Tuesday, August 5, 2014

Kisah AKU n Filem Sejarah Malaysia?

Assalamualaikum,

Filem-filem kat Malaysia sekarang ni penuh dengan lambakan plot cerita berkaitan hantu, rempit, gangster, bohsia dan banyak lagi genre-genre clich̩ yang biasa kita dipertontonkan di panggung wayang. Walaupun ada cerita-cerita jenis ni yang aku suka tengok terutamanya yang diarahkan oleh Mamat Khalid, but pada pandangan aku Рindustry perfileman Malaysia still lacking of cerita-cerita yang memaparkan sejarah negara kita yang tercinta ni Рsejarah itu tak semestinya datang dari bentuk perjuangan kemerdekaan Malaysia ni, tapi banyak lagi. So, dalam entri ni lah aku nak kupas some of the potential idea yang mungkin boleh diceduk oleh pengarah-pengarah filem kat Malaysia ni.
Filem Leftenan Adnan bagi aku merupakan sebuah filem epik tentang sejarah negara kita dan it would always be kalau takde pengarah-pengarah yang sekarang ni dapat menandingi keepikan filem tu. So, the remake for this film rasanya mesti boleh hit, cuba bayangkan kalau jalan cerita Leftenan Adnan ni ditambah dengan elemen CGI dan juga sound yang lagi mantap – perghh, rasanya, memang aku orang pertama yang pergi panggung nak tengok..huu
Maybe kalau tak nak buat remake pun, boleh try buat research lagi tentang sejarah negara kita – mungkin filem berkisar saat-saat kejatuhan Empayar Melaka, ataupun filem penuh aksi sebagai contoh Misi Pasukan Pengaman Malaysia yang berperang dibawah payung UN ketika Somalian Conflict – dengar-dengarnya KRU Studio tengah buat filem pasal Pertempuran Mogadishu yang melibatkan ATM, ala-ala filem Black Hawk Down gitu..huu.
The next idea juga fokusnya terarah ke sejarah negara kita – tapi cumanya ia tak melibatkan aksi konflik ataupun peperangan. Korang pernah dengar The Dawn Raid? Yes, cuba klik link ni kalau nak tau lagi. Okay lah, briefly The Dawn Raid ni mengisarkan 4 orang tokoh terkemuka Malaysia yang bertungkus lumus berjuang untuk mengembalikan aset-aset syarikat United Kingdom iaitu Sime Darby, Harison & Crossfield dan juga Guthrie kepada Malaysia. The Dawn Raid merupakan salah satu contoh klasik didalam strategic management, notably for corporate world, dimana ketiga-tiga syarikat ni diambil alih tak sampai sehari pun dan its remains the finest hour of Malaysia but sadly, tak ramai golongan belia yang mengetahui cerita disebalik kejayaan gilang gemilang ni. So, adalah lebih baiknya kalau sebuah filem dibuat bagi memperingati jasa-jasa tokoh yang terlibat didalam “Serangan Subuh” ini.
Tragedi MH17 mungkin boleh difilemkan, sama seperti apa yang dihasilkan oleh Shuhaimi Baba didalam Tanda Putera bagi mengenang tragedi 13 Mei, or Jins Shamsuddin untuk Tragedi Bukit Kepong. Filem berkaitan tragedi-tragedi yang menimpa negara sememangnya boleh meningkatkan semangat patriotism dinegara kita ni.


Jadi itulah diantara some of potential idea untuk filem-filem berdasarkan sejarah negara kita yang boleh difilemkan. Tapi rasanya, kebanyakkan pengarah mungkin mengambil jalan selamat dengan tidak mengarahkan filem-filem macam ni disebabkan faktor penerimaan rakyat dinegara kita ni. Ya, semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan belia masih berada ditahap yang lemah, simply dapat dilihat apabila kutipan filem-filem berkaitan dengan sejarah agak rendah berbanding filem-filem genre gangster, seram etc. Macam mana nilai patriotisme nak tinggi, kalau tak nak cuba pun layan cerita-cerita sejarah ni, betul tak?

p/s: Semua gambar atas ihsan Google.

2 comments:

  1. aku pon rasa leftenan adnan filem perang paling terbaik pernah dihasilkan di Malaysia. masih tunggu lagi filem2 macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, mana nak tengok lagi cerita-cerita camtu sekarang ni,,:-)

      Delete