Sunday, March 3, 2013

Kisah AKU n Terima Kasih Perwira Negara!

Assalamualaikum semua, minggu ni merupakan minggu yang amat gelap dan sedih buat rakyat Malaysia yang cintakan negara ini. Negara kita sudah kehilangan 8 anggota polis didalam pertempuran berdarah di Lahad Datu. Entri ini ada unsur politik, tetapi lebih kepada rasa patriotisme didalam diri ini.

Menyingkap kembali tabir konflik yang berlaku didalam negara kita. Tidak dinafikan pasukan keselamatan banyak memainkan peranan didalam usaha memerangi krisis didalam negara. Bermula dengan penubuhan Batalion Pertama RAMD yang membuat penampilan didalam Perang Dunia Kedua, kemudiannya disambung dengan legasi unggul pasukan keselamatan didalam Communist Insurgency, peristiwa berdarah Bukit Kepong, Grik, Sungai Semur dan lain-lain. Semuanya memperlihatkan jati diri dan kehebatan anak watan dalam memerangi musuh negara. Negara dikejutkan dengan Peristiwa Memali dan juga Al-Maunah, musuh kali ini datang dari kalangan bangsa senegara sendiri.

Kini, Lahad Datu Standoff, konflik terbaru yang setakat ini meragut nyawa 8 anggota keselamatan. Yang pertama di Kg Tanduo, dan merebak ke Kg Siminul, Semporna. ATM digerakkan ekoran daripada kedegilan penceroboh untuk menyerah, malah memilih untuk berjuang mati-matian demi kedaulatan Kesultanan Sulu, katanya. Inilah kali pertama aku duduk lepak kat kedai makan semata-mata nak tengok berita terkini, sedih bila tengok part wira negara yang dikebumikan. Bukan sedih je, tapi semangat patriotisme ni berkobar-kobar, rasa macam nak pergi cincang je dalang konflik tu.

Haa, kali ni baru nak cerita politik sikit. Kekadang tertanya-tanya kenapa ada pemimpin pembangkang yang suka sangat buat rakyat marah dengan menghina dan mencaci pasukan keselamatan, lagi-lagi yang sudah terkorban. Manalah perginya simpati dan rasa hormat mereka tu. Tapi, kekadang tak pelik pun sebab pembangkang ni memang apa-apa isu pun diorang tak de hati perut. First, si komunis Mat Sabu tu yang dok cela polis yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong. BERSIH pula dimana mereka menyalahkan pasukan keselamatan, tapi bila dah jadi macam ni barulah mencari-cari pasukan keselamatan yang dok diorang hina dan caci dulu. Kekadang tertanya-tanya jugak manalah pergi demonstrator yang dok sibuk nak berkorban demi negara dulu, yang paling penting "komando" Unit Amal PAS..kii. Takpelah, aku faham matlamat perjuangan diorang - bukannya untuk negara, tapi untuk individu tertentu.

Ok, dah la..cakap banyak-banyak nanti ada pulak orang yang tak puas hati dengan aku. Lagi-lagi orang-orang yang aku sayang pun bukannya satu kaler dengan aku, kecik hati diorang nanti.

Al Fatihah kepada perwira-perwira negara yang gugur didalam usaha memerangi penceroboh negara. Salam takziah kepada keluarga mereka. Semoga Allah merahmati perjuangan dan pengorbanan mereka. Amin

No comments:

Post a Comment