Fuhh, seharian takde kat rumah semalam. Dah lama tak keluar merayau dengan Brotherhood lama macam ni. Rasanya last awal November tahun lepas when we had a quick retreat at Melaka & PD. Yesterday, kami bertiga ke Lukut untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan rakan kami disana. Tapi apa-apapun jom kita recap apa yang menarik minggu ni dipejabat..:-)
Everything is fine here. Minggu ni amazingly lepak kat HQ je for full one week. Huhu
Had a good lunch with akak-akak kat HQ ni..:-)
Hari Sabtu pulak ronda satu Mawarsari dengan ayah untuk send invitation majlis kahwin along bulan 12 ni.
Hari Ahad - seperti yang telah dirancang earlier last week. Aku dan Afiq gerak dari Rawang sekitar jam 11.30AM, pickup Dolah kat Shah Alam and made our way to Lukut.
Sampai around 1.15PM - kitorang sampai, pengantin pun sampai..:-p
OOTD Polka Dot shirt je semalam. Semak pulak nak pakai kemeja segala bagai. Dah tu Negeri Sembilan ni asal aku datang je panas, tak pernah nak hujan. Haha
Untuk pengetahuan korang, pengantin yang diraikan semalam Saudara Hafizi merupakan rakan kepada Afiq dan Dolah ketika menuntut dekat Politeknik PD dulu. As for me, memang sempat kenal si Piji ni. Tak percaya cuba selak entri quick retreat aku ke Port Dickson tahun lepas..:-)Nama pun kawan-kawan Poli, memang gua tak berkait langsung semalam (gua kan UiTM Dihatiku..lol sangat). Tapi takpe, you guys want some pictures? Here I am. I can snap quality pics even though guna kamera VGA. Haha
Potong kuihnya..potong kuihnya..Haha, apo bondo lagu Indon pulok ni?
As being expected, bro ni kalau jumpa mic, memang tak pandang apa dah.
Pengantin pun join berkarok semalam. Tapi memang A+ suara diorang ni. Macam Achik & Nana..:-)
Bila ada majlis kahwin melibatkan batch ni memang waktu yang sesuai untuk berjumpa rakan-rakan seperjuangan dulu. Introducing from left to right: Wan, Afiq, Dolah, Ijat, Ajei & Megat. Yang aku pernah lepak dengan Ijat je, yang lain baru kenal tadi. Ceyh, rakan seperjuangan konon. Sedar lah kau tu tumpang je tadi, haha. Apa boleh buat, budak lelaki batch UiTM memang lambat sikit off market..:-p
Bergambar kenangan bersama Raja Sehari kita yang diraikan, Saudara Hafizi sebelum bergerak meninggalkan majlis dan pulang.
Alang-alang ada dekat PD, si Afiq and Dolah ni sempat melawat Politeknik tempat diorang menuntut ilmu dulu. Singgah Asar sekejap sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Shah Alam.Sampai Shah Alam sekitar jam 6.30 petang, dan seperti didalam plan. We made our way to Space U8 untuk satu lagi aktiviti sihat orang-orang bujang. Hehe
Haha, lama beb tak karok bertiga. Nak tahu bila last kami bertiga spend time karok bersama? Check this entry. It's fucking 6 months ago, lama gila..:-p
Memang cool! Dapat jugak aku melampiaskan nafsu karok yang terperap ni. 3 jam jugak kami bertempur dengan mic tu. Bila dah lama tak berkarok tu lah jadinya.
9.30PM, we had our light dinner kat Seksyen 7. Hantar Dolah kat rumah sewa dia and terus menuju ke Sungai Buaya.
Okay lah, nak tidur dah. Lupa pulak hari ni Isnin. Kerja der, awal pagi kena bangun. Buat Saudara Hafizi dan pasangan, selamat pengantin baru aku ucapkan. Semoga perkahwinan korang diredhai Allah dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Ohh, dan semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan juga solehah. Amin In Sha Allah.
P/S: Newcastle United menang lagi and make it 8 wins in a row. 5 points clear now!
P/S: Newcastle United menang lagi and make it 8 wins in a row. 5 points clear now!
No comments:
Post a Comment