Thursday, March 18, 2021

Kisah AKU n MCO 2.0 - Wk 10

 Assalamualaikum,

Last week merupakan minggu terakhir MCO 2.0 dekat Lembah Klang, now kita berada di fasa CMCO 2.0 pulak. Whatever lah, apapun nama kau still kita kena berwaspada dan sedar bahawa Covid ni bukan musuh yang senang kita nak kalahkan. Semua rakyat kena main peranan dan sudah tentunya if punishment applicable ianya mestilah adil dan saksama tanpa mengira darjat. 

Sabtu lepas melepak kat rumah sambil melayan Fariq enjoy Didi & Friends, tiba-tiba pulak terasa nak keluar. Mula-mula ingat nak pergi shopping mall kat KL, tiba-tiba ada orang update jalan jem kat almost every toll plaza. Yelah, kan hari tu ada NGO gampang pergi komplen polis tak buat kerja. Laa ni IGP kata roadblock diperketatkan, kira semua kereta kena check lah walaupun bukan urusan rentas negeri. Kawan aku siap sangkut 2 jam lagi kat Sungai Besi.

Sudahnya, lalu jalan dalam je pergi Lotus Rawang. Bergambar depan DIY with Fariq, bini ada nak cari barang kat sini. So bila pishang ni lah aktivitnya - berselfie. Huhu

Masuk Lotus jap, nak cari mainan Fariq. Tapi baru teringat kat sini ada Mr. Toy.

Main game arked depan Mr. Toy. Budak ni dah pandai meragam kalau tak dapat main. Nak kena dia ni. Haha

Kaki tak sampai, meh ayah tekan pedal.

Masuk syurga untuk kanak-kanak.

Bukan main laju berlari si Fariq ni, ada lah beli 2-3 bijik mainan baru walaupun tahu nasib diorang macam mana. Tak sampai sejam berderai, takpun hilang. Haha

On the way turun, menyinggah Gene Martino. Cari baju raya Fariq, baju mak ayah dia recycle je. Bukan apa, sebab baju budak payah nak dapat kat Shopee semua. Kalau ada pun kaler tak match, tu yang dah ternampak beli terus je.

Singgah early dinner di Pak Hailam Kopitiam.

Menyanyi ke apa tu?

Dah-dah, jom balik. Gaya bapak-bapak time pergi mall, dulu time bujang melenggang je. Haha

Balik ada jem sikit kat Plaza Tol Rawang Selatan, tapi takpe. Jem nak balik rumah acceptable lah compare to jem time baru nak pergi. 

Semalam Selangor lawan JDT kat SSI. Draw bhai, gameplay yang mantap. Kalau boleh main camni every week, In Sha Allah boleh cabar JDT tu. Takpun target misi ke Asia. Well done to anak buah Nietzel.

Baiklah, itu sahaja entri malam ni. Sekejap lagi aku ingat nak main Bannerlord, plannya nak buat review mod The Long Night next week.

Friday, March 12, 2021

Kisah AKU n MCO 2.0 - Wk 9

 Assalamualaikum,

Maaf lewat sikit minggu ni, dah hujung-hujung baru nak update cerita last week. Maklumlah busy, aku pulak seminggu dua ni memang bertugas kat pejabat untuk sementara waktu. Ada a few kerja penting dan urgent yang wajib settle before end of first quarter 2021 ni.


As mentioned above, minggu lepas aku dah start masuk office starting Tuesday sampailah semalam. Dah lama tak merasa drive pagi-pagi camni sambil dengar JoHaRaRy. Ada tambah Ry kat belakang tu sebab ada Sherry join konti Pagi di Era. 

Biasa aku hantar Fariq pergi taska dulu, then terus ke KL. Sampai Bangsar South normally around 9am, depending on the traffic lah. 

Dah lama tak bernarsis dalam toilet ni. Haha

Pagi buat kerja pejabat. It's a part of my work scope berkaitan dengan our vision and mission to implement the Zero Surcharge for parking. Maknanya, pasni korang dah tak payah bayar 10% fi surcaj lagi bila bayar parking menggunakan Touch 'n Go.

After lunch mulalah meronda site-site parking kami disekitar Lembah Klang, jumpa client, buat distribution sticker etc. Letih beb, sebab aku akan plan 5 sites everyday. Traffic jem lagi, tu belum kira sesat (aku ni haruu sikit baca Map)..:-p

Kalau full day duduk office ni lah jadinya, masuk pukul 9 keluar jam 6 petang. Bila dah sangkut dalam jem baru teringat kenapa before MCO dulu aku selalu gerak pas Maghrib.

Haha, si kecik ni berspa pulak kat taska. Elok pulak diam, cikgu bagi pil tidur kot. Haha

Selsema pulak anak teruna ni, amik ubat kat Mediviron Sabtu lepas..:-)

Ahad layan first match MSL, Selangor FC menentang Sri Pahang FC. Kemenangan bergaya 3-1 dicatatkan oleh anak buah Netzel. Terbaik Red Giant!

Okaylah, itu je entri pagi ni. Dah petang-petang ni takde kerja sangat, sat lagi nak pergi pickup anak pulak. 

P/S: Selagi Bruce jadi manager, selagi tu lah aku tak nak tengok match Newcastle. Baik layan Selangor lagi bagus. Gameplay pun laju..:-)

Wednesday, March 3, 2021

Kisah AKU n MCO 2.0 - Wk 8

Assalamualaikum,

Malam ni nak update blog, tapi bukan games review tau. Muak dah tiga minggu berturut-turut review mod Warband je. Walaupun hati membuak nak share pengalaman dapat bermain Bannerlord, tapi kita tolak tepi jap. Let's update real world dulu.

Malam hari Jumaat yang lepas aku dan brothers melepak buat kali pertama di restoran Mamak yang baharu di Sungai Buaya. Lama bhai tak lepak dengan diorang ni, rasanya berbulan jugak. Banyak benda yang disembangnya, tapi tu lah lepak 2 jam je since restoran tutup jam 10 malam. 

Pagi Sabtu, aku dan family berkesempatan singgah ke Tesco Bukit Beruntung yang telah rebranded to Lotus Bukit Beruntung. Saja datang sini cari barang mainan untuk Fariq. Dah boring budak tu main toys lama je.

Mula-mula dukung dulu, dah masuk area toys memang mengelupur mintak lepaskan.

Takpe ayah, Fariq nak pilih sendiri. Huhu

Tolak troley pun Fariq boleh..:-p

Wife cari barang untuk baking. Mentang-mentangg beli oven baru. Huhu

Late breakfast di Dek Non Corner, bukan Bang Non Corner tau. Marah Abg Gani nanti, haha.

Elok pulak kucing ni melepak kat rumah aku, takpelah asal jangan kau tinggalkan sisa buangan kat situ sudah. Setakat nak tidur time panas hujan aku on je miau.

Hari Ahad, test pool baru Fariq. Huhu

Gabungkan dengan playset yang dibeli last week, baru fun.

Tengok anak seronok, kita pun jadi happy eventhough dalam kepala otak ni banyak benda nak fikir.

Malam lepas Fariq tidur, aku punya me-time pulak. Haha. Let's play Bannerlord with freshly installed mod - CA . Care to review Farid? Yes, next week lah tau. Sebab banyak feature nak kena study before aku review mod ni.

Okay, that's it untuk entri malam ni. Esok kena datang office pulak, dah start buat field work untuk department Parking ni. Tapi takdelah jam 6.30 pagi keluar rumah, sempat la jugak hantar Fariq pergi taska dulu.

P/S: Draw pulak Newcastle dengan Wolves semalam. Much worst, three key players injured and out sampai bulan 4 - Wilson, ASM, Almiron. Haruu!