Sunday, September 29, 2013

Kisah AKU n "Jom Bersukan Bersama Abang Fariz II"

Assalamualaikum semua, aku baru je habis main badminton bersama-sama Abang Fariz dan juga beberapa orang rakan seperjuangan SMF kat Pusat Sukan UiTM tadi. Agak celaru jugak mula-mula sebab masalah miscommunication aku and Abg Fariz petang semalam. Ingatkan tak jadi, tiba-tiba pulak pukul 9 tu Gamo cakap jadi..so, aku makan laju-laju and terus memecut ke Pusat Sukan and sampai dalam pukul 9.15 malam.
Mula-mula tak dapat court sebab dah lewat, so kami main kat court takraw je. Dalam pukul 10 malam baru dapat main kat dalam. Event "wajib" ni sepatutnya disertai oleh rakan seperjuangan from SMF, BACAS, CASS dan STC, but unlike semester lepas - since organisasi ni pun baru je rombak and menampilkan muka-muka baru, so, susah sikit nak gather diorang. Plus, CASS pulak ada program pagi ni.
Yang datang tadi ada lah beberapa kerat je - aku, Aiman, Nik Izzat, Amirfiq, Faizah, Gamo, Faten, Ida dan of course, Abg Fariz yang memang bersemangat untuk mengeluarkan peluh. Event ni dibuat dengan objektif merapatkan ukhuwah diantara tiga organisasi penting yang wujud di FSPPP. Klik link ni kalau nak tengok yang part I punya.
Huu, dah lama tak main badminton ni. Tapi okay jugak lah tadi, menang jugak lah semua game (Maybe sebab Joe takde kot..lol). Eh Farid, apa yang ko ikat kat kepala tu, tangkal ke? Haa, mana ada.- tu tali pengikat spack aku tu. Asyik nak terlucut je..:-)
Aku tak ingat pukul berapa kitorang stop tadi, rasanya dalam pukul 11 kot. Habis je, kami berempat lepak kat Khalifah, sembang-sembang masalah fakulti terutamanya organisasi. Last-last, pukul 2 pagi jugak baru nak balik rumah. Takpe la, hari ni kan hari Ahad. 

Friday, September 27, 2013

Kisah AKU n Makan-Makan at Pizza Hut

Assalamualaikum semua,malam tadi aku baru je lepas join gathering Team Modul III & IV yang baru je dijalankan minggu lepas. Tak sangka sebenarnya kami ni boleh jadi rapat dengan conduct sekali modul je. Even kitorang yang dulu pun take time untuk create bond yang macam ni. Ok lah, since aku pun nak cepat ni, sebab nak work on proposal untuk SAF 2013 dimana aku dilantik menjadi Timbalan Pengarah Projek untuk membantu EXCO Sukan SMF FSPPP, Oked.
Pada malam ni, 8 out of 9 diantara kami yang dapat hadir kecuali Nad, sebab dia tak sihat. Aku dah perasan dah tadi sebenarnya. So, nak kenalkan lagi - yang belah kiri tu Aqmil, Presiden STC dan juga seorang Tunas SMF, yang kanan tu pulak Farhan, our Tunas SMF.
Macam biasalah, tak payah nak perkenalkan lagi, diantara muka yang regular dalam blog aku ni - Pok Jad dan aku. Both of us dijangka bakal menamatkan perkhidmatan bersama SMF pada bulan 11 ni.
Pihak wanita pulak, huu..dah macam rombongan meminang pulak..:-p Okay, ada 4 orang jugak - iaitu Ida, Murni, Fatihah dan Miki.
Oh terlupa pulak, gathering kami malam tadi bertempat di Pizza Hut Seksyen 7, nak nampak grand sikit katanya..:-)
Diorang ni sejak modul hari tu, yang tau main game critical thinking tu je..before makan main, lepas makan pun main jugak..lol
Ada la sembang-sembang pasal dialek negeri, pengalaman kat kampus lama before masuk Shah Alam. Yang uniknya team ni, ianya terdiri daripada pelbagai background - kalau yang team modul aku dulu semuanya dari asasi, but yang ni - ada yang from diploma dan juga asasi. Kampus pun lain-lain..So, banyak jugak lah ceritanya tadi.
Tengok gambar-gambar ni rasa tak sangka pulak boleh buat macam apa yang Abang Suhairy buat kat kitorang dulu. Ye lah, dulu dia sorang je senior yang cukup komited untuk train and jaga kitorang berlapan. Hidup ni macam roda, sekarang ni giliran kami pulak yang train and jaga bakal pelapis SMF ni. Kalau nak tengok zaman aku jadi apprentice dulu, boleh lah klik link ni.
Menunggu cashier. Sekali tengok dah macam group suami tengah tunggu bini tengah labor..haha
Bersembang lagi sebab lama pulak nak tunggu cashier tu..:-)
Tak gentleman kan kitorang ni, ada ke suruh perempuan yang bayar..huu

Jadi, itu lah cerita malam ni. Okay lah, aku pun nak start buat proposal ni. Take care semua. :-)

Thursday, September 26, 2013

Kisah AKU n Mount & Blade: With Fire & Sword

Assalamualaikum semua, hari ni nak buka entry pasal video games lah pulak. Dah lama rasanya tak buat entri pasal ni. Takpelah, sekarang ni sudut video games di diarimcbride nampaknya bakal bernafas balik. Dan game pertama yang bertuah menjadi pembuka episod ni ialah Mount & Blade: With Fire & Sword. Haha, kalau korang perasaan dalam entri aku baru-baru ni, dah berkali-kali aku mentioned nama game yang marvelous ni. 
Mount & Blade: With Fire & Sword or senang kita letak MBWFS dalam entri ni lah, panjang sangat ..huu. Game ni dibangunkan oleh TalesWorld pada tahun 2011..haha, main game lama je lah aku ni, orang lain dah main GTA V aku still main ni lagi..:-p. Game ni pada perspektif aku menggabungkan elemen RPG dan RTS yang menjadi impian aku selama ni..:-)
Elemen RPG yang jelas aku lihat dalam MBWFS ialah ability untuk kita mengawal pergerakan karekter kita didalam open world dan juga battle which is a very nice combination. Total War kekurangan elemen ni dimana ianya hanya mampu bagi kita kontrol army tapi tak boleh join the battle. But, dengan MBWFS, player mampu buat dua benda sekaligus. Gambar kat atas ni dimana karekter aku mengetuai unit cavalry menyerang fort wagon.
Bukan itu saja, karekter kita juga mampu mengawal tentera-tenteranya dan GUI battle command sangat mudah untuk difahami. Even adik aku pun tau guna..:-)
Unsur RPG dapat dilihat dengan kelebihan karekter untuk communicate dengan NPC-NPC dalam open world. Ni waktu tengah lepak minum beer kat dalam tavern...haha
Dan tempat berinteraksi tak terhad kat situ je, malah ada banyak lagi venue seperti Prison, Fortress, Town Center, Armory, Tavern, Church, Weapon Shop, Bank, Academy, Merchant Guild, Mercenary Camp yang disediakan di bandar-bandar yang terdapat didalam map. Karekter mampu berinteraksi dengan Mayor, Lord, Mercenary Captain, Commander, Merchant, Village Elder, Commoner dan lain-lain untuk menyelesaikan quest. Inilah elemen yang menjadi essence dalam game MBWFS ni.
Karekter boleh membeli dan menjual inventori seperti armor, weapon, trade goods dan juga makanan untuk party. Noted that kalau kekurangan benda-benda ni, ianya dapat melemahkan moral party itu yang trigger revolt sesama sendiri.
Satu lagi elemen RPG yang dapat dilihat iaitu ability untuk upgrade skills. Dalam game ni, karekter kita boleh membina group of army yang dinamakan "party", saiz party dinilai berdasarkan jumlah renown. Lagi banyak point untuk itu, lagi besar saiz party yang dia boleh carry dalam open world.
Elemen RTS didalam MBWFAS ni dapat dilihat melalui role karekter dalam nation yang dipilih. Mirip Total War, MBWFAS membolehkan party yang diketuai karekter untuk attack, defend, reinforce, besiege atau scout open world. Konsep RTS atau Real Time Strategy dapat dilihat melalui tema game ini iaitu sekitar 17th Century, berlatar belakangkan konflik yang berlaku di Eastern Europe. Watak, tempat dan event yang wujud didalam open world ialah bukan rekaan semata-mata. Watak seperti King Carl Gustaf of Sweden, Elector Frederick William, Tsar Alexei of Muscovite Tsardom, Hetman Bogdan of Cossack Hetmanate dan lain-lain merupakan watak utama ketika era itu.
But, untuk karekter player ia boleh direka. Karekter aku, Frederick Graff Stauffenberg (kanan) didalam Lord's Hall di Warsaw. 
Game ni memang menguji mental player dimana loyalty diangkat sebagai elemen utama. Kesetiaan karekter diuji dengan sikap acuh tak acuh Monarch terhadap karekter dengan unsur Nepotism dan Favoritism dalam pemberian tanah dan estate kepada Nobles yang lain. Pada masa yang sama, kewujudan claimant-claimant yang membolehkan player untuk betray the existing monarch apabila digelapkan dengan position sebagai Marshal of The Empire dilihat sebagai satu ujian kesetiaan.
Dalam game ni, karekter aku memilih untuk berkhidmat dibawah Kingdom Of Sweden yang diperintah oleh King Carl Gustaf. Sepanjang gameplay, kita dikehendaki untuk melaksanakan perintah King dan juga Nobles untuk meningkatkan point renown. Dalam gambar - mengetuai unit Infantri didalam battle.
Estate pertama yang aku dapat ialah Torma. A very poor village but bangga gila time tu, since title pun Lord of Torma..haha. Malangnya, Torma jatuh ketangan Ratsher Alexander Leslie, musuh ketat karekter aku ni walaupun sebangsa.
Dalam game ni, kita boleh appoint someone sebagai "Companion". Companion ni ada special skills such as Engineering, Surgery, Tactician dll. Companion aku tu namanya Fatima, seorang Surgeon. Dari awal aku main sampai sekarang, dia ni tak pernah lari. Dia suka kat aku kot..haha
Karekter juga ada ability untuk take prisoner yang membuatkan game ni bertambah fun. Prisoner boleh di ransom dengan harga yang reasonable, based on their titles. Dalam prison aku kat Warsaw ni ada Tsar Alexei, King Jan Casimir and Hetman Bogdan. Stail semua highest tier of Nobles..haha
Haa, mesti semua tertanya-tanya. Apa relation aku dengan Warsaw ni, bukan ke Warsaw tu capital untuk Polish Commonwealth? Kalau nak tau, tu la Designated Capital untuk region yang aku dapat
Diatas kesabaran dan kesetiaan yang tak berbelah bagi kepada King Carl Gustaf selama hampir 2 tahun, mengikuti kempen dan beberapa siri serangan keatas Muscovite Tsardom dan Polish Commonwealth. Frederick Graff Stauffenberg dikurniakan "Segi Tiga Emas" .
Tadaa!!  I'm the Lord of Vilna, Warsaw and Minsk. With the addition of Kovno Fortress, dan juga dua buah village - Vendau dan Molodechnvo. See, bila kita setia - nampak tak permainan game ni. Walaupun tak dapat jadi Marshal of The Empire dengan menolak request by Former Queen Christina, still bila dapat jadi Nobles of The Empire pun rasa hebat jugak..haha

So korang, apa lagi. Jom lah main game ni.