Sunday, March 16, 2025

Kisah AKU n Ramadhan 2025 - Wk2

Assalamualaikum,

Sementara nak menunggu final Piala EFL melibatkan my beloved Newcastle menentang Liverpool ni, elok jugak aku nak menaip cerita minggu kedua untuk Ramadhan 2025 ni.
Minggu ni unexpectedly sesak. Almost everyday pulak tu.
Syok la diorang lepak rumah atok. Along and Mikail ada kat rumah minggu ni. So aku balik office je terus datang berbuka puasa kat sini.
Nasib baiklah si Faris tu WFH, so mintak dia amikkan budak-budak ni. Mak ayah takde pergi Sungkai since Along pindah rumah kat sana from Port Dickson.
Hari Rabu tu pulak aku berkesempatan menghadiri majlis Iftar + farewell dinner untuk our HOD Parking, Mr CP yang bertempat di Padang on Wheels @ Damansara Utama.
Adios boss. Thanks for your guidance and support. I learnt a lot from your leadership here. Good luck for your future endeavor and do keep in touch..:-)
Hari Sabtu seawal jam 11.30 pagi aku dan family bergerak from Rawang ke Shah Alam untuk our outdoor shopping bagi menyambut Aidilfitri 2025. Eh biasanya bukan selalu ke AEON ke, awat pergi Shah Alam pulak ni.
Wife ajak shopping kat sini - Primavalet Seksyen 7 Shah Alam. Aku pun agak familiar jugak kawasan pintu belakang UiTM ni, maklumlah 4 tahun belajar kat sini dulu..:-)
Memang padat betul area ni semalam. Nasib lah aku terawal sikit.
Ni semua penangan si Bella dan Syed Saddiq tu lah yang wife aku ajak shopping sini..:-p
Pishang menunggu ibu dan adik cari baju. Siot budak tu enterframe pulak kat belakang. Dah tu gelak pulak. Haha
Aktif betul budak dua orang ni. First time beli baju sekali kot. Macam tahun lepas kitorang split cari baju masing-masing.
Haa camna dah jumpa ke kalernya? Jumpa jugak yang matching satu family dan ianya bukan kaler merah seperti yang aku nak. Sobs
Sekitar jam 1.30 petang, settle shopping baju Raya. Then wife dan Iman sambung cari tudung pulak.
Yang aku dengan Fariq ni pun tak tau nak cari apa. Semua dah ada. Butang baju dapat free, sampin pun free. So kami pun tercongok je lah depan hotel ni sambil menunggu diorang setel.
As planned, kami sekeluarga menginap di The Tree Boutique Hotel yang berada di kawasan Seksyen 7 ni jugak since malam tu kami ada a few agenda lagi. Awat hotel ni macam familiar je. Huhu
Okaylah hotel ni, basic tapi agak selesa jugak untuk our staycation. Ikut plan asal nak stay kat Hotel UiTM, tapi pakej Ramadhan (room+iftar+sahur) diorang fully booked pulak minggu ni.
Memang lepas check-in je semua ketiduran. Maklumlah pagi tu semua bangun sahur..:-)
Dalam jam 7.15 petang, kami berjalan kaki ke Restoran Hong Kong Muslim Food. Less than 5-min walking from the hotel.
Tepat jam 7.27 petang, azan berkumandang menandakan telah masuknya waktu Maghrib dan berbuka puasa di Shah Alam.
Lepas buka puasa, kami balik hotel untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak. Dalam jam 9 camtu turun bawah semula for our final agenda of the day.
Kami ke Secret Recipe Seksyen 7 untuk birthday celebration yang ketiga tahun untuk our beloved daughter, Iman..:-)
Nyum-nyum makan kek. Ni dia yang pilih sendiri. Huhu
Abang Fariq pun dapat makan kek jugak..:-)
Eh abah tak makan ke? Mestilah tak, time buka puasa tadi dah melantak. Kenyang lagi.
Pekena latte je dengan cik isteri..:-)
Dah jam 10.30 malam pun bukan main banyak kereta kat sini. Semua pakat shopping Raya ni.
Dah-dah jom tidur. Abah ngantuk dah ni.
Sekali ada freeshow pulak, katanya happy hour dah start..:-p
Jam 4 pagi keluar cari sahur. Sudahnya lepak kat Khulafa Corner, ni port time study dulu. 12 pm check-out and terus bergerak pulang ke Sungai Buaya.

P/S: Nervous pulak nak tengok final ni. Huhu

Tuesday, March 11, 2025

Kisah AKU n Ramadhan 2025 - Wk1

 Assalamualaikum,

Hari ni dah masuk hari ke-10 umat Islam menunaikan ibadah puasa. Dalam entri pagi ni aku nak story sikit lah kisah Ramadhan minggu pertama aku untuk tahun 2025 ni.
Dalam minggu pertama ni, aku ada 2-days training kat KL Eco City. Apa benda lah buat training time bulan puasa, full day pulak tu. 
The 7 NLP Habits of Excellence. Tapi interesting jugak topik training, basically nak melatih minndset kita untuk jadi more positive..:-)
Selfie bersama group member. Some familiar face there. Ya betul, ada 4 orang wakil from Balai Rangers, iaitu aku, Nuh, Akmal dan Zaim. Huhu. Dah member dok satu group ni memang havoc lah ceritanya..:-p
Hari Selasa tu aku ke KKB, ada urusan nak disettlekan kat Pejabat Tanah dan juga Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Rabu sambung training untuk hari kedua. Kali ni memang rileks betul. Siap boleh jalan-jalan dalam KL Eco City ni lagi..:-p
Tapi tu lah, dah nama pun bulan puasa. Memang lepak pun tempat yang rare. Spend time cari buku preloved.
Masuk art gallery. Haha
Sempat menunaikan solat Zohor berjemaah di Masjid Abdullah Hukum KL Eco City..:-)
Dalam jam 4 petang, our 2-days training was concluded. Special thanks to Dr Alvin untuk session yang sangat positif ni..:-)
Eh ni dah kenapa ada gong pulak? 
Hari Khamis tu TNG Parking team celebrating double milestone of achieving 2,000 TNG-enabled parking sites dan juga the launching of our seamless LPR parking.
So, ada dua gong yang dibunyikan petang tu. The first gong from me was for the 2,000 sites, while another one hit by Irfan, for the LPR parking. Congrats team!

So, that's the wrap untuk cerita minggu pertama Ramadhan 2025 aku. Memang padat dengan aktiviti. Tu yang tak sabar tunggu hujung minggu nak cover tidur balik...:-P

P/S: Nervous pulak aku nak tunggu final Piala EFL ni. With Gordon and Hall tak dapat main, rasanya memang susah nak beat Liverpool ni. Tapi, bola tu bulat. So, let's play and go for it.

Monday, March 3, 2025

Kisah AKU n Selamat Datang Ramadhan 2025

 Assalamualaikum,

Semalam tanggal 2 Mac 2025 bersamaan 1 Ramadhan 1445 Hijrah merupakan hari permulaan bagi umat Islam menunaikan ibadah puasa. Sesungguhnya bulan ni merupakan bulan yang paling dinantikan oleh umat Islam sebagai medan untuk menzahirkan rasa syukur dan tawadhuk kepada Tuhan Maha Pencipta diatas nikmat kurniaan yang diberikan selama ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku dengan penuh rendah diri mengucapkan selamat datang Ramadhan 2025!
Hari pertama Ramadhan semalam disambut dengan sederhana di rumah ayah. In Sha Allah, setiap hujung minggu kami sekeluarga akan datang berbuka, unless kalau ada plan lain lah.
Tahun ni Fariq nak join Terawih, tapi naik motor dengan atuk dia. Abah dia lagi suka berjalan, amik ingan sambil exercise sikit. 
Memang ramai jemaah kali ni, seiring dengan penambahan penduduk disini. Tahun ni beristiqamah untuk solat Isyak berjemaah, sebab tahun-tahun sebelumnya aku datang time nak solat Terawih je since lepas berbuka sambung kerja.
Apa saja lah budak ni mengintai tu. Jangan skodeng girl pulak. Huhu
Kebiasaanya, Fariq pun akan balik jalan kaki kerumah dengan aku since atuk dia sambung moreh. Aku lepas Witir memang terus balik, sambung kalau ada kerja urgent.
Tapi ada hari-hari yang Fariq tak join, aku pun lepak pekena moreh jugak..:-)
Ada budak merajuk tak dapat ikut pergi Surau. Tunggu minggu depan ibu dah habis period boleh join sekali. Huhu
Untuk tahun ni, kami di TNG masih mengekalkan hybrid workforce. Aku still kena datang office at least 3 kali seminggu, while the rest boleh bekerja WFH. Masa bekerja start jam 8.30 hingga 4.30pm, tapi atas budi bicara my direct boss, aku biasanya sampai ofis jam 9.30 dan akan keluar jam 3.30 petang. Cuma bila dah settle urusan ambil anak bini tu, kebiasaanya aku akan sambung kerja sampailah masuk waktu berbuka. If masih ada kerja, sambung lagi after berbuka sampai solat Isyak.
Since wife dah kerja kat Damansara, kitorang memang akan keluar awal around jam 7 pagi. Untuk hari aku WFH, normally kami akan gerak lebih awal dalam jam 6.40 camtu since aku akan hantar wife dulu baru hantar budak dua orang ni ke taska. Layan dapat sambung tidur dalam kereta..:-p
Menutup entri pertama Ramadhan 2025 di Diari McBride ni, suka aku nak mengucapkan selamat mennempuhi ibadah puasa. Tingkatkan amalan serta hindari aktiviti yang boleh mencalarkan keberkatan puasa kita ni. Aku berharap agar Ramadhan tahun ini digunakan dengan sebaik-baiknya dalam usaha meraih keberkatan dari Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal Al-Amin.