Sunday, May 12, 2013

Kisah AKU n Warisan (Anak Kecil Main Api)

Assalamualaikum semua, semalam 11.5.2013 adalah ulangtahun penubuhan United Malays National Organization yang menandakan sudah pun 67 tahun parti keramat ini menabur bakti, menyambung perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu. Menyentuh tentang UMNO, teringat aku sebuah lagu yang menjadi pembakar semangat kami dalam usaha menperjuangkan hala tuju bangsa Melayu dibumi Malaysia ini. Dan lagu itu diberi nama Warisan (Anak Kecil Main Api).
Lagu ni, seperti apa yang kami faham - memang sebuah lagu yang berhantu. Bila dengar memang akan sayu je rasa hati - walaupun ketika itu tengah bergembira. Seperti apa yang berlaku ketika Perhimpunan Agung UMNO 2012 - dimana perwakilan yang bersidang semuanya sedang bergelak ketawa mendengar celoteh Saudara Arif Yasir Zulkafli - dipertengahan ucapannya, beliau mendendangkan lagu ni
Sidang perwakilan tiba-tiba bertukar menjadi sayu dengan tangisan perwakilan, mungkin mengenang betapa payahnya kami berjuang menyatukan bangsa ini tapi penuh dengan dugaan. Aku juga faham - perjuangan kami sedari penubuhan UMNO dalam usaha menentang Malayan Union - pada hemat aku, itulah kali pertama dan terakhir UMNO berjaya menyatukan bangsa Melayu , menentang Malayan Union yang dilihat sebagai menghina maruah Melayu di tanah asal mereka sendiri.
 Pejuangan tidak terhenti disitu, kemerdekaan mesti dicapai untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berkat usaha para pemimpin, dan juga kontrak sosial yang diamalkan, kita berjaya merdeka. Golongan pra dan awal pasca merdeka sangat menghargai perjuangan parti ini. Sebab itu ramai yang berkata - "UMNO parti untuk orang tua - diorang padam, UMNO pun padamlah" . Tapi, mereka silap - ada juga sebilangan anak muda, generasi pelapis dan pengibar Sang Saka Bangsa terus menyokong perjuangan demi memastikan apa yang diperjuangkan dahulu masih diingati dan dipertahankan. 

Sudah tentu, kami dihina - oleh bangsa lain cauvinis DAP. Katanya kami rasis, tapi kami faham kontrak sosial yang menjadi sebab mengapa kemerdekaan masih lagi dikecapi. Bukan itu sahaja, kami juga dicerca oleh bangsa sendiri terutamanya ekstrimis PAS dan PKR - amanat pemimpin mereka yang meng'kafir'kan kami kerana berlainan fahaman - sangat mendukacitakan.
Akan tetapi, pada 12.5.2013 - saya Muhammad Farid B. Abd Gani berikrar akan terus menyokong perjuangan UMNO, terus mengibarkan Sang Saka Bangsa di bumi Malaysia ini kerana perjuangan ini sangat bermakna dalam meneruskan kelangsungan bangsa dan agama kita. Sebelum menggulungkan ucapan saya, hayatilah bait-bait lirik lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) ini. Semoga kamu sedar akan tanggungjawab membela perjuangan bangsa.

Anak kecil main api

Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta Benda
Akibat sengkita sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lama-nya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih Kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara

p/s: Semua gambar except pic aku tu credit to google.

Friday, May 10, 2013

Kisah AKU n Executive Talk With Dr Chandra Muzaffar

Assalamualaikum semua, petang tadi aku menghadiri satu event bersama seorang tokoh yang tidak asing lagi didalam arena politik Malaysia. Event itu dinamakan "Executive Talk Bersama Dr Chandra Muzaffar" dan berlangsung di Bilik Seminar Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi pada pukul 2.45 petang dan berakhir pada pukul 5 petang. Tajuk yang disampaikan beliau ialah "Malaysia - Perpaduan Etnik Selepas PRU 13"
Aku dengan Joe masuk lewat sikit tadi, dalam pukul 3 - ingatkan tak dapat tempat kosong , rupa-rupanya ada 2 kerusi kat depan, nasib-nasib je..huu. MC untuk event ini ialah Saudara AmirFiqri, MPP FSPPP.
Rata-rata audience didalam bilik seminar ialah student Part 5 & 6 - ada la berapa kerat budak-budak Part 3 & 4 tadi. Menyibuk kan aku ni, bukanlah tajuk yang disampaikan memang tak dapat dilepaskan dan aku banyak dapat input yang berguna tentang situasi sosial dan politik negara kita ini. Antara topik yang disampaikan ialah penerangan tentang perpaduan etnik pra dan pasca merdeka, penerangan isu tentang salah faham Perkara 153, Kesan PRU13 dan haluan Wawasan 2020 dan juga kesan memandang isu dari sudut etnik.
Habis je ucapan penggulungan oleh Dekan FSPPP, Prof Zaliha Hj Hussin - event pun habis, tapi seperti yang dijangka, memang ramai jugak lecturer, professor dan juga academician FSPPP yang berjumpa personal, mungkin ada persoalan yang bermain di minda..:-) 
Bagi student, makanan free diutamakan..haa, takde lah kena bersangka baik - mungkin diorang ada kelas lepas event tadi, macam aku pun ada jugak kelas CSC pukul 5..rilek je masuk lambat..huu
Dr Chandra Muzaffar dan Datuk Yusof serta pegawai dari Yayasan 1Malaysia yang menganjurkan talk ini.
Joe dan Aiman, sempat lagi diskus pasal sponsorship. Risau jugak sebenarnya tentang program Aiman ni - bila dengar nak kena pakai duit sendiri tu yang payah..huk
Aku bersama Dr Chandra yang juga Pengerusi Yayasan 1Malaysia, sebuah badan NGO. Jangan tanya kenapa muka beliau camtu? tapi aku rasa sebab ada dua kamera tadi - satu henset aku, satu lagi Hisyam punya. So, masing-masing tak tau nak pandang mana..kii

Dah dapat snap pic, makan jap then terus masuk kelas CSC, ada presentation 2 group - minggu depan group aku pulak, satu apa tak buat lagi. Tapi dah janji kat Helmy, Pok Jad, Yat and Joe - Kita akan bagi a "wow" presentation untuk Pn. Hayati. :-)

Thursday, May 9, 2013

Kisah AKU n Parcel From Australia

Assalamualaikum semua, petang tadi waktu tengah syok makan dengan Joe kat ReDone tiba-tiba ada orang call, dalam hati aku menyumpah - ni mesti wrong number nak cakap dengan Mohd Ali B. Zulkifli. Bukan aku la tak guna, dah berapa kali aku nak cakap lagi..So, akupun angkat la kali ni, ingat nak sound je - tiba-tiba:

Mr X : En Muhammad Farid Abd Gani ke?
Aku: Ye saya, siapa yang bercakap ni? (stail waktu zaman kerja Onyx dulu..huu)
Mr X : Saya dari Pos Malaysia, ada kiriman untuk encik. Encik ada kat rumah ke?
Aku : Saya tengah lunch, dalam 10 minit lagi saya sampai.
Mr X: Encik nak saya tunggu ke? 
Aku: Erm boleh jugak, encik tunggu saya depan kedai mamak tu eh..10 minit lagi saya sampai.
Mr X : Baiklah.
Aku : Terima kasih, dengan siapa saya bercakap ni? (stail Onyx lagi..haa)
Mr X: En Ramlan.
Aku: Alright..:-)

Akupun cepat-cepat habiskan makan, amik photocopy yang buat before makan tadi and memecut ke destinasi. Sampai je nampak ada van Pos Malaysia, lalu aku pun merapatkan motor aku disebelah van itu..huu (ayat skema ap ke hal..) En Ramlan pun menyerahkan bungkusan itu kat aku, aku sign , cakap tenkiyu sambil melemparkan senyuman..
Sampai bilik je, terus bukak parcel tu and then dah tau pun apa benda dalam tu berdasarkan tagging parcel tu - alhamdulillah, pembelian aku yang kedua dari luar negara berjaya. Before this kan aku ada beli bowls from UK.

Nampak ada notis, aku cukup respek Mat Saleh buat business - sangat jujur dan sedaya upaya memberi servis yang bagus. Seperti dalam notis, asalnya aku order kaler grey, tapi sebab out of stock - Mrs Kelly gantikan dengan kaler hitam which is sangat cantik jugak..:-)
So, ni lah barang yang aku order - bowls bag. Baru lagi, siap ada tag nama tau..huu. Kali ni aku beli daripada Australian, setelah mengambil kira postage rate yang jauh lebih murah.
Ni pulak aku beli sekali dengan bag tu, beli bag dengan jack dapat jimat kat postage rate, dimana aku dapat rate untuk combined postage.
Try masukkan bowls aku and yeay, muat sangat. Yang lagi dua aku letak kat bahagian atas beg ni.
Dapat free sapu tangan yang sangat vital untuk bowlers, untuk mengelakkan tangan licin sekaligus menganggu kelancaran delivery.
Puas hati sangat untuk barang-barang ni. So far aku dah ada 3 benda yang penting untuk bowlers iaitu bowls, bowls bag dan juga jack. Mat tu tak payah la - pandai-pandai la aku agak-agak nanti. Tapi, still tak puas hati sebab aku dapat rasakan yang kronisme among Manager SUKOL NR sekarang, bayangkan aku dah bagi nama awal-awal tapi tak de pun call untuk selection. Aku tak kisah la kalau tak terpilih ke apa, tapi yang penting fair la sikit - kalau macam tu baik tak payah open untuk bagi nama..