Monday, January 10, 2022

Kisah AKU n Siar Malam @ Anggun City Rawang

Assalamualaikum,

Apa ni lambat update? Haha. Busy bohh dekat office sekarang dengan tender. Eh sejak bila pulak TNG masuk tender? Well, jangan complacent katanya. So, marilah kita buat kerja lama. Okaylah, nak story sikit cerita last week. Minggu pertama tahun baru 2022!

Minggu lepas masuk kerja, in fact sekarang ni macam dah takde rotate or WFH. Maklumlah tinggal berdua je staf yang ada kat Parking unit ni. Nak tunggu orang baru dengarnya bulan Mac nanti baru masuk. So, berhuhu je lah sekarang ni. Ni lah suasana pergi balik kerja..:-p


Selfie pertama tahun 2022 didalam toilet ni. Bahahaha


Permulaan yang baik untuk tahun ni dengan berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid ar-Rahah Bangsar.


Sabtu bawak wife pergi check-up di Anggun City, appointment pukul 4.30 petang. 


Nak dekat sejam jugak baru settle, banyak pulak emergency case hari tu. Doktornya sorang je, kami dah nak balik baru ada sorang doktor datang. On call kot.


Seperti yang dijanjikan, bawak Fariq main arked kat AEON Anggun City, Rawang. Sebelah-sebelah je, tu yang menyinggah. Aku parking pun kat luar je hari tu, dapat free parking. Huhu


Syok main kereta polis, dua tiga kali mintak aku touch smart card tu. Haha


Naik pirate ship, jangan besar nanti lanun sudahlah..:-p


Submarine pun ada, yang ni layan sikit sebab boleh main target battleship. Huhu. Bapak dia yang main sebenarnya.


Ping-pong angin. Haha


Machine ni elok sikit sebab budak-budak boleh kenal haiwan, dan bunyi-bunyi diorang..:-)


Selfie buat kenangan untuk our first outing ditahun 2022.


Melilau cari ibu, dah kata ibu kat dalam toilet. Huhu


Before balik kami dinner di restoran favourite Fariq di Kenny Roger Roaster. Budak ni suka makan ayam panggang dengan vanilla ice cream tu. Makan jaga sikit nak oii, baru je nak elok demam tu.


Nak kemana pulak ni?


Kan dah cakap tadi parking kat luar, tu yang berjalan sikit. Tapi takpe tak payah bayar. But baru tadi nampak ada SP proposed nak buat TNG parking kat Anggun City ni. Haha. Cipet betul, pasni kena bayar lah gamaknya. Aku kena buat sesuatu ni nak halang diorang. Haha


Tahun ni aku restart balik main COD Mobile ni. Dah lama tak beraksi beb, tapi ternyata masih berbisa. Fifteen consecutive win untuk awal 2022 ni, tapi rekod ditamatkan baru je tadi after dikalahkan 50-43. Sobs, it's okay lah. Personal record beb 15 winning streak! Biasanya aku main time malam after Fariq dah tidur. Dapatlah seround dua, kadang-kadang time office hour pun aku spend time satu game dalam toilet. Haha. Okay apa, ada orang release tension smoking, vape. Aku pulak nak release stress melenjan COD ni lah. Come on, main tak sampai 10minit pun. Ada orang kekadang smoking nak dekat dua puluh minit pun tak naik lagi.

So, itu cerita minggu pertama untuk tahun 2022. May it be a good year for all of us. Amin In Sha Allah. Orait, nak main Far Cry sekejap walaupun esok kerja. Hopefully jangan lah terlajak sampai pukul tiga pagi lagi. Haha

P/S: Newcastle relegated from FA Cup. Takpelah, elok fokus liga je. Try not to relegate yeah, HWTL!

Saturday, January 1, 2022

Kisah AKU n 2022 Resolution

 Assalamualaikum 2022,

Syukur dipanjatkan kepada Allah, Tuhan Semesta Alam diatas limpah kurniaNya yang masih memberikan kita peluang untuk hidup dimuka bumi ini dan merasai tahun baru 2022. Tahun 2021 merupakan tahun kedukaan bagi kebanyakan rakyat Malaysia dengan wabak Covid-19 dan banjir besar yang melanda. Ramai yang hilang pekerjaan, dipotong gaji dan terpaksa membuat lebih dari satu kerja bagi menampung beban hidup yang semakin meninggi. Semoga kita semua terus kuat dan teguh membadai arus yang dahsyat ini. As usual, sebuah list of azam haruslah kita tetapkan untuk mengukur kejayaan kita pada tahun ini. Of course, aku sendiri telah mengeluarkan a set of resolution yang akan digunakan as a benchmark demi mencapai kejayaan berpanjangan.

Blog: Mei 2022 ni merupakan tahun keduabelas aku berblogging. Huhu, tak sangka kan dah 12 tahun blog ni aktif. Semoga aku terus ada selera nak sharing cerita-cerita yang memberikan faedah untuk pembaca-pembaca yang sudi hadir melawat. 

Kerjaya: Mac 2022 bakal menjadi tahun kedua aku di Touch 'n Go. Tahun pertama aku dapat increment dan bonus. Untuk tahun kedua of course lah kita eyeing for promotion dan increment etc Tapi, tengok KPI tahun lepas macam barai so rasanya I can forget any of those lah. Kalau ada tu bonus. Apa yang aku harapkan work-life balance dan flexibility to cover apa yang tak dapat. Tu pun dah cukup, if tak boleh offer ni. I maybe consider to get it somewhere. Huhu

Family: Tahun ni hopefully dimurahkan rezeki supaya dapat membalas jasa mak ayah yang banyak membantu aku selama ini. Menjadi abang yang baik untuk adik-beradik dan loving husband untuk Ija serta ayah yang awesome untuk Fariq Ilham..:-)

Haa, itulah azam aku untuk tahun 2022 ni. Semuanya nampak sama kan dari tahun sebelumnya? Yang membezakannya ialah tanggungjawab mengetuai keluarga kecil aku ni. Doakan aku berjaya mengharungi semua ini dan dipermudahkan oleh Allah. Amin Ya Rabbal Al Amin.

Friday, December 31, 2021

Kisah AKU n Memories 2021

 Assalamualaikum,

Malam hari terakhir tahun 2021 ni as usual I'm sharing with you guys one of compulsory entry bagi blog ni. Sebuah closing entry describing memories dan juga some of key highlight yang terjadi kat diri aku pada tahun 2021 ni. Dalam entri ni ada jugak aku masukkan komentar bagi azam 2021 yang telah diletak early year. Nak jugak tengok berjaya dicapai atau tak. Okaylah, jom kita selak sikit entri penutup untuk tahun 2021 aku. 

January
Fariq's 1st Graduation di Taska Ibu Manal. Adalah celebration sikit dekat Merrybrown..:-)

February
Nothing

March

Hari pertama lapor diri di office Touch 'n Go semula after sekian lama bekerja dari rumah. Tapi time ni on rotation basis.
Tanggal 20 Mac 2021 merupakan work anniversary pertama aku di sini.

April
Dinner menyambut Ramadhan bersama family di Yahala @ Ampang.
Ramadhan didalam suasana Covid-19, memang lain dari yang lain. Tapi untuk tahun ni dapat jugak kita menunaikan solat Terawih di surau dan masjid

May

2 Mei - hari lahir blog Diarimcbride yang kesebelas!
Melawat UiTM dan juga FSPPP setelah hampir 4 tahun. Last aku datang sini time lepak Shah Alam dengan Joe dan Yat, rasanya around tahun 2017.
Minor renovation rumah siap betul-betul dua hari sebelum Raya. Huhu
Raya pertama bersama isteri dan anak tersayang. Nasib baiklah rumah mak ayah satu Taman, dapatjugak beraya bersama.

June
Nothing

July
14 Julai 2021 merupakan hari lahir Fariq Ilham yang kedua, sambutan secara sederhana di rumah sahaja

Raya Aidiladha ketiga with my small family, juga dirumah..:-)
Both of us dah complete vaccinated pada bulan Julai ini.

August
Nothing

September
Nothing

October
Takeover akhirnya berjaya. Well done Newcastle United, the richest club in the world!
Selamat Hari Lahir ke 24 to my beloved wife, sambutan simple di AEON Rawang
Akhirnya, dapat jugak bawak family balik kampung di Melaka. Ni time cuti Maulidur Rasul, berkesempatan melawat Pantai Siring di Serkam Pantai.
Revisit MTD setelah hampir 2 tahun meninggalkan my ex-company ni. Rindu bhai, pak guard pun ada yang still ingat aku kerja sana. Haha. Datang sebab nak ambil lawn bowls set aku ni

November
Cuti Deepavali di Melaka. 
Short vacation bersama my family di Cherating..:-)
10 November 2021 was our third anniversary.
26 November 2021 merupakan hari lahir aku yang ke 29, disambut dengan penuh aktiviti di Setia City Mall

December
Bersantai di rumah Along di Port Dickson, banyak aktiviti yang kami buat selama dua hari tu. Ada lawn bowls tournament, BBQ, karok, mandi kolam etc.

. Okay, jom tengok azam tahun lepas. Tercapai ke tak?
  1. BlogAlhamdulillah, tahun 2021 merupakan tahun kesebelas aku dalam industri blogging ni. Tahun ni total post ada peningkatan drastik dari tahun 2020, mostly supported by episodes of mini-series aku. Haha
  2. Kerjaya: 2021 merupakan tahun kedua aku di Touch 'n Go. How to say, what a rough year. 
  3. FamilyTahun ni memang banyak masa spend with family. Vacation at Cherating, hangout di PD, Raya dan birthday celebration together. Pendek kata, memang banyaklah memori tahun ni dengan keluarga.
            Dari 3 azam yang aku set, aku nak simpulkan yang azam tahun 2021 aku ni mostly tercapai considering hardship time MCO and what not. Apa-apapun thank you very much for all the memories untuk  tahun 2021 ni and of course I'm expecting 2022 yang nak datang esok ni bakal menjanjikan lebih banyak peluang yang lagi baik. Amin In sha Allah.