Title post kali ni agak gempak kan..oh well, this is because tadi tepat pukul 1800 HRS, sampailah aku di bandar metropolis rawang yang tercinta..apa kaitan cerita balik kampung dengan title diatas ek..erm,basically and technically, aku ialah orang yang terakhir yang meninggalkan bilik perindu 1213..huh, daftar paling awal,tapi balik yang paling last kan..the last true and the guardian of P1213..yup,thats me..:-)
keadaan di study corner..tak banyak beza pun. cuma agak kemas la jugak..
sayap kiri P1213 kebanyakan kosong because 3 daripada 4 telah terlebih dulu meninggalkan kami pada hari khamis iaitu start with mr.khaliq, diikuti mr. wan zul, then followed by mr.najib..manakala, champion of P1213 as known as captain mujahid berangkat sekitar pukul 12 tengahari tadi..
sayap kanan P1213 kosong apabila mr.yasin and mr.zaki check out dalam pukul 0930, diikuti mr.aslah pada pukul 1100-1130(estimate je) and finally mr.farid iaitu gua la, pada pukul 1430..agak lama juga aku menginap kat bilik ni,berdasarkan gap and time interval..tapi, apsal zaki still gantung baju dia ek, x paham betul aku...
kipas dan lampu hendaklah ditutup terlebih dahulu..
tidak lupa juga kepada heater ni..(amanat daripada khaliq- siapa last make sure benda ni ditutup sepenuhnya..) dan orang terakhir ialah aku maka aku lah yang kena make the final inspection kat bilik ni..
selipar juga semakin berkurangan, as well as kasut..
lengang betul perindu..
tunggu bas dengan faisal, dia nak balik teluk anson..
bye-bye razman and the geng..
nasib baik dapat tempat duduk dalam bas kalau tak..patah pinggang plus bahu aku nak bawak beg gemuk tu..tak sangka pulak dapat duduk sebelah abang usop..dapat la jugak curi dengar lagu screamer dia tu..
buat-buat tidur..hujan pulak waktu on the way ke KL Sentral..sejuk betul dalam bas tadi..
sampai kat KL Sentral pukul 1600, train ke Rawang pulak sampai pukul 1656, so, aku menyibukkan diri pergi kfc..then,belilah sebiji zinger burger..pastu delayed pulak jadi pukul 1700, so, aku pun makan la dulu...masuk je train, padat gila..sampai yang nak keluar pun tak dapat, semuanya berebut-rebut nak masuk, diorang ingat dapatlah tempat duduk..last-last habuk pun tak de..aku pun, dengan beg gemuk tu, agak struggle la sikit nak masuk train tu, tapi berkat sisa kekuatan yang ada ,akhirnya dapatlah juga aku menerobos masuk kedalam train tu walaupun tau takdir aku yang kena diri sepanjang perjalanan ke rawang...then,dalam pukul 1800, aku pun tibalah kat metropolis rawang..
sekadar hiasan sahaja..viewer discretion is advised..:-p
kat rawang..aku terus cari bank islam dengan harapan untuk check whether the kptm dah bayar allowance ke belum..dan akhirnya,mereka telah melaksanakan tanggungjawab mereka dan duit elaun aku for the second semester telahpun masuk..tanpa membuang masa aku terus ke stesen keretapi dan bergegas ke sunway pyramid..ha3x,tipu la mana ada,aku pun membayar yuran pengajian uitm sebanyak rm475 dan selepas itu..mission accompished..
at the end of the story, aku pun pulang ke sg.buaya dengan hati yang girang bercampur badan yang penat...
..................the end..................
No comments:
Post a Comment