Tuesday, May 26, 2026

Kisah AKU n B&G Townhall Q1 2026

Assalamualaikum,

Okay hari ni, nak update sikit tentang cerita minggu lepas.

Hari Rabu lepas ada townhall untuk division kami iaitu Business & Growth yang berlangsung di Level 3, Secret Garden. Dalam event ni, aku diberi peluang untuk present tentang update achievement for Parking business for the first Q1 yang lepas. Alhamdulillah, unlike presentation Top Talent yang barai bulan lepas, kali ni aku berjaya lah jugak present without terpaku kat depan. Haha
#TerusJe
Minggu yang agak celaka jugak bila aku tengok bola. Selangor kalah 0-1 lawan Buriram (still ada 2nd leg, cuma agak tipis), Newcastle kalah 0-2 dalam perlawanan terakhir EPL menentang Fulham (yang ni aku buat separate entry later). Nasib baiklah Al-Nassr menang bergaya 4-1 haritu, adalah terubat sikit tengok the GOAT, CR7 kita angkat piala. Well done!
Pagi Sabtu aku dan family ke Anggun City, dalam 15 minit drive from rumah. Ada trial untuk kelas art di Global Art untuk anak-anak. Saja nak hantar, sebab aku observe budak-budak ni suka melukis. Tengoklah ikut tangan siapa. Haha
After 2 jam, trial settle dengan jayanya. Fariq dapat start dengan kelas Foundation 1, while Iman kelas Junior 1. 
Hari Ahad seawal jam 8.30 pagi kami dah ke Setia Eco Templer. Budak-budak ni ada kelas training, termasuklah si Iman ni. Dulu kata tak nak join, pastu tengok abang dia boleh bernafas lama dalam pool kat rumah. Dia pun nak join sekali..:-)
Tengok dari jauh je. Kalau tengok dekat memang tak fokus lah budak-budak ni, lagi-lagi si Iman tu. Dengan buat muka seposen dia. Haha
Sejam je kelasnya. Start pukul 9. Pukul 10 dah settle.
Aduh, boleh nak sambung main pulak. Jom lah balik. Lapar dah ni
Si Fariq tah mana pergi. Ajak amik gambar je tak nak. Betul malu-malu kucing brader tu..:-p

Orait, tu je lah ceritanya. Mula-mula tak rasa nak update tapi memikirkan last update 13 hari lepas, so kita hentam je lah. Karang jadi habit pulak malas nak menaip.

P/S: Barai betul Newcastle season ni. Pfft

No comments:

Post a Comment