Thursday, November 27, 2014

Kisah AKU n Happy Birthday 2014

Assalmualaikum, 
Yeah! I am officially 22 years old now. Haha. It's great, isn't. Dah 22 tahun aku hidup kat dunia ni. Syukur kepada Allah kerana memberi peluang untukku terus bernafas di muka bumiNya ini.
Hari Sabtu lepas aku bawak family pergi Shah Alam, then sekali lah celebrate birthday aku in advance kat De Palma SA. Time tu sebenarnya tak sihat sangat, sekarang ni pun baru start recover (hari ni gua MC beb, kena tonsil lah pulak)
Jumlah yang wish pun semakin tahun semakin berkurang. Entah lah, maybe sebab aku pun dah tak aktif sangat kat Facebook tu. Mak aku yang first wish, diikuti kakak dan adik aku, and after that my dad. 

So, 22. Apa achievement setakat ni Farid? Erm, alhamdulillah degree ada, kerja ada. Maybe after this aku nak buy my own car (bayar sendiri full), and juga rumah. Tengok lah ekonomi dulu, kasi stabil. Sekarang ni nak kena pandai manage kewangan, ramai orang muda bankrup sebab mismanaged kewangan diorang. Aku tak nak lah jadi camtu..:-) Kahwin? Erm, so far takde lagi dalam short term plan ni, ikut flow je lah.
Birthday gift from my dad. Sejak zaman student lagi nak buku ni, tapi tak sempat nak beli..:-) Thanks En. Gani.

P/S: Hari ni genap setahun lah nampaknya eh?

Sunday, November 23, 2014

Kisah AKU n Rutin Kerja

Assalamualaikum,

Baru boleh update blog ni. Ingatkan nak update semalam, tapi tak berapa sihat pulak. Ni pun baru je habis buat research for Vietnam' market. Macam ni lah rutin sejak berkerjaya ni, ingatkan cuti boleh la melepak, tapi serupa macam kerja jugak. Okay lah, entri hari ni nak cerita pasal rutin harian aku kat ofis, and expected to keep repeating each days..:-)
Sampai ofis pukul 8 pagi, baca paper, isi air dalam botol. Sambil update pitch' database.
IN-OUT. Time aku amik ni tak serabut lagi, esok aku snap yang paling latest..hehe
Menunggu 8.30 pagi untuk memulakan operasi pitching..:-)
Say hello to my little friend! Meet "Freddy" - my best pal. 3/4 masa aku kat ofis ni habis dengan si Freddy ni lah. 8.30 pagi to 12.30, lunch then sambung balik pukul 2-5 petang.
5.30 aku chow, solat Asar kat Masjid Jamek sementara tunggu ayah and akak aku. 
Biasa kitorang naik bas SJ pukul 7 petang, takde rushing sangat, plus jalan pun dah tak jem time tu. Otw nak balik aku tak tidur pun dalam bas, takut sampai rumah ngantuk. Bukan apa, even lepas balik pun, still ada sikit lagi kerja nak disettlekan. Kalau lambat hantar daily database, takut esoknya menyusahkan manager pulak. Better siapkan dulu.

So, itulah rutin kerja aku. Walaupun nature kerja ni tak macam ada exact routine as compared to typical administrative works, tapi for me - it's still routine - when you do exactly the same things for each day in your career..betul tak?

Thursday, November 20, 2014

Kisah AKU n I'm Married?

Assalamualaikum,

Hari ni short entry je. Sejak bekerja ni kena pandai curi masa sikit untuk update blog.
Tengok ni status kat fb aku semalam. Ni betul-betul conversation tau, bukan reka-reka. Pelik betul, Jumaat lepas si Bob tanya anak aku dah berapa orang. Yang si Nurul ni pulak mati-mati caya yang aku ni dah kahwin. Yang si Miles ni pun satu, selamba je kata aku pergi amik wife aku kat klinik and finally, si Marcus pulak ingat semua yang laki yang pakai cincin dah married..haha

Memang lol..:-p

P/S: Aku baru 22 beb!