Sunday, December 25, 2011

Kisah AKU n I'm Home!!

Semalam tepat pukul 9.30 malam, aku and along sampai jugak kat Bandar Sungai Buaya setelah menempuhi perjalanan yang perit dan lama. Bayangkanlah, aku keluar UiTM Shah Alam dalam pukul 11.30 pagi then sampai Melaka pukul 3.30 petang, lepastu rehat jap, singgah makan kat TESCO Melaka. Jalan sesak gila-gila kat PLUS menghala kearah selatan petang tu (nak balik christmas la katakan..) nasib baik la waktu nak balik tak sesak sangat. So, aku bukan nak cerita pasal benda tu pun, actually - nak sembang-sembang sikit pasal hari sebelum aku nak balik je..thihihi.


Habis je Kesatria petang tu, aku terus packing barang. Aku decides untuk menghantar sejumlah besar barang terus kerumah, dan meninggalkan barang yang perlu je waktu revision and exam week - so that, waktu nak tutup semester nanti takdelah banyak barang nak bawak.. Beg baju yang kaler merah tu dah dipadatkan dengan baju yang dah tak nak pakai. "Kotak Hari Lahir" yang menyimpan hadiah-hadiah hari jadi pun nak kena bawak balik jugak as well as barang-barang sampingan lain. Laptop and reket badminton still aku nak guna lagi waktu revision week - takkan la nak study je, mesti nak keluar peluh sikit..
Baju-baju yang nak pakai waktu masuk dewan peperiksaan- as usual, aku nak pakai formal lagi, untuk baju revision week, tak banyak pun yang aku tinggal sebab aku bukan pakai baju pun dalam bilik..ha3x
Meja belajar - still penuh dengan buku dan nota. Harap-harap waktu revision week, diorang kurangkan sikit aktiviti ber'dota' tu, aku nak study jugak weyh, susah nak masuk kalau bising sangat.

Dah sampai rumah ni, buku Prinsip Perakaunan je yang aku bawak. Nak bawak banyak buku, bukan study pun sebab hari Selasa ni aku nak kena balik UiTM. Ayah kata malam ni and esok nak bawak aku, adik main badminton dengan Uncle Akram. Err..bila nak study ek??

Nota di facebook - buat sesapa yang ada consultation dengan aku harap bersabar ek sebab aku tak balik hari ni..penat weyh.



No comments:

Post a Comment