Sunday, December 8, 2013

Kisah AKU n Bidding Day - Project Management

Assalamualaikum semua, semalam telah berlangsungnya event yang ditunggu-tunggu dan ditakuti oleh setiap Project Manager dan juga Project Team untuk kod pengajian Project Management didalam silibus BAS part 5. Event ni merupakan kesinambungan daripada RFP yang diterima kira-kira 2 bulan lepas dimana setiap Project Manager diberikan tugasan untuk merangka event untuk dinilai oleh panel-panel yang terdiri daripada lecturer dan juga expert from bidang ini.
Event ini bermula pada pukul 8 dengan pendaftaran dan briefing daripada jawatankuasa. Serius gila aku lemau and tak bermaya semalam. Makan asyik nak muntah je, maybe sebab efek demam tu ada lagi. 
Pukul 9, bidding proses dimulakan. Sebanyak 48 project team yang dibahagikan kepada 3 venue iaitu DK1, DK2 dan DSG, SUMMIT diletakkan didalam DSG dinilai oleh panel yang berdedikasi, Pn. Nurul Aini B. Zamhury dan juga En. Idrus.
Sementara mendengar selling session dari team lain. Project team aku merupakan yang ke-6 untuk mempersembahkan projek kami. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar hari ni, cuma ada beberapa amendment yang perlu dibuat untuk final report. 
Dalam pukul 1.30 petang, kesemua 14 team di DSG telah selesai membuat presentation. Suasana ceria di kem DSG, mungkin azab didalam projek ini yang membuatkan kami begitu gembira walaupun final report tak payah hantar lagi..Tahniah kepada semua Project Manager!!
Joe, Project Manager for Synergy Corporation bersama Yat, Financial XO from Mega Inc.
Ni diaaaa, Mr Farid - Head, Project Department for SUMMIT Pte Ltd.
Deregistration process, but time ni - delegation from DK1 & DK2 tak habis bidding lagi - so, since ruang pun banyak - memang sesi photoshoot la tadi. Seronok tengok rakan-rakan seperjuangan yang happy gila macam dah grad je..haha
Bersama Mr. Syawal, Project Manager daripada company yang aku tak ingat nama..lol
Makan tengahari dalam DSG. Tapi ramai tapau tadi, mungkin ada yang ngantuk sangat kot sebab tak cukup tidur. In fact, 90% of student yang terlibat secara langsung dalam projek ni memang tak kan dapat masa rehat dan tidur yang cukup. Lagi-lagi, bila bidding day dah nak dekat.
Sesi berkongsi pengalaman dan juga aktivit post-bidding. Since, team aku pun balik awal. So, aku pun celebrate dengan Synergy je. Tengoklah minggu depan, aku mesti kena treat project team aku jugak.:-)
Celebrate macam mana? Ke mana lagi bukan ke K-BOX, aku dah lama nak melenjan benda ni sebenarnya - cara terbaik untuk melepaskan segala masalah yang ada dalam diri - baik masalah peribadi, ataupun masalah orang lain.

Balik je rumah dalam pukul 7 - benda first yang aku buat before mandi ialah proses mengemaskan bilik yang statik je bersepah selama sebulan dua ni.
Sebelum operasi pembersihan. Ni bukan buat-buat tau, tak caya, tanya lah si Afiq tu.
Selepas operasi pembersihan..haha, bersih dan teratur kan?

So, itu je kisah hari Sabtu yang bagi aku sangat memorable didalam hidup aku sebagai student Part 5 ni - sesungguhnya takde benda yang bagi pengalaman sebegini, melainkan merasai sendiri suka duka hidup sebagai seorang Project Manager. Buat adik-adik yang Part 4 sekarang, good luck ye semester depan!!

No comments:

Post a Comment