Saturday, September 3, 2011

Kisah AKU n Second Day Syawal 2011

Hari raya kedua - best?? Tak taulah, half kot. Basically, sebab waktu raya pertama, seluruh sanak saudara dah berkumpul di rumah Opah Chu. So, kami decided untuk berehat dirumah. Difahamkan, moyang aku sedang ditahan di Hospital Manjung - dan kesannya, Acu Nani and Acu Keon dapat pulang beraya di kampung dan selamat tiba pada petang itu. So, bagi aku - yang paling best waktu petang sampai malam, pagi -petang macam haram jadah, aku pun tak tau nak buat apa, nak connect internet, jangan haraplah john, memang tak dapatlah..nak main game, tak selesa sebab kat Perak, panas - tak fokus nak main.

Kereta uncle-uncle dah start berbaris - dah lama tak nampak pemandangan macam ni.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, tradisi BBQ memang tak dapat dipisahkan. Lagi-lagi bila Acu Keon yang terkenal dengan skil grill nya dapat balik kampung.

Semua bau kedai.

Undilah calon BN, buat pilihan yang bijak. Hidup Gelombang Biru!!

Waktu ni tak mandi lagi - baru lepas main badminton dengan Bro Faris

Sepupu-sepupu yang garang dan tak reti senyum, mati akal aku nak buat diorang gelak.

Yang ni tau macam ne cara nak gelak - at least, aku buat lawak dia ada respond..

Selepas menyerang kucing gemuk, malangnya beliau berjaya menyedari kehadiran mercun ketupat yang dilancarkan kearahnya, lalu berlari laju-laju..

Sambil menyelam, minum air..??

Chef tak bertauliah - tak pakai baju tu, but he's good at grilling..

korang nak yang mana? half done? well done?? undone??

In conclusion, aku happy jugak lah raya kedua ni sebab ramai uncle and aunty yang dapat pulang beraya compare dengan tahun lepas, walaupun tak pergi mana-mana tapi bersama dengan mereka memang satu memori yang sangat perfect.

Kisah AKU n First Day Syawal 2011

Raya 2011 sudah tiba, tahun lepas brown, tahun ni purple. Tahun ni aku rasa tak meriah pun beraya sebab, first time aku dan keluarga menyambut lebaran tanpa atuk yang telah pergi meninggalkan kami.. Kehilangannya amat dirasai, suasana dikampung sunyi sahaja pada pagi raya - kalau dulu, aku dan keluarga selalu tertunggu-tunggu bunyi motor atuk, tapi sekarang aku dengar bunyi cengkerik hutan je..

Walau apa-apapun hidup mesti diteruskan, aku bersemangat semula selepas menatap gambar arwah atuk yang segak memakai uniform tenteranya. Darah pahlawan mengalir didalam diri kami, cucu dan anak seorang bekas pegawai RAMD.

Macam biasa, sebelum bergerak ke Masjid, mestilah amik gambar seround-dua dulu..

Siapa drive?? tak nak lah, ayah cakap jangan cuba nak drive kereta orang lain, kalau eksiden, siapa yang nak bayar..kereta uncle ni.

Ketika khusyuk (ye la tu) mendengar khutbah, aku dikejutkan dengan message from kakak, damn - ingatkan dari cik aida..lol

"Abang, suruh opah and acik pendi balik cepat, moyang tenat kat rumah opah chu"

Aku hilang arah - bukannya sebab memikirkan moyang, sebab tengah fikir, macam mana aku nak cari mereka tengah-tengah khutbah macam ni, sseingat aku opah and acik pendi tak bawak handset diorang..

Nasib baik, 5 minit lepas tu - khutbah berakhir, akupun bergegas menunggu di entrance masjid and memberitahu mereka.

Raya yang aku expect tak meriah, menjadi semakin tak best - kali ni, kami tak sempat pun nak mengambil gambar keluarga seperti tahun-tahun sebelumnya. Mana taknya, sejurus dijelaskan dengar berita itu, kami semua bergegas ke rumah Opah Chu, disana sudah ramai sanak saudara telah pun sampai. Dalam hati aku tertanya-tanya "Nak masuk ke tak nak?"

Aku mengambil keputusan untuk melihat keadaan moyang - setibanya aku dipembaringannya, aku melihat sudah tua betul..kemudian aku terpandang keadaan diluar rumah - kelihatan sepupu - sepupu jauhku berlari keriangan, suara gelak tawa mereka. Aku berfikir, inilah kehidupan - satu ketika dahulu, si tua ni dahulunya seperti si muda itu, mampu berlari-lari, tetapi bila sudah tiba masa tuanya - mampukah lagi. Samalah seperti diriku dan si muda - jari-jemariku masih lembut, kakiku masih kuat tapi bila sudah tiba masa tuaku - mampukah lagi?

Selepas itu, aku pun keluar menuju kearah adik dan kakakku yang menunggu. Kulihat mereka sedang riang mengambil gambar, menikmati hidangan yang disediakn, bermain dengan anak kecil. Aku menyertai mereka.


Gambar sikitlah..

Balik rumah opah, kufikirkan inilah masanya untuk sesi fotografi tetapi sangkaanku meleset, semakin ramai sanak saudara yang menziarahi rumah Opah.


Jarum jam menunjukkan pukul 4.00, lalu aku memanggil kakak.."Along, jomlah kita buat sesi fotogafi sendiri..adik mana?"
"Adik tidur"/ "Lantak pi lah budak tu..jom"

Mangsa mercun ketupat.


Petang tu, dalam pukul 6 kami semuanya berjalan kaki ke tanah perkuburan - untuk menziarahi pusara atuk..Sayu terasa dihati apabila melihat emak menitiskan air mata, tika itu juga aku berasa diriku cukup tidak berguna selepas mengetahui bahawa hanya aku seorang sahaja yang tidak hadir ketika pengebumian atuk pada Mac lepas. Saat kaki aku melangkah meninggalkan pusaranya, "Selamat Hari Raya, dan Hari Merdeka Sarjan (Ret.) Abu Bakar.."

Malam - entah, tak ingat.

Kisah AKU n Last Day Ramadhan 2011

Fuhh..bersarang blog aku ni tak diupdate - aku bagi dia mc 5 hari, senang sikit nak fokus raya celebration aku - takde rasa eager sangat nak update..kan. Readers aku rindu tak, kalau rindu - dengan ini saya mr.mcbride mengumumkan yang blog ini kembali bekerja semula..

Last day untuk Ramadhan kali ni, banyak benda juga yang aku buat compare dengan tahun lepas - ada je cerita dalam blog aku, carilah - aku tak reti la nak buat siggy link tu..

Bangun pagi je, aku memerhati pemandangan dibawah rumah, sangat bersepah, pangkin yang dibina tahun lepas kelihatan berhabuk dan tak terurus - lalu aku memutuskan untuk mengemasnya dahulu, at least, boleh jadi tempat berehat lepas buat bendayang mendatang..

Kemudian, tolong kakak aku menyapu di halaman rumah - hari tu hujan, so, banyak juga daun yang gugur kebumi - yakni, menambah jumlah area yang perlu dicover untuk melicinkan kawasan tersebut daripada anasir-anasir yang tidak diperlukan seperti daun kering, puntung rokok, plastik cekelat dll..

Selepas proses pembersihan.

Lepas tu, aku merajinkan diri menolong ibu dan opah yang sedang memasak rendang daging - tolong kacaukan je, sambil-sambil tu belajar macam mana nak buat..

Nak tunggu daging tu hitam mengambil masa, aku pun mengambil inisiatif untuk menghidupkan api dikawasan pembakaran lemang..

Halau jin??

Macam biasa - jaga lemang, nak buat tak reti.. Tapi, kau ingat jaga api lemang tu senang, nasib dan maruah family bergantung kat aku, sebab kalau lemang tak masak, apa perspektif mereka yang berkunjung?? hu3x

Kali ni takde nak pacak tiang panjut sebab aku pun tak tau opah letak kat mana lepas raya tahun lepas, alhamdulillah - aku berjaya mengakhiri Ramadhan kali ini dengan baik, walaupun iman selalu goyang waktu kerja kat KL - amoi yang pakai tak cukup kain, restoran yang selalu memanggil-manggil dan juga kepanasan melampau di sekitar ibu kota pada permulaan Ramadhan. Akhir kata, aku masih berpeluang menyambut Aidilfitri kali ini, dan diharap agar dapat menunaikan fardhu Ramadhan ini untuk tahun-tahun seterusnya. Amin