Monday, January 2, 2023

Kisah AKU n Fitri's E-Day @ Teluk Intan

Assalamualaikum,

Okay untuk entri pembuka tahun 2023 ini berkisar majlis pertunangan my cousin, Fitri pada tanggal 1 Januari 2023, Ahad di Teluk Intan
Seawal jam 11 pagi kami dah checkout hotel. 
Berkumpul dekat Masjid At-Taqwa, Padang Tembak dulu untuk menunggu ahli-ahli keluarga lain yang join rombongan bertunang ni sebelum terus bertandang kerumah keluarga perempuan.
Sekitar jam 12.30 tengahari, majlis pertunangan dimulakan dengan bacaan doa oleh pihak keluarga perempuan. Ramai jugak kaum kerabat yang hadir from family diorang.
Perbincangan dimulakan dengan Ayah mewakili adik beliau, Cik Din untuk meminang anak perempuan Haji Shariff. Korang tengok si Fariq tu, sibuk je dok situ. Huhu
Antara dulang-dulang hantaran yang dipamerkan.
Kami dihidangkan dengan juadah lauk pauk yang disediakan before pulang ke Rawang. Bila fikir balik dah macam majlis nikah pulak tadi. Meriahnya lain macam. Bukan apa, sebab aku dulu simple je penuh kesederhanaan..:-)
Macam biasalah kena bagi anak dara sorang ni makan. 
Budak ni tak habis-habis mintak refill air coklat. Sedap sangat tu, tapi memang time aku rasa tak macam air coklat lain. Lupa pulak nak tanya tuan rumah tadi. Huhu
Sesi bergambar sebelum majlis bersurai. 
Alhamdulillah, settle majlis. Meh la aku share gambar si Fitri dengan tunang dia, Anis. Dah besar dah budak ni, dulu ingat lagi main Gameboy dengan dia time balik kampung.
Aku bersama sepupu-sepupu. Yang belah kiri tu Fitri, yang sorang lagi tu Rizal. Diorang berdua ni sebaya dengan adik aku si Faris tu. Fitri dah nak kahwin, Ijai pulak dah kahwin tahun lepas. Yang si adik ni katanya nak menghantar rombongan jugak, tapi bila tanya detail tak bagitau pulak. Haha
Balik ke Rawang dalam pukul 3 petang, lalu jalan lama sampai Slim River masuk highway. Jalan pun elok tak jem.
Sampai rumah dalam jam 4.30 petang. Lemau bhai bawak kereta petang-petang ni. Bukan driver lemau, yang penumpang pun sama. Ayah sampai sambung tidur kat rumah aku lagi ngantuk punya pasal. Haha
Malam lepas Maghrib, aku dan family ke Bukit Sentosa. Rutin biasa untuk start minggu baru, restock barang dapur, tuang minyak kereta dan of course, quick dinner. Semalam kami ke restoran Jamal, wife nak makan nasi kandar Mamu katanya. Aku pun on je lah. 
Stress budak ni, asyik tengok mak ayah makan nasi kandar sehari dua ni. Haha
On the way balik rumah, jem pulak kat highway. Ada accident dekat exit Bandar Sungai Buaya. Kalau tau aku lalu jalan dalam je. Pfft

Jadi itu sahajalah cerita entri pagi ni. Tahniah kepada Fitri atas majlis pertunangan. Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Amin In Sha Allah.

P/S: Draw pulak Newcastle semalam. Sayang betul sebab City pun draw. Kalau menang dah boleh pintas diorang untuk tempat nombor dua. Tapi takpelah, team pun main baik semalam cuma takde luck nak menang je.

Sunday, January 1, 2023

Kisah AKU n 2023 Resolution

Assalamualaikum 2023,

Syukur dipanjatkan kepada Allah, Tuhan Semesta Alam diatas limpah kurniaNya yang masih memberikan kita peluang untuk hidup dimuka bumi ini dan merasai tahun baru 2023. Tahun 2022 merupakan tahun kedukaan bagi kebanyakan rakyat Malaysia dengan wabak Covid-19 dan banjir besar yang melanda. Ramai yang hilang pekerjaan, dipotong gaji dan terpaksa membuat lebih dari satu kerja bagi menampung beban hidup yang semakin meninggi. Semoga kita semua terus kuat dan teguh membadai arus yang dahsyat ini. As usual, sebuah list of azam haruslah kita tetapkan untuk mengukur kejayaan kita pada tahun ini. Of course, aku sendiri telah mengeluarkan a set of resolution yang akan digunakan as a benchmark demi mencapai kejayaan berpanjangan.

Blog: Mei 2023 ni merupakan tahun ketiga-belas aku berblogging. Huhu, tak sangka kan dah 13 tahun blog ni aktif. Semoga aku terus ada selera nak sharing cerita-cerita yang memberikan faedah untuk pembaca-pembaca yang sudi hadir melawat. 

Kerjaya: Mac 2023 bakal menjadi tahun ketiga aku di Touch 'n Go. Tahun pertama dan kedua aku dapat increment dan bonus. Untuk tahun ketiga ni of course lah kita eyeing for promotion dan increment etc Performance tahun 2022 pun nampaknya memang excellent, harapnya adalah something to reward our hard-work tahun lepas. Also aku berharap jugak agar the current flexibility dan hybrid arrangement ni berterusan walaupun akan ada new management tahun ni.

Family: Tahun ni hopefully dimurahkan rezeki supaya dapat membalas jasa mak ayah yang banyak membantu aku selama ini. How to repay? Of course lah dengan sentiasa alert dengan keiinginan mereka dan juga another cuti-cuti Malaysia kami yang bakal memasuki edisi keempat! Menjadi abang yang baik untuk adik-beradik dan loving husband untuk Ija serta ayah yang awesome untuk Fariq Ilham dan juga Iman Nur Syahadah.

Haa, itulah azam aku untuk tahun 2023 ni. Semuanya nampak sama kan dari tahun sebelumnya? Yang membezakannya ialah tanggungjawab mengetuai keluarga kecil aku ni. Doakan aku berjaya mengharungi semua ini dan dipermudahkan oleh Allah. Amin Ya Rabbal Al Amin.

Saturday, December 31, 2022

Kisah AKU n Memories 2022

 Assalamualaikum,

Malam hari terakhir tahun 2022 ni as usual I'm sharing with you guys one of compulsory entry bagi blog ni. Sebuah closing entry describing memories dan juga some of key highlight yang terjadi kat diri aku pada tahun 2022 ni. Dalam entri ni ada jugak aku masukkan komentar bagi azam 2022 yang telah diletak early year. Nak jugak tengok berjaya dicapai atau tak. Okaylah, jom kita selak sikit entri penutup untuk tahun 2022 aku. 

January
Kena jadi bidan terjun untuk deployment PLUS RFID. Yelah, time tu aku dah setahun jugak masuk team Parking, so bila kena cover Expressway ni macam menggamit kenangan pula. Huhu

February
Fariq's 2nd Graduation. 
Huhu, akhirnya dapat booster jab. Complete 3 dos Sinovac ada dalam badan aku sekarang..:-p

March
Tanggal 17 March 2022 merupakan hari kelahiran Iman Nur Syahadah.
Selang seminggu lepas tu, merupakan hari terakhir aku bersama Blueniey setelah hampir lapan tahun beliau menaburkan jasa dan baktinya. Good bye old friend.

April
Ramadhan tahun ni tanpa anak dan isteri, since wife berpantang di Melaka so Fariq pun ikut sekali. Tapi every week memang aku datang melawat.
Minggu terakhir Ramadhan, aku mengalami minor accident di highway PLUS berhampiran exit Nilai. Alhamdulillah, nyawa panjang lagi. Terima kasih Allah.

May

2 Mei - hari lahir blog Diarimcbride yang kedua belas!
Raya pertama untuk kami berempat. Alhamdulillah
Akhir May, akhirnya dapat jugak kereta Axia a.k.a Silverwing ni setelah hampir dua bulan menunggu.

June
Kak Amy buat open house Raya, so dapatlah buat mini reunion budak-budak Quatriz. Dalam gambar ni, tiga orang dah jadi ex-staff, tinggal empat orang je yang setia lagi. Huhu

July
14 Julai 2022 merupakan hari lahir Fariq Ilham yang ketiga, sambutan secara sederhana di rumah ayah. Beberapa orang family member dari Melaka pun ada datang jugak hari tu. Dapatlah kami jadi hos since diorang tidur kat rumah kami..:-)
Raya Aidiladha keeempat with my small family di Melaka. Ni time gambar outdoor di Pantai Siring.

August
Fun Escapade event di IOI City Mall Putrajaya.
Meluangkan bulan kemerdekaan dengan melawat Muzium Kapal Selam di Melaka.

September
Given honor to announced TNG's 1,000 parking sites to member of Touch 'n Go Business & Growth Division.

October
Memenuhi undangan my bestie, Afiq untuk majlis akikah anak perempuan dia yang berlangsung di rumah keluarga beliau di Kiambangsari.
Berkesempatan attend wedding anak bos lama, Pn Zihan di A-Park Pulau Meranti, Puchong.
Selamat Hari Lahir ke 25 to my beloved wife, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta diberi kekuatan dan kebijaksanaan dalam menjadi isteri dan ibu yang terbaik. Amin In Sha Allah
Quick retreat bersama family wife di Pulau Besar bersempena Maulidur Rasul

November
Mini Reunion Quatriz lagi, kali ni bersempena wedding Afiq yang berlangsung di Nice Banquet Hall Rawang. Tapi kali ni, yang ex Quatriz aku dengan Afiq je lah. Haha
10 November 2022 was our fourth anniversary. Alhamdulillah, semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Dah dua orang anak tu..:-)
PRU15. Even though menang di Parlimen Hulu Selangor, aku sedikit terkilan sebab PN kalah tipis GE ni. Tapi takpe, kita kekal berprinsip dan berlapang dada. PNBest!
26 November 2022 merupakan hari lahir aku yang ke 30, disambut dengan penuh aktiviti di Setia City Mall. Tapi banyak aktiviti untuk bebudak dua orang ni je.

December
Awal December, I bid goodbye to Silverwing. Walaupun tak sampai setahun aku pakai dia, tapi banyak jugak jasa kereta ni dekat aku. Sobs
Menghadiri kursus ThinkAgility selama dua hari di PJ Sheraton Hotel.
Menamatkan aktiviti tahun 2022 dengan percutian 4 hari 3 malam di Pulau Pinang bersama keluarga. Ni merupakan annual vacation kami untuk tahun ketiga berturut-turut.

. Okay, jom tengok azam tahun lepas. Tercapai ke tak?
  1. BlogAlhamdulillah, tahun 2022 merupakan tahun keduabelas aku dalam industri blogging ni. Tahun ni total post ada penurunan sikit dari tahun 2021, maybe disebabkan takde entri mini-series yang aku buat tahun lepas. Tapi still okay apa, sebab aku target habis-habispun 50 entri je setahun.
  2. Kerjaya2022 merupakan tahun ketiga aku di Touch 'n Go. A rough year, tapi we managed to exceed the management's expectation with a lot of T4 achievement. Tengoklah tahun depan bulan March camna, ada increment ke? or ada promotion ke? Huhu
  3. FamilyTahun ni memang banyak masa spend with family. Yang paling penting sekali kami adik beradik berjaya jugak usahakan our annual vacation untuk mak ayah walaupun asalnya banyak halangan. Plan asal nak cuti awal November, dah tu PRU pulak. Nasib baiklah aku dapat nego dengan pihak hotel sebab ikut T&C tak boleh tukar tarikh tu yang dapat shift ke akhir Disember..:-)
            Dari 3 azam yang aku set, aku nak simpulkan yang azam tahun 2022 aku ni mostly tercapai. Apa-apapun thank you very much for all the memories untuk  tahun 2022 ni and of course I'm expecting 2023 yang nak datang esok ni bakal menjanjikan lebih banyak peluang yang lagi baik. Amin In sha Allah.

            P/S: Ngam-ngam dah nak masuk tahun baru aku publish final post of 2022 ni.