Friday, March 8, 2013

Kisah AKU n CR

Assalamualaikum semua, hari ni aku nak cerita pasal CR. Hah? CR? Cristiano Ronaldo ke? Of course la tak, CR ataupun nama panjangnya, dikenali sebagai Class Representatives merupakan satu jawatan yang wujud di peringkat sekolah, universiti etc. Bezanya, waktu sekolah namanya Ketua Kelas, but kat universiti CR la titlenya.

Kenapa aku nak bukak cerita pasal CR ni? Huu, sebenarnya belakangan ni biasalah tengah awal sem, lecturer-lecturer pun tengah sibuk cari student-student yang cukup generous untuk membantu diorang melicinkan tugas kelas. Setakat ni dah berapa kelas aku masuk, semua lecturer dok tanya siapa nak jadi CR, aku tundukkan muka je. Malas dah nak jadi CR ni sebenarnya memikirkan sejarah lama waktu part 2 dulu.

Part 2 dulu, semuanya bermula kat kelas ECO415. Si dua ekor tu pergi petik nama aku kat lecturer, plus hari tu hari Isnin dan sememangnya Isnin la hari aku paling suka sebab pakai formal set. Dengan smartnya, memang convincing betul lah sampai Pn Juliana appoint aku jugak. Aku ingatkan untuk satu kelas je, pastu terus terheret untuk took command seluruh subjek untuk Part 2 termasuklah kokurikulum. Hambar hidup aku, huk.

Antara role-role seorang CR pada experience aku:

1) The Class Photocopy Machine - so far ni paling mencabar mental dan fizikal. Bayangkanlah, bukannya setakat photostate untuk 30 orang, sometimes ianya melebihi 60 student sebab waktu Part 2 kelas kan bercampur-campur, susah nak dapat the exact amount. Plus, kemungkinan besar kita akan rugi sebab of course akan pakai duit sendiri dulu baru claim, semuanya sebab nak kejar masa. Tanyalah si Zaza yang jadi bendahari aku - memang kelam kabut. Part yang paling kecewa bila aku dah penat-penat angkut photocopy, tiba-tiba ada pulak umat yang kata dah ada. Kalau tau dah ada, buat apa tulis nama pastu tak nak bayar pulak. Aku ingat kau lagi la gemuk..!!

2) The Class Booker - ni tak selalu sangat, and bila dah kena memang bagi susah sikit sebab nak kena datang fakulti untuk booking. Ada satu part tu bila seorang lecturer(dirahsiakan nama) mintak aku booking kelas petang, dah la pagi tu aku takde kelas nak rehat semua. So terpaksa lah mandi, pakai baju semata-mata nak booking kelas, takut nanti tak kosong pulak.

3. The Class Technician - ni merupakan rutin harian aku. Yang tak bestnya kena datang awal untuk booking, kalau lambat tak dapatlah. Benda ni boleh jadi 2-3 kali sehari bergantung kat jadual kelas sampai Abg Mamat tu pun dah muak tengok muka aku, semua sebab aku hold CR untuk many subjects.

4. The Informer - haa, ni pun selalu jugak. Sebab tugas penting sebagai CR ialah untuk menyampaikan apa-apa update berkaitan kelas - kelas batal, lecturer tak datang etc. Maklumat juga boleh jadi macam pembahagian topik assignment, queue presentation dan juga grouping

5. The Assistant Lecturer - Ni jarang tapi bila dah dapat rasa diri ni powerful sangat dimata classmate. Mengambil contoh kelas QMT dimana aku diberi authority oleh Mdm Hezlin untuk supervise Test 1 untuk student-student. Mdm just call suruh amik kertas kat bilik dia (FSKM), distribute, bila dah siap hantar kat Hotel UiTM dimana kat situ, mdm belanja aku..huu, best :-)

6. The Class Guardian - Well, ni bukanlah rutin tapi sometimes happen on the special occasion. Seingat aku sekali je aku pernah rasa, waktu kelas ADS460 dimana pada waktu tu takde sorang pun student yang dah siap individual presentation. Prof Zul mengamuk and beliau nak at least sorang presenter tampil untuk menyelamatkan maruah kelas, sebab kelas-kelas lain takde masalah. Aku yang sepatutnya kena present minggu depan dengan berat hatinya present minggu tu jugak demi kelas. Ceyh, poyos je ayat. Tapi, this is a true story. Tanyalah classmate-classmate aku.
So, itulah dia pengalaman aku jadi CR. Terkilan jugak bila ada kawan-kawan yang dok kata aku ni emo, kuat merungutlah waktu jaga diorang. Sometimes, kita senang judge orang tanpa meletakkan diri kita kat tempat seseorang. Bukan apa, pada pendapat aku kalau korang rasa diri tu dah cukup hebat nak mengata macam-macam yang buruk, apa kata korang try berada kat tempat aku. Ini situasinya - korang tak pernah jadi CR, pastu bukannya lead satu kelas but 7 kelas. Nampak tak tensionnya tu, dengan ragam classmate yang kaki ponteng kelas, yang jenis makan semut banyak, yang jenis tak amik peduli pun pasal study. Semua ni aku nak kena handle. Apa-apaun sekarang ni I'm a free..cuma ada satu kelas je aku jadi class rep - tu pun sebab kelas tu semua perempuan, aku sorang je laki..:-p

No comments:

Post a Comment