Sunday, November 27, 2016

Kisah AKU n Happy Birthday 2016

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, masih diberi nikmat kehidupan oleh Allah untuk terus bernafas diatas muka bumiNya ini. Syukur aku panjatkan kepadaNya kerana mengurniakan aku kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi liku-liku kehidupan ini. Okay, sebelum kita buka cerita pasal sambutan untuk tahun ni, macam biasa der. What's happened kat office?
For this week, I'm not too fit to work but still came to the office. Sakit perut beb! Tak tahu apa benda yang aku makan. Berapa hari skip lunch minggu ni. Dengan tak cukup tidurnya, belum lagi nak cite azabnya keluar masuk toilet. Rabak woo!  Haha
Orang pertama yang wish my ageing life tahun ni ialah Bro Afiq. Ye lah, kitorang berdua tengah melepak kat kedai Siam time tu. Elok je pukul 12 terus dia wish sambil ketuk-ketuk meja, orang tengok pelik je. Dajei sungguh! Then followed by mak, ayah dan Along (adik gua sombong der, ingat aku bila nak mintak topup je..:-p). Ada jugak rakan-rakan di FB yang sudi wish jugak..:-)
Haa, ni pulak cerita petang semalam. Memang terkejut jugak bila Brotherhood Shah Alam hantar gambar ni kat group WhatsApp. Katanya on the way nak datang rumah. Aku ingat diorang main-main, mana taknya datang Bandar Rawang pun tak pernah, tiba-tiba nak masuk Sungai Buaya terus. Haha
Ada lah dalam 2 jam bersembang. Tapi memang terlupa nak bawak korang keluar minum kat "Salam Hotel" yang famous tu. Takpe lah, nanti datang majlis kahwin akak aku boleh lah minum seround dua..:-)
Pagi tadi pulak kami sekeluarga (except adik) pergi melawat Bukit Beruntung Golf Club, venue untuk majlis kahwin Along yang bakal berlangsung less than 2 weeks lagi.
Best buat event kat sini. Pada masa yang sama boleh bawak family korang mandi pool, main bowling, badminton, tenis or golf ke..:-)
Since aku pun a part of multimedia coordinator untuk majlis ni, memang bagus sangat lah dapat melawat kawasan. Boleh dapat clear imagination sikit bagi perjalanan program pada hari tu.
Interior dewan. Tak terlalu kecil dan juga tak terlalu besar. Sesuai untuk private function yang santai. Penting tau nak tengok dewan, baru boleh match kan dengan pemilihan konsep lagu.
Coordinator visualizing hari majlis. Haha, poyos je..:-p 
Ni pemandangan luar dari dalam dewan. Memang cantik!
Selfie seround sebelum meninggalkan venue..:-)
Kalau ikut plan nak celebrate birthday dengan family kat Mohd Chan Muslim Restaurant, tapi lupa pulak diorang open belah petang. Sudahnya we had our lunch dekat Sukhotai. Boleh lah. Janji niat nak belanja tu dah ada. Huu

Untuk tahun ni, memang berbeza dengan sambutan 2015 dimana my office colleague celebrate siap buat surprise segala bagai, Brotherhood Sungai Buaya payung berjimba, family & bakal abang ipar belanja KFC. Tahun ni - ada surprise from rakan-rakan seperjuangan yang sanggup turun all the way from Shah Alam, dan juga a simple yet memorable lunch dengan family. That's all.

Dah 24 umur aku ni. Pencapaian so far? Alhamdulillah, kerja ada and I pledged to serve for a long term commitment with my current company. Next, kereta pun ada. 7 tahun lagi nak habis bayar, itupun still berkira nak merancang untuk tambah liabiliti. Hehe. In Sha Allah by Q1 2017, aku nak berumah. Bukan berumah tangga tau, tapi beli rumah. Yang berumah tangga tu, aku just go with the flow je. Ada jodoh tu datang lah dia. Apa-apapun, happy birthday to me. Thanks kepada rakan-rakan yang sudi wish dan mendoakan yang baik kepada aku. Semoga Allah bersama kalian juga. Amin In Sha Allah.

P/S: Newcastle kalah semalam, but still at the top of the league with 2pts advantage. Langit tak selalunya cerah..:-)

No comments:

Post a Comment