Thursday, December 20, 2012

Kisah AKU n Majlis Kegemilangan Anugerah Dekan 2012

Assalamualaikum semua, harap berada didalam keadaan yang sihat hendaknya. Tengok title entry - Wauu!! DL tu..gila lah Farid. Banyak la korang , pointer semester 2 aku jatuh ada hati nak dapat DL. SMF bertanggungjawab dalam mengadakan program ini setiap tahun, so as a committee dibawah Amirah, aku diletakkan sebagai Biro Multimedia. Dalam biro ni ada dua orang, tapi untuk majlis ni sebelum, ketika dan selepas - aku sorang je yang berfungsi. &*%#@. 
Sadly about Biro Multimedia, korang takkan ada masa untuk melilau, snap picture, berborak dengan kawan-kawan. Apa yang korang dapat ialah duduk dalam sebuah bilik yang penuh dengan wayar, suis, plug, laptop, A/V etc. Dalam bilik ni lah korang akan mengawal perjalanan program. 
And of course, takde photographer pun sudi masuk untuk tengok keadaan aku dalam ni. So, syok sendiri lah snap picture hari tu. Btw, program ni berlangsung pada 18.12.2012. Sedih kan aku..wuu, terlupa pulak  bila time orang makan, biro ni juga perlu mengorbankan waktu makan sebab kena kontrol instrumental, montaj dll. 
Bila program dah nak habis , barulah aku keluar melihat dunia luar. Time ni lah nak makan, amik gambar dengan committee lain. 
Salah sorang budak Multimedia ada kat sini tapi dia tau dok luar je..bullshit!!
Program ni habis pukul 6, and untuk kitorang ada test Accounting yang menanti. Test yang sepatutnya digunakan untuk aku untuk menebus kegagalan test lepas hancur berderai sebab kekurangan masa untuk buat exercise..wuu, Ya Allah..aku cuma mintak lulus je untuk paper ni
Adalah gambar aku snap sikit, waktu ni tengah sesi bergambar budak-budak genius tu. DL lah katakan.
Difahamkan hampir setengah daripada SMF berjaya dapat DL, tapi ada diantara diorang yang datang sebagai penerima anugerah rather than committee. Misalnya waktu preparation tempat tak datang langsung, naik bas yang sama dengan student biasa tu..geram betul aku. Come on la, aku kat sini dari pukul 2 tau. Sacrifice masa revision Accounting sebab nak setup A/V tu...
Oit Tiqah, ko habiskan sorang-sorang ke?
Habis je program, sesi amik gambar committee pulak tapi gambar tu tak dak kat henset aku. Kitorang tak kemas pun dewan ni sebab keesokan harinya ia digunakan untuk satu lagi program SMF iaitu Malam Apresiasi Bersama Alumni.
p/s Test 2 Accounting hancur..sobs

No comments:

Post a Comment