Jom kita sambung entri short trip aku dan rakan-rakan di Johor Bahru. Lepas je attend majlis persandingan Hilmi. Kalau ikutkan plan asal kami nak hangout sekejap di bandar ni before pulang ke Kuala Lumpur malam tu. Tapi, since semua dah pekena kari kambing, memang lemau gila! Bertambah pulak dengan cuaca terik sekitar Johor Bahru. Last-last Lufti bagi idea supaya kami semua balik je pagi Ahad dan enjoy JB dulu, especially it's nightlife.
Destinasi pertama kami ialah Chaiwalla & Co. Container Cafe. Memang kena sangatlah untuk neutralize cuaca panas terik tu. Lama kami menyembang kat sini, aku pun dalam proses nak mengenali both Syaz dan Lufti ni. Sambil-sambil tu korek jugak rahsia Dolah time kat Poli dulu. Haha
Thai Milk Tea. Memang awesome! Mengembalikan kenangan bercuti di Thailand dulu..:-)
Selfie seround. Maaf lah ye, kamera selfie aku ni dah uzur benor. Nanti pas kahwin tukar lah sebijik. Huu
Sekitar jam 5 petang, kami dibawa ke Hotel Tropical Inn by recommendation from Lufti, yang merupakan rakyat Johor. FYI, dia kerja kat Singapura. Banyak dengar pengalaman dia. Memang struggle tapi gaji masyukk! Huu
Korang tengok apa tu?
Kau tengok apa pulak? Ada penampakan entiti ke?
Bilik hotel tingkat 21 kot. Dapat almost perfect view Bandaraya JB ni. Belah kanan tu CIQ, boleh tengok kereta keluar masuk Sempadan Singapura-Malaysia. Kalau dapat binokular mesti best, boleh mengendap. Huu
Tengok tu, pantang nampak cermin besar. Hahaha..::p
Aktiviti malam kami dimulakan sekitar jam 10 malam with late dinner di Fork & Dagger. Dolah with Lufti. Dah serupa adik beradik aku tengok diorang berdua ni. Spek pun sama. Huu
Aku with Syaz. Interestingly, dia ni pun peminat Star Wars jugak. Banyak teori kitorang sembang semalam. Bukan senang nak jumpa orang sekepala ni. Siap puji lagi tunang aku memahami, support beli tiket IMAX. Haha
Lepas makan, kami ke Pasar Karat JB. Last year pun aku pergi sini jugak. Takde tempat lain ke? :-p
Haha, tak boleh blah betul. Punya excited beli Jus Durian, last-last rasa cam haram jadah. Minum setengah pastu buang. Lepas mencuci mata kat sini, Lufti recommend port hangout di Banafee Village. Kat sini aku tak order apa dah. Memang tangki dah penuh tak boleh nak sumbat lagi. Sambung chatting, sambil teman si Dolah menyisha. Sangap katanya. Huhu.
Sampai hotel sekitar jam 2 pagi. Ni lah pemandangan Bandaraya JB pada waktu malam. Korang tengok area CIQ tu, berderet lagi kereta nak keluar dan masuk sempadan.
Pagi Ahad kami breakfast terlebih dulu since provided by the Hotel. Tengok muka si Syaz tu memang confirmed kena paksa bangun. Haha
Aku lagi sempoi, pakai short then sarung sweater. Tak pakai baju apa pun dalam tu..:-p
Check out around 10.30am. Dah nak balik barulah teringat nak pakai shades ni..:-)
Apa ingat kat KL je ada Jalan Pahang. Hii
Snap gambar tiga sekawan ni before pulang ke Kuala Lumpur. Thanks to Bro Lufti untuk hospitality yang mantap. Semoga berjumpa lagi dilain hari..:-)
Bergerak meninggalkan tanah bangsa Johor dalam jam 11 pagi sambil-sambil doa agar perjalanan pulang dipermudahkan dan tak jem.
Masuk tanah Melaka trafik sesak hingga ke Simpang Ampat. We decided to singgah lunch di OBR Ayer Keroh dengan harapan bila dah habis lunch reda lah sikit. Masuk tanah Negri lagi power jem dari Pedas-Linggi melarat ke Seremban. And then macam biasalah kat Tol Sungai Besi ke Mahameru. Kami drop Syaz di Sentul sekitar jam 6 petang before menuju ke satu lagi destinasi.
Ye betul, kami sepakat nak melawat si Afiq yang kini bertugas di Domino Selayang Jaya. Dia baru je kena transfer kat sini minggu lepas, sebab tu tak dapat cuti. Kalau still in charge kat Bukit Sentosa tu confirm dapat join punya. Takpelah bro, next time lah ye. Aku teringin jugak nak bercuti dengan korang, just like old time before kahwin ni.
Itu sahaja cerita aktiviti aku minggu ni bersama kawan-kawan. A planned quick retreat, sedikit sebanyak dapatlah release stress kerja yang semakin menimbun ni. Next ada satu lagi submission awal April. Still got 2 minggu ahead, semoga semuanya berjalan lancar lah hendaknya.
P/S: Boring pulak dah 2 minggu takde match Newcastle ni.