Monday, April 14, 2014

Kisah AKU n 2014 Port Dickson Trip Pt. 2

Assalamualaikum semua, bertemu lagi kita didalam ruangan Travel ni. Ini adalah entri sambungan untuk Trip Port Dickson 2014, untuk hari kedua ni banyak jugak aktiviti yang kami sekeluarga buat untuk melepaskan stress berkerja dan belajar. 
So, semalam lepas je balik dari menghadiri majlis kahwin which aku tak pergi pun..haha, ayah membawa kami berjalan-jalan kat area Teluk Kemang. Apa-apa pun, Port Dickson ni memang panas. Berpeluh-peluh aku dibuatnya.
 Mantap kan punggung aku..lolz
Untunglah tak rabun dapat pakai shades. Aku ni power dah cecah 400..haha
Mencari souvenir untuk kawan-kawan. Sempatlah jugak buat satu "dog tag" untuk kunci rumah and motor aku kat Shah Alam tu..:-)
Dalam pukul 6 petang kami sampai hotel, berendam lagi. Tak boleh tahan doe kalau ada private pool ni. Menyirap je aku tengok air dalam tu..haha
Malam pulak lepas Isya',  kami sekeluarga berkarok..haha, first time sebenarnya berkarok dengan family ni. Biasanya dengan kawan-kawan je.
Duet lagu lama je lah mak ayah aku ni...:-p
Haa, yang diorang ni cuba cari lagu paling latest tapi mostly takde. Kesian, nasib baik aku ni melayan jugak lagu-lagu lama..:-)
Hari ketiga kami berkemas untuk pulang ke Rawang. Esok diorang ni kerja, amemang dok sorang-sorang je la minggu ni..haha, maklumlah tengah cuti semester.
 Adik beradik yang havoc dan gila-gila..:-p
Mak dan ayah yang tercinta. :-)
Anak lelaki sulung yang kadang-kadang boleh diharap..haha
Bye-bye Grand Lexis, semoga ketemu lagi dilain hari. Aku kan dah janji nak bawak family aku sendiri kat sini nanti, jangan bankrup pulak..haha
Berjalan-jalan dulu kat Bandar Port Dickson sebelum bertolak pulang ke Rawang. A very short but a nice trip we got here. Good hospitality and services, tang harga aku tak tau. Bukan aku yang bayar..haha. Ok lah guys, maka berakhirlah trip PD 2014 ni, pasni nak kena study for mid term minggu depan. Till then, take care semua.

No comments:

Post a Comment