Monday, December 31, 2012

Kisah AKU n Memories 2012

Tepat jam 12 tengah malam hari ini, 2012 akan melabuhkan tirainya dan menandakan permulaan tahun 2013. Seperti biasa untuk menutup entri 2012, dan meneruskan tradisi yang dimulakan pada tahun 2010 - diarimcbride akan melaporkan a brief summary tentang perjalanan hidup aku pada tahun 2012, dan juga sedikit comment tentang resolution 2012.

May 2012 - menjadi TUNAS SMF FSPPP

June 2012 - mengendalikan program pertama aku di UiTM didalam Program Forum Pemikiran Pemimpin Negara sebagai Pengarah Program & Panelist

July 2012 - tamat pengajian semester kedua a.k.a first year.
September 2012 - memegang portfolio EXCO Penempatan & Non Resident SMF FSPPP
October 2012 - memegang status CDL untuk lesen kereta..kii
Disember 2012 - mengenali Lawn Bowls yang menjadi kegilaan aku sekarang, menggantikan sukan badminton.

Alright, sekarang ni jom kita review sikit Resolution 2012. Jom kita tengok samada azam yang diletakkan tercapai ke tak :

1. CGPA ok : So far setakat ni CGPA aku untuk 2 semester still above 3 - iaitu purata terkumpul sebanyak 3.35. Ianya boleh dikategorikan sebagai success untuk tahun ni.

2.Tambah kawan : kalau nak diikutkan memang ada penambahan kawan tahun ni - SMF, alumni & senior SMF, JPNR, Team Lawn Bowls. So, I'd love to consider this as success too.

3. Aktif dalam persatuan - Alhamdulillah, maybe ini kejayaan paling jelas. Dengan memasuki SMF, ternyata resolusi ini dah berjaya.

4. Join SAF 2012 - Walaupun bukan dalam badminton, aku masih berpeluang join SAF dengan menyertai Team Lawn Bowls. Completed.

5. Membahagiakan ibu bapa - erm yang ni aku tak tau nak nilai macam mana, biar mereka yang tilai.

6. Blogging - masih bertahan nampaknya blog ni..

7. Pengganti - No comment

Sebagai kesimpulan, ingin aku rakamkan jutaan terima kasih pada 2012 kerana telah memberikan banyak kenangan manis yang boleh ku simpan untuk tatapan di hari tua..huu. Nantikan 2013 Resolution hanya di diarimcbride!!

No comments:

Post a Comment