Assalamualaikum,
Sudah berakhirlah minggu cuti sekolah, minggu ni dah start masuk school balik setelah seminggu rehat. Tapi tu lah, budak je rest, mak ayah ada je yang bekerja macam aku dan wife. Tu yang kami decided untuk let Fariq bercuti dikampung walaupun kami baru je bercuti kat Cameron Highlands minggu lepas. Takpelah, dok rumah pun bukan boleh buat apa pun at least dok kampung ada member nak main.
Plan nak balik pagi Sabtu, tapi budak ni asal video call je nangis rindu ibu dengan Iman. Dengan bapak dia ni tak rindu pulak. Haha.Sudahnya hari jumaat jugaklah kami bertiga gerak. Amik Iman awal sikit after solat Jumaat since aku ada back to back meeting. Around 5 petang gerak dari rumah ayah and sampai office wife dalam jam 5.30pm. Nasib baiklah sikecik ni diam dalam kereta sambil tengok Teletubbies. Huhu
Tepat pukul 6 petang kami memulakan perjalanan ke selatan tanah air. As expected memang jem jalan petang tu.8pm - Singgah dinner dan solat Jamak di Lay-by Nilai. Ingat nak makan Nasi Lemak Manjo, sekali "tutup" pulak. Elok lepas aku dah beli mi wantan, tiba-tiba nampak staf diorang bukak gerai. Rupa-rupanya tutup sebab solat je. Letaklah notis ke apa. Hampeh betul. Pfft
Menyambung perjalanan, hujan sepanjang jalan dan finally sampai jugak Serkam tepat jam 10 malam.
Pagi Sabtu seperti yang dirancang, kami sekeluarga sempat menghadiri walimatulurus kenalan keluarga wife untuk majlis persandingan anak perempuan mereka, Aliah bersama pasangannya. Dekat je rumah, jalan kaki pun boleh.
Budak-budak ni benda first sekali memang makan aiskrim lah. Habis tak nampak nasi dah. Nanti dah balik lapar jangan mintak makan eh..:-p
Memang ramai. Ingatkan dah datang lepas Isyak ni dah takde orang sangat. Rupanya still penuh dengan kerabat dan sedara mara mereka. Makanan pun boleh tahan meriah, ada nasi ayam, laksa, mi sup dan aneka muffin + candy bertemakan Spiderman. Huhu
Oit, boleh korek hidung pulak anak dara sorang ni. Awak tu perempuan, ce cover sikit. Haha
Fariq with his sepupu. Pening aku dengan diorang ni, sekejap kawan, sekejap lagi bergaduh..:-p
Malam tu ada bukak pool jugak. Tapi korang tengok jelah ye, tak bawak baju renang. Nak terjun boleh, tapi baliklah dengan Nek Long korang nanti. Haha
Pagi Ahad around 2am, aku dan Zed lepak tengok final UCL Borussia Dortmund vs Real Madrid di Restoran Nasi Kandar Hamedi di Jasin. Haa mana korang nak dapat ipar yang layan bola camni. Hari tu layan final FA Cup jam 12 kat Tanah Rata, laa ni jam 2 pagi pulak tengok UCL.
Pagi Ahad takde buat apa pun. Mana taknya bangun pun pukul 10. Sorry sikit, lepas tengok bola tu kitorang Subuh dulu kat Masjid Pulai okay. Haha. Petang tu bawak budak-budak ni naik motor ke Pantai Siring. Ni tengah try coffee shop baru "Kopi Rewang" yang terletak betul-betul menghadap pantai.
Chill Iman minum Vanilla Oreo sambil memerhati lautan manusia yang ada. Memang ramai orang yang datang lepak kat sini. Maklumlah ni antara pantai yang berada dalam kawasan bandar Melaka selain Pantai Klebang dan Pantai Puteri.
Menunggu kawan Hafsah, a.k.a our new recruit. In Sha Allah, tahun ni kami bakal dapat ipar lagi..;-)
Sempat lagi melayan budak-budak ni nak bagi arnab makan. Problemnya arnab tu pun dah kenyang, tak larat nak makan lagi. Huhu
P/S: Boring siot takde game EPL. Apa nak buat lagi 2 bulan ni!!


















































