Wednesday, February 23, 2011

Kisah AKU n Pilihanraya Kampus UiTM Shah Alam (FUU)


Semalam telah berlangsungnya PRK UiTM Shah Alam..this is the first time aku dapat experience mengundi ni, best juga rasanya because kat sekolah dulu takde pilihanraya sekolah, semua ketua-ketua dipilih melalui kroni-kroni cikgu..(even aku pun..ha3x..), so..jom la ikuti pengalaman aku ni, erm lupa pula nak kasitaw, aku dan kawan-kawan mengundi untuk calan from fakulti undang-undang, fakulti tempat aku menuntut ilmu sekarang..

suasana sebelum mengundi..perang poster bermula lebih awal dengan jentera keempat-empat calon daripada fakulti undang-undang menaikkan poster-poster serta banner mereka 2-3 hari sebelum hari pengundian..salah seorang daripada calon, mr.farid zuhri ada la juga datang bilik aku hari tu, nak pancing undi dan menyebarkan manifesto la katakan..calon yang bertanding untuk FUU ialah mr.farid zuhri, mr. norazrein azlan ong, miss najihah dan miss afifah..

0830: hari pengundian..suasana di sekitar taman babylon..agak padat dengan pelajar-pelajar yang mengunjungi booth-booth daripada persatuan-persatuan dalam fakulti undang-undang such as law society.

0930: kelas LWP02J,LWP02K and LWP02L diescort oleh mr. izzuan izaidi azmi ke tempat pengundian, ketika beratur menunggu giliran ke tempat mengundi, suasana agak cemas..kelihatan mr.muhaimin and mr.suhairi disitu..muhaimin memang malang hari tu, beliau dipaksa berpatah balik kerana telupa nak bawak matrik kad..kesian, buat penat je beliau beratur panjang-panjang..

mr.suhairi selepas selamat memilih calon favourite nya..

aku pulak..

1230: ketika ini pengundian still going on, keadaan di taman babylon juga still penuh..

saya telah mengundi..anda??

agak-agak bila pulak aku boleh bertanding ek..??

mestilah kalau aku dapat sambung ke peringkat ijazah kan..insyallah kalau ada rezeki aku pun nak bertanding jugak la..:-)

so..kalau aku bertanding nanti, vote for farid okayh..wi3x..
erm..apakah keputusan pilihanraya bagi kawasan FUU semalam..aku dengar cerita yang sahih ni tapi tak pasti la samada jumlah undi tu betul ke tak..

1. Mr.Farid 1000
2. Miss Afifah 900
3. Mr. Norazrein Azlan 700
4. Miss AmiraH Najihah 700

maka berakhirlah kisah dan pengalaman aku semalam..diharap calon-calon yang menang tu dapatlah melaksanakan manifesto-manifesto yang dijanjikan tu..janganlah seperti menanam tebu ditepi bibir..

..................the end.......................

No comments:

Post a Comment