest kalau letih, tak bercadar pun sebab bilik ni aku tidur bila balik lewat malam je. Dan juga ada sejadah untuk menunaikan solat..:-)
Tapi yang best, ada toilet sendiri. Kot lah nak memerut, tak payah lah susah-susah nak berjalan sejauh 50meter pergi tandas macam kat TPM tu. Huu
Bila dah masuk company baru ni, memang almost everyday ada conference call. Biasanya dalam sehari tu ada dua session - pagi dengan petang. Maklumlah, gaji masuk. So, kerja pun kena lah buat..:-)
Tapi tu lah bila kerja dari rumah ni memang payah sikit nak fokus. Huhu. Kadang-kadang time kerja tu kena tengok si kecik ni. Time tu lah orang rumah nak berperang kat dapur pulak. Haha
Eh ayah, ada kamera amik gambar kita lah..;-p
Since ni personal laptop, malam kalau takde proposal untuk distudy boleh sambung memerangi negara yang tak nak dengar cakap King William IV. Haha. Okay, jom belajar politik sikit dari gambar ni. Politics 101: The Art of Soft Diplomacy - Ceritanya Russia decided to invade Austria, my long standing ally and I had to choose whether to break alliance with Russia or Austria. Dilema jugak mula-mula sebab cuma ada a few active brigades dekat border. Russia pulak tak payah cerita memang berpuluh brigades ready to unleash their hard power to Austria. Luckily, UK ada good relationship with other countries due to its status as economic powerhouse. So, in one turn and 1million GBP spent for diplomatic mission, William IV convinced all 19 nations to join the war against Russia and impose trade embargoes. Now, it's 20 vs 1. Udahku kabor jangan gaduh-gaduh. Hang degil Aleksander!

Best kan kerja dari rumah? Memang best, tapi bagi aku yang old school ni kerja dari pejabat lagi give more focus dan discipline. Kalau ada meeting pun lagi senang jumpa terus dan discuss. Both ada pros and cons sebenarnya, but if I were to choose. Kerja di pejabat lagi best..:-)

P/S: Tak sabar nak masuk office baru.

Tuesday, March 24, 2020

Kisah AKU n MCO @ Malaysia

Assalamualaikum,

Nampaknya wabak COVID-19 ni semakin menjadi-jadi kat bumi Malaysia ni. Setakay\t jam ni, kita dah mencatat 10 kematian dengan over 1000+ kes. Risau beb, buat pulak dah berkeluarga sekarang ni. Bukannya nyawa sendiri nak kena jaga, nyawa mak ayah, anak bini, adik beradik pun kena jaga jugak. Okaylah, entri hari ni pun berkait dengan wabak ni jugak. As you guys tau, sekarang ni kita tengah dalam Movement Control Order or Perintah Kawalan Pergerakan. So, citenya our mobility ni terhad dimana lagi eloknya duduk dalam rumah je lah.
Aku pun cam orang lain, memang duduk rumah je, starting dari hari Rabu lepas. Pishang jugak stay satu tempat ni.
Memang banyak masa habis tengok TV je. Nasib Astro bagi channel free, memang layan HBO je lah. Tengok Star Wars, tapi yang tak boleh blahnya aku boleh habis sembilan cerita Harry Potter. Siot je, terminat pulak cerita ni. Huhu
Budak kecik ni pulak bukan main aktif lagi time siang. Huhu
Time ibu dia masak, memang kena jaga walaupun dah ada pagar merata tempat. Laju dia ni, ikut siapa lah tu..:-p
Hari Jumaat keluar rumah jap pergi kedai dekat-dekat sini je. Nak topup barang keperluan. Luckily dekat Sungai Buaya ni belum nampak orang panik lagi. Lagipun kedai banyak kat sini, pilih je mana nak beli. Habis-habis yang penuh pun Speedmart je.
Agak lengang jugaklah ni, biasanya penuh motor kat kedai mamak tu.
Siang time Fariq tidur, aku banyak habiskan masa main handphone. Game COD jangan dilupakan, tapi lately memang payah nak dapat strong connection. Mungkin server diorang dah full kot.
Tapi ada satu lagi game yang fun dan time consuming. Virtual Lawn Bowls - game kegemaran offline kegemaran aku. Main game ni kadang-kadang tak sedar masa berlalu dengan pantas. Haha
Malam lepas tengok Harry Potter, and si kecik tu dah naik atas. Aku sambung yang ni pulak, syok oo main Napoleon Total War ni. Biasa bukak dalam pukul 10 malam, habis around 3 pagi. Bukan selalu dapat lepas gian jadi jeneral perang ni.
Outnumbered 1:3, a truly noble death for Brigadier General Edward Paget, commanding officer of the British Army at Marseille. His death allowed Lieutenant General James Inglis Hamilton to execute a swift flank attack against Grouchy's and liberated Caen and Brittany from France.

Itu je lah cerita aku kena kurung minggu lepas. Minggu ni lain sikit sebab dah start kerja company baru. So, memang kena standby WFH je. Minggu lepas boleh lah bermalas-malasan sebab dah takde kerja sangat kat Quatriz tu. Huhu

P/S: EPL tangguh sampai bulan April. FA Cup pun sama. Lagi pishang lah jawabnya.

Wednesday, March 18, 2020

Kisah AKU n Last Day As Quatrizian

Assalamualaikum,

It's time, brother. Masanya telah tiba untuk aku melangkahkan kaki keluar dari pejabat yang menjadi medan aku mengasah bakat dan pengalaman dalam bidang Business Development sejak tahun 2016 lagi. Tanggal 17 Mac merupakan my final day menabur bakti di Quatriz System Sdn Bhd. Entri ni adalah coretan terakhir aku bergelar seorang Quatrizian.
Semalam aku bertugas semula setelah bercuti panjang selama sembilan hari. Kalau ikut surat, hari last aku ialah 20 Mac. Tapi dengan recent outbreak Covid19 pandemik dimana rakyat Malaysia diminta duduk dalam rumah, semalam merupakan hari last aku bekerja dipejabat. Untuk baki lagi dua hari ni aku work from home je.
Awal pagi lagi dah pack barang-barang peribadi. Huu. Betul-betul tak sabar tu..:-p
Berjalan untuk kali terakhir bersama mereka ke kafe Picante yang menjadi port lunch favourite aku
Ridzuan cakap bila aku cuti panjang, budak-budak ofis semua berpecah makan kat tempat lain-lain. Bila aku ada, semua ikut sekali pergi Picante sampai at least dua meja untuk budak Quatriz je. Haha
Tu yang diorang cakap, bila aku takde nanti camna lah. Mesti lepas makan terus balik je, takde dah nak pekena COD dulu. Huu. Lepas lunch aku start buat handover, dimulakan dengan Business Development kepada Ridzuan. Followed by ISO matter, handover to Pn. Ainie.
Jumpa Pn. Zihan sebelum dia balik sekitar jam 5 petang. Takde farewell pun maybe sebab tak dijangka yang semalam hari last. Thank you very much Pn untuk your patience and guidance sepanjang saya bekerja kat sini. Banyak benda dapat belajar dari Iron Lady Quatriz ni. I'm sure knowledge yang ditimba akan terbukti berguna dalam karier aku dimasa hadapan.
After office hour, aku dan beberapa rakan rapat pergi lepak dekat Sultan @ Jalil Perkasa.
Lama bhai lepak, dari pukul 7.30 sampai ke 9.30. Biasalah throwback zaman kerja dulu-dulu, discuss isu syarikat dan sebagainya. Yang join lepak aku, Afiq, Zaaba, Azhar, Aiman, Ridzuan dan Rizal. Ni je yang join, thank you guys!
Bergambar dengan rakan sejawat aku yang paling lama kat sini, Zaaba. Bro ni yang ajar aku selok belok sistem tol time aku masuk Quatriz dulu. Banyak jasa dia kat career development aku disini. Thank you bro, banyak kenangan dengan brader ni. Satu bilik time company trip Langkawi, Krabi. Lepak sahur kat Pelita Puchong time buat RFID tag, short vacay kat Pengkalan Balak dan banyak lagilah..:-)
Lepas lepak, aku masuk office balik. Ada one last job. Handover fail RFID kat boss baru RFID Quatriz, En. Afiq Azham. Haha
Habis semua dalam jam 11.00 malam. Start packing barang-barang.
Bergambar dengan workstation aku yang dah kosong. Sobs
Lepak bilik meeting, amik mood baring beralaskan kotak buat terakhir kalinya disini. Bila lagi nak merasa pengalaman tidur camtu. Haha
Bergambar kenangan dekat lobi. Huhu.
One last clock out sekitar jam 1 pagi to mark my last moment as Quatrizian.

Yup, itu sahaja cerita penutup kerjaya aku selama hampir empat tahun disini. Banyak kenangan suka dan duka yang aku lalui sepanjang tempoh ini yang terbukti menjadi medan mengasah bakat dan menambah pengalaman aku. Terima kasih sekali lagi aku ucapkan kepada pengurusan Quatriz dan rakan-rakan sekerja yang banyak membantu selama aku disini. I wish Quatriz the best and hopefully we can work together in near future.

Saturday, March 14, 2020

Kisah AKU n Cuti-Cuti @ Sg Buaya

Assalamualaikum,

Aku ada kat Melaka sekarang ni. Panas dia memang tak boleh bawak bincang beb, dari pagi sampai kepetang terik. Saja balik minggu ni sebab ada wedding. Wife punya kawan sekolah. Memang musim mengawan pun sekarang, all the way dari TP Jasin ke Serkam memang khemah orang kahwin aje. Minggu ni kebanyakkan masa aku dihabiskan dirumah je nak menggunakan baki cuti yang ada. Memang elok sangatlah duduk kat rumah sementara nak masuk bertugas di company baru. Nak berjalan wife kerja pulak, so duduk je lah memerap kat rumah ni.
Rutin harian aku minggu ni dimulakan dengan menghantar Fariq ke taska dan ibu dia ke pejabat yang terletak hanya 10 minit dari rumah. On the way balik singgah beli breakfast.
Kalau ayah join, biasanya kitorang makan pagi kat Bukit Sentosa.
Lepas makan mulalah buat kerja rumah. Basuh baju, sidai baju, lipat baju, iron baju. Kemas bilik, cuci dapur dan sebagainya.
Dalam pukul 11 bila dah settle, main game. Haha. Kalau tak ngantuk main laptop, kalau rasa nak main sekejap bukak PS je. Tapi adalah sehari dua je main game, selebihnya keluar lepak dengan ayah sampai petang. Ayah kalau dah ajak lepak, memang lama lah jawabnya. Ada je tempat nak melencong. Haha
Rabu aku datang office jap, ada nak settlekan beberapa kerja penting berkaitan preparation RFID Fitment Center di highway PLUS. Masuk pukul 10 pagi, pukul 3 petang cabut. Haha
Petang semalam je lain sikit, lepas amik wife dan Fariq kami terus ke Bukit Sentosa. Semalam Ija last puasa ganti, so ingat nak berbuka kat luar. Jalan-jalan kat TESCO, then terus ke our family favourite restaurant - GH Corner Bukit Beruntung
Yeay, Fariq dah boleh duduk kat atas kerusi ni. Muka terkejut si bulat ni. Huhu
Pagi tadi, kami sekeluarga memulakan perjalanan ke Melaka seawal jam 8 pagi. Drive rileks je sebab plannya nak terus ke venue wedding dekat Alai.
Ngam-ngam sampai di rumah pengantin perempuan sekitar jam 11 pagi, orang pun tak ramai lagi. Tengah queue nak amik gambar dengan pengantin ni.
Bergambar kenangan dengan raja sehari yang diraikan - Hassan dan Hani. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat dan juga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin In Sha Allah
Makan time, perut pun dah lapar. Kami tak breakfast tau semata-mata nak kosongkan perut untuk lauk kenduri. Huhu
Memang panas betul cuaca hari ni. Tapi orang kata virus COVID-19 tu tak tahan cuaca ekstrem camni. Blessing in disguise lah ye, tapi still kena berhati-hati. Cuci tangan dan pakailah hand sanitizer bagi perlindungan berpanjangan..:-)

Sampai kampung di Serkam sekitar jam 12 tengahari. Rumah tengah renovate sekarang, maklumlah nak menerima sorang lagi menantu baru. Tahniah!

Itu je lah cerita minggu ni, nampak gayanya sekarang trend update blog sekali dua minggu. Nak buat camna, takde story sangat. Nak mengarang entri politik takut kena kecam pulak. Tahniah kepada Perikatan Nasional yang terdiri daripada parti UMNO, PAS, PPBM, MCA, MIC dan parti komponen Sabah & Sarawak yang telah berjaya mengembalikan mandat rakyat daripada terus dirogol Pakatan Harapan yang diketuai komunis DAP, liberal PKR dan barua PAN. Korang kena ingat ni negara Melayu Islam yang punya, jangan over sangat. Orang dah bagi mandat dulu dengan harapan korang govern Malaysia ni elok-elok. Tapi lain pulak jadinya. Nah sekarang ni terciduk lah, bodoh punya PH! Haha

P/S: Dengarnya EPL tangguh sebulan sampai April 2020. Elok pun, sekarang ni kan tengah pandemik COVID-19. Cegah dulu sebelum terlambat. Bola boleh restart, nyawa mana maunya nak restart. Huu

Sunday, March 1, 2020

Kisah AKU n I'm Resigned 2020!

Assalamualaikum,

Waah, topik yang menarik malam ni nampaknya. Tengok title pun dah lain macam ni. Resign ke bro. Baca je lah.
Isnin aku ke Putrajaya, ada meeting dengan MOT dan JPJ bagi projek Vehicle Entry Permit (VEP). Nasib baiklah kat sini parking senang nak dapat. Kalau kat KDN tu jangan haraplah aku nak pergi..:-p
Selasa lepas, bersamaan 25 Februari 2020 aku secara rasminya telah memberikan surat perletakan jawatan aku sebagai Business Development Executive di Quatriz System Sdn Bhd. Berikutan perletakan jawatan aku yang tak dijangka ni, our Executive Director panggil aku masuk menghadap. Setelah hampir setengah jam perbincangan yang dipenuhi dengan justifikasi, counter-offer , succession plan dan work-life advice. Beliau akhirnya bersetuju untuk melepaskan staf yang telah berkhidmat hampir empat tahun ni. Seperti yang dipersetujui, 20 Mac merupakan hari terakhir aku bekerja di Quatriz ni.
Kebetulan, petang tu ada makan-makan bagi meraikan staf-staf yang menyambut hari lahir pada bulan Januari dan Februari. Ada birthday cake yang ditempah khas, beserta aneka makanan yang mengenyangkan dan menjimatkan duit (tak payah dinner). Huu
Staf-staf yang menyambut hari lahir pada buan Januari & Februari, dari kiri - Pn. Ainie, Nik, Pn. Zihan, Dhiyauddin, Rizal dan Sufian. En Zainul tak dapat datang.
Ni je lah gambar aku yang ada time majlis makan-makan tu. Ni pun rembat screenshot dari WhatsApp story Kak Amy. Huhu
Balik rumah, budak kecik ni tak tidur lagi. Ayah dah resigned tau Fariq. Tapi jangan risau, ayah dapat offer lain yang lagi better. Nanti boleh beli Fariq banyak lagi toys..:-)
Hari Khamis, aku ada site visit untuk tender DUKE3 SPE melawat Control Center di Tol Batu, dan juga RCC di Tol Ayer Panas. Walaupun dah resign, aku still menjalankan tugas harian sebagai seorang BD disini. Seperti yang aku janjikan kepada bos, I'll commit to my duty sampailah hari terakhir aku bekerja disini.
Sepatutnya Khamis tu aku cuti, tapi sebab dah takde orang nak pergi DUKE aku pun terpaksalah turun. Tapi lepas habis site visit memang terus balik rumah lah beb, main GTA V. Haha
Hari Jumaat merupakan hari last aku menjalankan tugas menghantar adik ke tempat kerjanya di Ulu Klang ni. Kereta baru ayah dah sampai, so secara tak langsung kereta Waja pun diserahkan ke bro tu. In Sha Allah, esok dia dah pergi kerja drive sendiri. Good luck brother, drive elok-elok nanti. Kalau nampak Myvi cucuk biorkan je.:-)

Yup, itu sahaja cerita untuk petang ni. Tak sangka akhirnya aku meletakkan jawatan yang disandang selama hampir empat tahun disini. Tapi, hidup mesti diteruskan. Sekarang ni ada family yang aku nak bagi makan. Masa dengan keluarga pun kenalah seimbang. So, pengorbanan mesti dilakukan. Ada lagi kurang dari dua puluh hari aku menaburkan bakti kat sini, semoga dpermudahkan semuanya. Amin In Sha Allah/

P/S: Draw pulak lawan Burnley. Apo ni Bruce, dulu elok je. Sekarang drop kaw-kaw. Kita cuma lima mata je dibawah zon penyingkiran. Please lah jangan relegated..:-(