Saturday, July 15, 2017

Kisah AKU n Chico The Cat

Assalamualaikum,

Thank God it's Saturday. Boring siot minggu ni, macam tak produktif langsung. Rasanya 2 hari pertama je kerja sepenuh hati. Yang balance lagi tu go slow je. Tengah takde tender tu lah jadinya, bila ada tender tidur pun tak cukup. Okaylah straight to the point lah ye malam ni. Siapa Chico ni bro? Kucing ke? Ya. Tepat sekali dan entri ni saja nak cerita macam mana aku boleh berkenalan dengan Chico ni. Aku ni memang minat kucing tapi takdelah sampai tahap nak membela.

Nak dijadikan cerita, lepas open house LITRAK last Monday, hujan renyai. Aku baru je parked kereta and saw this fella menggigil kesejukan bawah tayar. Kesian. Aku pun bawa dia ke tempat teduh and bagi some cracker to eat. Dah mengikut pulak, office hour tak habis lagi. So, I left him for a while dan sambung kerja. Time nak balik pukul 6 tengok dah hilang. Merata aku berjalan sambil cari sampai ke E4 (siapa kerja TPM tahulah jauh mana Incubator 3 dengan E4), kot la kitten ni balik kat mak dia. Still tak jumpa. Aku tunggu.

Jam dah pukul 8 malam, tengah elok chit-chat dengan kawan tiba-tiba kami terdengar bunyi kucing. Apa lagi, aku grab torchlight dalam kereta and start our search and rescue mission. Terjumpalah dia ni dekat area tong sampah keseorangan. Confirmed kitten ni sesat or kena tinggal. Tak sampai hati aku nak biarkan, anjing pun bersepah jugak dekat visitor parking TPM tu. Dengan pantasnya aku minta Shah amik kotak IPC kosong dan letak dia dalam tu. 

Sepanjang perjalanan ke rumah, dia tidur. Mungkin letih sangat kot. Aircond pun aku tutup sebab kucing ni still menggigil lagi. Sampai Sungai Buaya, singgah kedai beli makanan kucing dan susu. Memang lahap tengok dia makan before sambung tidur malam tu. Kesian benar aku tengok nasib kucing ni. Kecik lagi dah kena tinggal. Tapi takpe Chico, you've me now.
Ni lah kotak IPC yang jadi shelter mengangkut si Chico ni ke rumah.
Kenit je budak ni. Rasanya baru 3-4 bulan kot.
Aipp, situ takde susu. Huu
Chico ni suka tengok ikan koi dalam henset aku. Habis kadang-kadang digigitnya..:-p
Selfie sikit. Apa muka kerek tu sayang?
Aku tak letak dia dalam sangkar pun sebab indoor. Lagipun luar sekarang sejuk, setiap malam hujan. Chico ni dah lah kecik lagi. Cuma bila aku pergi kerja, adalah pesan kat mak suruh bawak Chico ni amik fresh air kat luar tu..:-)
Buang air pun pandai pergi kat tempat yang disediakan. Hu
Apa-apapun, memang manja dia ni. Tahu nak tidur dekat peha aku ni je. Gerak sikit confirm terjaga.

Orang kata kalau kucing datang kat kita minta makanan tu ujian dari Allah untuk tengok macam mana bersyukur tak kita dengan rezeki makanan yang dkurniakanNya dan kerelaan kita untuk berkongsi rezeki itu. Yang ni pulak, datang kat kita minta dibela dan dikasihani. This is the test of love diantara kita dengan ciptaanNya yang lain whether we willing to share nikmat kehidupan yang ada bersama mereka.  

Tuesday, July 11, 2017

Kisah AKU n Majlis Aidilfitri LITRAK

Assalamualaikum,

Amboi, bukan main banyak lagi entri kau update petang ni? Memang terluang betul masa eh? Sebenarnya semalam lagi aku nak update entri-entri ni. Tapi ada problem sikit dengan internet connection. Sudahnya, tidur lagi bagus dari menunggu line yang cam siput tu.
Yang ni pulak ceritanya pasal sebuah majlis Aidilfitri yang dijanjikan from one of our client. Kebetulan aku ada meeting di TPM semalam, so dapatlah join sekali. Rasanya, seven of us yang join semalam. Dapatlah merasa jadi bos duduk backseat semalam. Selalu asyik jadi driver je..:-p
Kalau korang lalu Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) mesti perasan TNGo reader biru-hitam ni kan? Yelah, ni satu-satunya highway yang pakai kombinasi kaler lain untuk reader, biasa tengok kelabu kan? Yang LDP punya ni gua lah yang design. Hahaha
Ohh hampir terlupa, majlis Aidilfitri ni dianjurkan oleh Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) di HQ mereka yang terletak di Plaza Tol Petaling Jaya, berdekatan Bandar Sunway.
Diorang buat outdoor, tapi memang best. A plenty of stall yang offer hidangan tradisi Melayu dan juga yang paling penting, kambing golek. Huhu
Dari kiri: Azrul, Shah dan Zaaba. 
Mestilah kena selfie. Penting beb! Kami bertiga datang satu kereta semalam..:-)
Staf lain pun ada yang join, diorang datang lagi awal. Dari kiri: Nazri, Izuwan dan Helmi. Bos Nizam pun ada datang jugak.
Kambing golek yang lembut with black pepper sauce, ditambah pulak dengan Teh Tarik. Memang padu kena, buat pulak hujan renyai semalam.
Bergambar kenangan dihadapan HQ LITRAK. Poyo je, sebenarnya dah berkali-kali aku datang meeting sini..:-)
Kami gerak dari Sunway pulang ke TPM office sekitar jam 3 petang. Cuaca hujan lagi, tak payah ceritalah mengantuk dia macam mana. Sampai office sambung buat kerja, balik rumah 8.30 malam. Bila kerja kat TPM ni memang amat tak digalakkan keluar on time since you will stuck seawal entrance TPM, melarat sampai Mahameru, Jalan Duta dan kalau korang bernasib malang, silap-silap Sungai Buloh pun jem. Haha

So itu lah cerita beraya aku minggu ni. Unlike tahun-tahun sebelumnya, memang enjoy Raya tahun ni dapat pergi open house company lain. Kalau kat Trueventus dulu, mana nak rasa beb! Buat potluck pun forbidden apatah lagi visit client's open house. Kat Malpro nasib baik ada, tapi tak dapatlah nak attend open house client. 

P/S: Sabtu ni AlloyMtd punya turn, Monday next week Quatriz pulak then the list is complete..:-)

Kisah AKU n Wedding @ Dewan Bankuet MBSA

Assalamualaikum,

Petang ni ingat nak share sikit aktiviti hujung minggu aku tempoh hari. Alang-alang tengah ada masa terluang sikit kat office ni bolehlah nak mengupdate blog.
Nak dijadikan cerita, Ahad lepas aku menemani mak dan ayah ke Shah Alam bagi menghadiri majlis persandingan anak kepada rakan sepejabat ayah di Petronas dulu.
Majlis yang menyatukan Saudara Taufiq dan juga pasangannya, Safirah ini berlangsung di Auditorium Bankuet MBSA yang terletak didalam menara ikonik bandar Shah Alam ni.
Kami sampai sekitar jam 1 petang, sampai je terus menjamu selera. Since majlis ni mengumpulkan veteran-veteran Petronas yang kebanyakannya dah retired. So, dah macam mini reunion lah pulak. Yang isteri, anak-anak yang follow lah jadi mangsa menunggu. Huu
Ayah bersama one of my former boss dekat Onyx Engineering, En. Bahari.
Ayah bersama rakan-rakan seperjuangan sepanjang hampir 30 tahun didalam industri minyak dan gas. Yang berdiri sebelah kanan tu pun my former boss dekat Orogenic Group, Dato' Ziyad.
Hehe. Mestilah kena bergambar. Kalau tak, takdenya aku update entri ni. Hii
Bergambar bersama hos majlis, Tn. Zaid bersama isteri. Thanks for the food bos, congratulation juga dapat menantu baru..:-)
Kami gerak dari Shah Alam sekitar jam 2.30 petang. Sampai Sungai Buaya aku terus drop mak ayah kat rumah before visiting open house Teacher Azni, cikgu English aku dulu merangkap mak Afiq. 
Malam Ahad tu seperti yang dirancang, kami bertiga went for a quick hangout dekat Sri Rampai. Dulu, time masing-masing bekerja dekat Wangsa Maju memang kat sinilah tempat melepak tension kerja.
Karok sinilah yang paling murah pernah aku datang. Sejam 10 hinggit! Siap free air lagi which kita boleh pilih. Audio sedap, lagu update cuma kurang soundproof. So boleh dengar bilik sebelah nyanyi jugak..:-(
Kau dah kenapa macam Mas Idayu ni? Haha
2 jam je kami karok malam tu. Yelah, sampai Sri Rampai pun dah pukul 11. Esoknya kerja, beringat sikit. Haha
Habis karok jam 1 pagi. Singgah for a quick ngeteh dekat Dhurbar, Rawang. Dah lama tak pekena roti telur bawang diorang ni. Padu beb!     

Menutupi entri petang ni, ingin aku ucapkan Selamat Pengantin Baru buat pasangan raja sehari yang baru selamat mendirikan masjid mereka. Semoga pernikahan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Amin In Sha Allah.

P/S: Time on the way nak balik tu, aku bukaklah cerita pasal my plan dekat mak ayah. Lepas urusan rumah settle, kalau ditakdirkan dah jumpa calonnya nanti, aku ingat nak nikah je dulu. Kena kecam beb! Haha, acano tu?