Saturday, August 23, 2014

Kisah AKU n Mini Reunion 2014

Assalamualaikum, malam semalam family aku ada buat makan-makan sikit, asalnya untuk kawan-kawan kakak aku yang datang - adalah dalam 8 orang, since mak pun bagi greenlight untuk ajak kawan-kawan aku sekali so aku pun terus contact Afiq Azham and Azran and tanya if kalau diorang free - nak ajak ramai lagi pun boleh.
So inilah dia, rakan-rakan seperjuangan ketika menuntut di SMK Bandar Sungai Buaya dulu - dari kiri kekanan - Akmal, Ubai, Afiq Azham, Azran dan juga Daniel. 3 je daripada diorang ni yang bersama aku sampai ke Form 5, lagi dua belajar kat sekolah asrama after PMR. Bersembang lama jugak lah tadi, dari pukul 9 ke 11.30 malam, banyak cerita nak kongsi. Habis dibukaknya cerita dari zaman sekolah sampailah ke universiti. Seronok sangat rasanya!
Dari kiri: Haa, yang Akmal tu sekarang belajar kat Bristol University, UK dalam Mechanical Engineering, Afiq pulak sekarang bertugas sebagai guru sandaran kat SKBSB, Danial belajar kat UIA Gombak, Azran sekarang bekerja kat Subang and finally Ubai, buat Electrical Engineering kat Teesside University, UK. 
Aku? Habis degree awal pun, sekarang bergelut jugak tengah cari kerja..huhu. Rileklah, tak sampai 2 bulan pun menganggur..:-p
Apa guna kalau beli tapi tak utilize monopod ni..haha
Afiq ni memang konsisten datang raya rumah aku setiap tahun. Tak caya cuba check, sejak raya 2010 dia dah datang. One of my best friend kat sini..:-)
Senior-senior SMKBSB yang hadir ke mini open house kami pada malam semalam. Cantik-cantik semuanya, dulu tengok berhingus je..haha
Sambung menyembang lagi, sebab time ni turn geng-geng akak aku pulak makan. :-)
Mendengar dengan tekun tentang progress rakan-rakan seperjuangan yang lain.
Bergambar kenangan before masing-masing balik, time ni Akmal dah balik dulu sebab tak bawak kunci rumah katanya, takut tak boleh masuk pulak nanti.
Pada masa yang sama jugak, senior-senior kami a.k.a Team Along pun nak berangkat pulang.
Since semua tetamu dah balik, perut aku pun dah lapar, selongkar dapur nasib baik ada lagi lebih. Tapi memang rasanya cukup 3 pinggan je lagi - damn lucky me..:-)

So, apa yang aku nak cakap ialah this reunion shall continue selagi hayat dikandung badan, walaupun bukan reunion satu kelas, or satu batch but at least ada lah jugak effort nak mengumpulkan rakan-rakan time sekolah dulu. Tak tahu lah bila nak buat yang mega reunion punya kan since masing-masing pun dah bawak hala tuju tersendiri. Kepada rakan-rakan diluar sana, goodluck semua in everything yang you all semua buat. Godspeed!

No comments:

Post a Comment