Wednesday, May 13, 2026

Kisah AKU n Sukaneka Tadika Wahdah 2026

Assalamualaikum,

Malam ni nak cerita sikit pasal event minggu lepas Yang sempat aku join bersama keluarga. As the title suggested, ianya berkenaan dengan Temasya Sukaneka Tadika Wahdah 2026
Event berlangsung di Taman Tasik Antara Gapi, kira-kira 15km from Sungai Buaya. Kenapa buat kat sini? Sebab ianya menggabungkan Tadika Wahdah dari Bandar Sungai Buaya, Antara Gapi dan juga Bukit Beruntung. Tu yang diorang buat kat tengah-tengah kira fair and square lah.
Team kami Team Fox yang memakai baju merah. Aku ni dari sekolah rendah, sampailaj sekarang . Memang tak dapat lari dengan Rumah Merah. Biasalah, rumah champion. Haha
Semangat adik manis ni. Bagus, ni yang kita mahu. 
Sukan ni bertemakan explorace dimana ada enam rumah sukan yang berentap untuk habiskan kesemua tujuh checkpoint.
Member kena paksa. Alah Fariq bukan selalu join sukan adik. Adik Iman dah dua kali join Fun Run Little Caliph tau. Huu
Antara checkpoint yang ada. Isi air dalam botol menggunakan span.
Aku pun tak lepaskan peluang join jugak hari tu. Ni checkpoint bawa bola pingpong with sudu.
Another checkpoint yang test stability - atas kepala tu ada small bean bag. So kena imbangkan tak bagi jatuh while crossing titi tu
Checkpoint lompat dalam gegelung.
Berlari ke checkpoint seterusnya.
Ni pulak checkpoint cari kacang dalam tepung
Last checkpoint, sayang betul cuma lambat 30 saat je dengan Rumah Kuning. Kalau tak dah boleh champion hari tu. Huhu
Lepas explorace tu, ada makan-makan sikit - nasi lemak dan juga mee goreng provided by Taska, berserta aneka potluck yang disumbangkan oleh parents.
Makan pakai konsep santai piknik, tu yang cikgu suruh bawak tikar. Lepak bawah pokok sambil pekena Nasi Lemak + Teh Tarik. Marvellous. 
Dulu before kahwin, sebenarnya pernah hampir nak beli rumah kat Antara Gapi ni under inisiatif Rumah Selangorku. Tapi tak jadi sebab kedalam sangat dan jauh dengan highway PLUS. Maklumlah dulu kerja kat Bukit Jalil, takkan nak redah Rawang, Templer then MRR2. Barai. Haha. Alhamdulillah beli rumah kat BSB ni, nak masuk PLUS lima minit je..:-)
Main lah korang. Ni time nak menunggu upacara penutup start.
Handsome boy, dan pandai posing bergambar. Like father, like son.. Hehe
Dalam jam 11.30 ada upacara penyampaian hadiah kepada team yang menang. Rumah Merah dapat nombor dua. Okay lah first time join, tahun depan kita kasi number 1. 
Okay jom balik. Sebenarnya ada jalan shortcut. Tapi kami saja ambil jalan jauh semata-mata nak ambil gambar kat bridge kaler purple ni.
Selfie satu kali..:-)
The kids kata nak main sekejap. Baiklah, tapi jangan lama sangat. Panaih ni..:-p
While diorang main, sempatlah mak abah diorang ni bergambar. Huhu

So, itu sahaja cerita malam ni. Okaylah nak layan FC26 jap. Baru download ni, dah addicted pulak main player career..:-)

P/S: EPL tinggal 2 game je lagi. Sobs. Apa-apapun malam ni kita sokong Selangor, semoga ke final. In Sha Allah.

No comments:

Post a Comment