Friday, August 14, 2020

Kisah AKU n Just Like Old Time 2.0

Assalamualaikum,

Malam ni short entry je. 
Kerja dipejabat hari-hari sekarang, boleh tahan letih jugak nak menyiapkan report. Report ke CCO, report to CIMB dan macam-macam jenis report lah. Fuhh
Selasa jadi runner hantar stok ke warehouse Lazada. Nasiblah aku ni all rounder and tak kisah sangat jadi mangsa keadaan ni. Huhu
Sabtu lepas berkesempatan keluar dengan my small family. Pergi Tesco cari mainan baru untuk Fariq. Asyik main benda sama je. Bukan main rambang mata si kecik ni hari tu.
Haa, dah boleh jalan kan? Pergi cari sendiri. Huu
Ibu, nak yang ni..:-)
Selfie seround before balik rumah.
Petang tu seperti yang dirancang, aku, Afiq dan Dolah keluar ke KL ada nak mencari barang sikit untuk business baru kami. Huu
Mula-mula ke Jalan Pasar tapi tak mandang pulak benda tu. Last-last ada orang recommend pergi ke Low Yat.
Yes, berjaya jugak membeli mesin yang diidamkan. Mesin apa? Nanti lain kali lah aku cerita. Eh silap, bila dah ready baru aki story. As for now, biarlah rahsia dulu.
Before balik, singgah minum. Dah lama tak hangout bertiga camni. Seingat aku last berjalan naik satu kereta ni setahun yang lepas time pergi karok kat Sri Petaling dulu. 

Itu je lah entri ringkas minggu ni. Walaupun ringkas, tapi agak memorable lah buat aku. Macam Captain Price cakap, just like old time. 

P/S: Yang kes Newcastle ni lantak pi lah. Ada owner baru dialu-alukan, maintain owner lama pun aku tak kisah. Asalkan bagi lah sikit transfer kitty kat si Bruce tu.

Tuesday, August 4, 2020

Kisah AKU n Aidil Adha 2020

Assalamualaikum,

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dilimpahkan kurniaNya untuk sama-sama menyambut Aidil Adha untuk tahun 2020 ini. Semoga tahun ini kita beroleh keberkatan dan rahmat dariNya untuk terus beribadah dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan. Baiklah seperti tahun-tahun sebelumnya, suka aku nak share sikit sambutan Aidil Adha aku tahun ni.
Sehari sebelum Raya, aku bertugas diluar pejabat. Adalah kerja jadi runner jap kena menghantar stok dekat warehouse Lazada. Bukan apa, driver office semua dah cuti. So, aku dengan rasa tanggungjawab turun padang untuk make sure stok RFID tag kami di Lazada ni sentiasa ada untuk rakyat Malaysia.
Since hari tu halfday, aku meluangkan masa menyinggah lunch di Bukit Jalil bersama rakan-rakan lama di Quatriz dulu.
Sempat jugaklah order Meatball Carbonara yang marvelous ni. Satu set sekali dengan air RM9 je. Hanya di Picante Cafe @ TPM.
Bagi tahun ni, aku menyambut Hari Raya di Serkam. Pagi Raya sempat bergambar dirumah dulu, tapi tengok si kecik tu. Tak boleh duduk diam. Haha
Selfie dulu sebelum balik kampung.
Gerak dari Rawang sekitar jam 9 pagi. Trafik sesak dari Seremban menuju ke Pedas Linggi. Memang expected, sebab orang balik raya kan. Tapi kesesakan ni tak seteruk orang yang nak menghala ke Utara dan Pantai Timur lah. Huhu
Haha, apa muka cam tu..:-p
Sampai Serkam dalam jam 12 jugak. Rest setengah jam je makan lemang.
Pastu terus ke Masjid Jamek Serkam untuk menunaikan solat Jumaat.
Ramai jugak orang, nasib baiklah datang awal. Dapatlah tempat duduk bawah kipas, ada tempat sandar lagi. Boleh terlelap pulak aku sementara nak tunggu khatib berkhutbah. 
Lepas solat aku tertidur kat depan rumah, petang dok melayan si Fariq ni berjalan. Mentang-mentang dah ada kaki. Bukan main laju budak ni berjalan dok mengejar kucing. Haha
Pagi Sabtu takde buat apapun, adalah buat kerja office sikit pastu cam biasalah monitor Fariq main kat luar. 
Sepupu Fariq sampai kampung pagi tu jugak, seronok tengok bebudak ni main kejar-kejar.
Baju recycle, haha.  
Seawal jam 10 pagi Ahad kami dah bergerak meninggalkan Serkam untuk mengelakkan jem dan tiba dirumah tepat jam 1 petang. Nasib baik gerak awal, kawan-kawan yang beraya kat Selatan nak balik ke Lembah Klang mostly sangkut since gerak lambat. Planning, my dear friend. Planning. Huhu

Menutup cerita malam ini, selamat menyambut Aidil Adha kepada muslimin dan muslimat sekalian, semoga para-para Haji kita mendapat haji yang mabrur dan bagi kita yang masih menunggu kesempatan ini, teruskan berdoa dan beribadah dengan seikhlas-ikhas hatinya agar diberi peluang untuk menjadi tetamuNya pada tahun-tahun yang akan datang. In Sya Allah.

Thursday, July 30, 2020

Kisah AKU n Biz Trip @ Kedah 2.0

Assalamualaikum,

Aik, pergi sana lagi ke? Yup, betul tu. Cam siot kan dalam seminggu dua kali travel jauh. Tapi zaman dekat Quatriz pun sama je. Cuma laa ni ke Utara, hat cite lama tu ke Selatan. Okaylah, nak cerita sikit entri pasal aku ke Alor Setar buat kali kedua dalam tempoh kurang dari tiga hari ni. 
Aku bertolak dari Rawang ke Alor Setar dalam jam 8 malam ditemani seorang kawan rapat yang selalu jadi mangsa bila berjalan jauh ni. Haha. Mesti tertanya, apa benda yang urgent sangat sampai kena mai Loq Staq ni lagi. Ingat tak dalam previous entri, aku diberi tugas untuk monitor our new agent. This time diorang ada masalah yang kritikal, iaitu stok yang dah semakin berkurang ekoran dari tempat strategik yang almost everyday hit 100 fitment. Nak kurier memang tak sempat, so yang jadi pawn nya aku lah. Haha. Aku selamat tiba di homestay diorang di Alor Setar sekitar jam 1 pagi. Hantar stok, sign DO dan terus ke hotel. Barai bai..:-p
Cam kenal je brader tu? Haha, ya betul. Si Afiq ni lah yang teman aku sekali kesini since dia pun ada misi yang sama iaitu nak restock site-site FC Quatriz yang berada di Pulau Pinang. Aku pujuk dia join sekali Ahad lepas, at least jimat sikit dan dia setuju.
Menginap di hotel panel yang sama, Sentosa Regency Hotel. Receptionist tu pun tergelak bila nampak aku nak check-in..:-p
Makan malam dalam jam 3 pagi jugak malam tu. Mana taknya, time drive plan nak berhenti kat R&R Tapah. Tak jadi, pastu R&R Sungai Perak, pun tak jadi jugak sebab terlajak. Biasalah dah drive ada geng ni bersembang tak ingat jam. Last-last berhenti kat R&R Gurun around 12.30 malam, memang takde kedai bukak lah Jon. Haha
Sambung buat kerja sikit, update report dan inform team yang stock selamat delivered before masuk tidur around 4 pagi.
Pagi, bangun breakfast kat hotel. Bro ni pun cam aku jugaklah, time travel pun ada yang nak mengacau. Kami check-out dalam jam 1 petang sebab nak menunggu LOU dari Touch 'n Go. Tahulah kan, travel last minute ni macam-macam benda tak complete.
Melilau cari farmasi, nak beli temperature scanner untuk TNG Mobile Team yang bertugas di Plaza Tol Alor Setar Utara. VOC team kata lupa pulak nak provide. Risau ada spot check je, karang tak memasal kena kompaun sebab tak ikut SOP MKN.
Before keluar Alor Setar, aku bawak si Afiq ni pekena the famous Nasi Lemak Royale. Memang puas hati kata bro tu..:-)
Reach our TNG Mobile Team sekitar jam 2 petang and rearrange the booth to follow SOP MKN bagi prevention of Covid-19.
Warga Alor Setar yang ceria menunggu untuk mendapatkan tag RFID free dari TNG & PLUS. 
Biasa pergi balik dah gelap tak nampak apa, rupa-rupanya memang indah pemandangan sawah padi yang menghijau ni. Eh, sempat pulak ambil gambar?
Yelah, dah bagi brader ni drive pulak. Maklumlah, sesi petang ni untuk dia deliver stok dekat FC Quatriz pulak. So, silalah drive. Aku ni paling pantang kalau nak drive masuk Pulau ni. Ajenyer gampang driver kat sini. Haha
Crossing the bridge sekitar jam 4 petang. Last pergi Penang ni tahun lepas, dengan si Afiq ni jugaklah. Time tu nak bagi training dekat FC pasal SOP fitment baru.
3 sites nak kena distribute stock. Please be noted aku takde kena mengena dengan urusan Quatriz dengan sub-agent diorang ni. As mentioned early, kami berdua memang pergi sekali but with different mission.
Habis distribute dalam jam 5.30 petang dengan site terakhir di Jawi. Kami terus bergerak pulang menuju ke Selatan, singgah makan dan refuel di R&R Ulu Bernam dan selamat tiba di Sungai Buaya around 9.30pm. Mission Accomplished.

That's the wrap untuk 2 entri pada malam Raya ni. Esok another long haul journey, tapi tak sejauh Alor Setar lah. Nak pergi mana pulak tu bro? Balik Melaka lah beb, takkan nak beraya kat rumah je. Rare ni balik pagi raya, apa boleh buat dah sampai rumah tadi pun jam berapa. Okaylah kot, lagipun time Covid-19 ni kan new normal. So, menyambut raya pun normal baru lah.

P/S: Haha, as expected Pak Arab tak jadi beli Newcastle. Nasib baiklah aku dah kebal dari benda-benda karut camni.