Friday, December 13, 2013

Kisah AKU n FSPPP Gala Dinner

Assalamualaikum semua, sihat ke? aku kat sini tak berapa nak sihat sangat. Dah seminggu jugak rasanya badan lesu sebab demam hari tu, pasal bidding la kot..haha, ni pulak tiba-tiba ada rasa sakit gigi. Macam-macam betul la. Tapi, kita sebagai hamba Nya mesti lah terus bersabar dengan segala dugaan. Dengan final report PROMA yang hampir siap, serta skrip oral Jepun yang dah complete dan juga shooting yang cuma tunggu nak edit je. Overall, aku anggarkan minggu depan boleh fokus kat research paper. Ok lah, meleret-leret pulak aku ni, sebenarnya nak cerita satu event yang aku join semalam.
Semalam aku berpeluang untuk menghadiri sebuah event yang ditujukan kepada student-student Part 6, mantan-mantan ahli persatuan dalaman fakulti beserta alumni. Event ini diberi nama "FSPPP Gala Dinner" yang bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam
Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ni event ini dijalankan serentak untuk mengatasi masalah masa. Since, exam pun around the corner je. Oh, lupa pulak nak bagitau - tema bagi event kali ni ialah "Back To 60s" . Tengok lah kawan-kawan aku kat gambar atas ni, yang Joe siap dengan bunga dia tu, Pok Jad pulak dengan seluar baggy..simbol kegemilangan era 60an kat Malaysia ni
Sebenarnya event ni untuk Part 6 kan untuk meraikan diorang, but bila kena gabung dengan Malam Apresiasi, kami yang mantan SMF ni pun diundang sekali. Ada masa nanti, aku update pasal hari last aku jadi SMF - sebab busy sangat dengan bidding, so terlupa pulak nak update.
Bersama mantan EXCO Perhubungan Luar SMF, Aiman.
Ni pulak, macam lah korang tak kenal - mantan Timbalan Presiden II SMF, Joe.
Oleh sebab tak berapa nak sihat, aku makan satu round je tadi. Itu pun tak banyak, sedangkan tak makan pun satu hari semalam. :-'(
Haha, naik pentas pulak semalam - segan pulak..huhu
Bersama mantan EXCO Kerohanian SMF, Faizah yang sekarang ni memegang jawatan Majlis Perwakilan Pelajar FSPPP.
Ni lah ballroom Hotel De Palma. Memang cantik, puas hati jugak lah dapat dinner kat tempat macam ni..:-)
Ishak from SiMECTRA FSPPP. Dia ni dari awal sampai habis dinner asyik mengunyah je..tanki besar kot?
Pinjam shades Joe jap - hari tu dia ajak beli tapi aku dah la rabun, guane nak pakai dua-dua sekali?? haha
Tiga serangkai - dari awal masuk SMF bulan September tahun lepas, sampai lah dah resign, still bersama. Mana taknya, dah kelas pun sama, satu organisasi pulak tu - memang tak dapat nak berpisah la. Sejiwa katanya..lol

So, itu lah penamat bagi kehidupan aku sebagai SMF. Bagi adik-adik yang baru naik tu, bersedialah mental dan fizikal, kerana bila hidup dalam organisasi - mental kena kuat, seiring dengan fizikal. Kalau fizikal je kuat, tapi mental out pun tak jalan jugak. So, keep it balance okay!! Godspeed untuk bakal-bakal SMF 2013-2014.

3 comments:

  1. Salam . Sy google psl plitical science n ad post psl ur study yg bkait kot . Jz nk tny pluang for lpsn spm pursue bidang sains politik ni . Nk tnye scr spesifik pun xtau cmne jz nk tau d whole thing psl bidang ni . Thnks !

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Untuk student lepasan SPM setahu saya tak boleh direct terus ke bidang ni. But, untuk permulaan, rasanya lagi bagus kalau venture dalam foundation law, ataupun diploma pentadbiran awam atau sewaktu dengannya. Lepas tu, baru boleh proceed dengan the real sains politik.

      Delete