Thursday, May 17, 2012

Kisah AKU n Cerita Isnin Lepas.

Salam semua, hari ni ada niat nak update blog lagi..huu, laju pulak minggu ni kan. Tiap-tiap hari dok update. Sebenarnya bukanlah cerita baru, berlaku hari Isnin lepas tapi pasal ada cerita yang lagi menarik untuk dikongsi, aku K.I.V dulu yang ni.

Hari Isnin lepas aku dijadualkan untuk membuat dua presentation. IR & Public Admin, alhamdulillah walaupun tak sempat lagi nak rehearse tapi aku sangat bergantung dengan kuasa spontan dibantu oleh fakta yang siap diprepare lepas habis modul 5. Tak sabar nak habiskan dua presentation ni, so that lepas cuti Gawai aku dah boleh rehat sekejap.
                                 
Kelas ECO415 batal lah pulak, so kitorang pergi breakfast kat Barra. Gerombolan mat motor FSPPP menmbakar tar UiTM.

Waktu ni kitorang cerita pasal masa depan, waah..banyak jugak plan kawan-kawan aku ni. Yang tak boleh belah waktu situasi nak ajak main badminton lagi, siap bawak anak bini..lol
Presentation IR bermula sekitar pukul 2.30 petang, bertempat di bilik simulasi EMAS.
Tekun membaca pada waktu kritikal. Group kitorang nombor dua tapi atas masalah teknikal Group 1. Kitorang jadi yang first.
Mamat ni memang selalu pakai baju ni waktu present, baju bertuah katanya.
                                 
Ada gaya lecturer tak?
First presenter, Faiz membuka presentation kami. Tajuknya - Contract of Employment. Sepatutnya ada sorang lagi, Sabri tapi dia kena konvokesyen. So tak dapat nak join.
Second presenter, Wan menyambung presentation tentang Termination of Benefit. sangat lancar ketika ni, takde gangguan external yang kami hadapi.
Third presenter, aku yang menyentuh tentang Working Hour, Leaves and Employment. 
Aku terlupa nak bawak pen bertuah yang dihadiahkan Onyx kepada aku dulu (Parker) waktu presentation ni, seperti biasa aku tak memerlukan nota atau cue card ditangan cuma sebatang pen. So, pen Orogenic ni pun jadilah.
Terima kasih kat kawan-kawan dan Sir Hashim Ahmad yang memberi perhatian dan kerjasama ketika presentation kami. 

Petang tu, kelas Public Admin cancel. So, presentation aku dengan Yat pun takdelah. Anjak ke minggu depan, alahai Prof. Kenapalah tunda sebab saya nak sangat habiskan minggu ni..:

No comments:

Post a Comment