Saturday, September 8, 2012

Kisah AKU n Nak Balik Shah Alam Dah

Salam semua, semester ketiga hampir membuka tirai. Entri untuk konklusi cuti tak dak eh? Ha la, sebab ni probably cuti aku yang paling tak produktif. Makan, tidur, exercise sikit..belajar pun bulan pertama ja, yang kedua banyak habis masa main game and tolong mak load kotak-kotak dalam rumah.
Ni rumah bapak aku, huu..bukan rumah aku. Nampaknya belum sempat nak merasa duduk kat sini. Lama renovation nya, before aku habis exam Julai lagi, tapi cermat kontraktor yang buat. Aku suka kerja diorang. Raya Haji nanti balik mesti siap punya, huu
Petang semalam aku pergi repair motor, tiub tayar bocor..huu, maybe lama x bawak kot. Sementara tu, gunting rambut. Mintak repair ja, terus pendek..wuu, janggut aku pun sama. Selalunya pergi kedai melayu tu, tapi tutup pulak petang tadi.
Kemas bilik dengan mak, berhabuk gila la siot. Mop, sapu sampah. Exchange baju lama dengan baju baru, padat closet aku tu  (bukan pic kat atas ni), Semalam aku and family datang sekejap ja nak kemas, esok aku balik dengan Abg Pian yang hantar motor aku sekali.
Stok semester tiga, actually ada banyak lagi baki sem lepas tapi just bawak ja, takut nanti habis tak payah pakai duit sendiri..huu
Stok bulu tangkis. Semester 3 ni ada azam baru - nak jadi wakil FSPPP untuk SAF and juga menamatkan domiansi Cpt Joe. Wish me luck
Tadaa, sama ja cam sem lepas..takde variety langsung, huu
Kasut sem ni, sepasang ja yang baru (tengah-tengah tu), beli banyak-banyak bukan guna pun. Lepas susun ja semua aku balik Rawang dengan family, sampai rumah dalam pukul 12 tengah malam jugak sebab pergi makan sup panas dulu. Tak nak bagi ngantuk, sebab awal pagi ni aku ada benda nak buat dengan lappy.

So, pagi ni dalam pukul 11 aku berangkat lah balik ke Shah Alam.

No comments:

Post a Comment