Assalamualaikum,
Okay, lepas je wedding kat Sendayan. Aku dan family ke Bandar Seremban, untuk menyambung aktiviti kami yang dirancang.Kami ke Palm Mall, kasi budak-budak ni main kat indoor playground "Wan to Play Space". RM30/kids + adult. No time limit a.k.a day pass, siap boleh keluar then masuk balik lagi. Si Iman ni sebenarnya mengantuk lagi. Tidur dalam kereta, tak sampai setengah jam dah kena kejut.
Yang ni macam biasalah, jenis tak tidur siang. Pakai bateri Duracell. Huhu
Orang suruh main ditengoknya skrin tu pulak..:-p
Fariq bermain simulasi bomba. Kat sini barang agak lengkap jugak, banyak playground yang aku visit kebanyakan tinggal uniform je. Kapak, hos, walkie talkie semua lesap.
Haa, lepas sampai sini baru girl ni terjaga. Main makeup dengan ibu.
Melompat lebih tinggi! Ada lah dalam few hours lepak sini.
Our next activity, shopping barang persiapan sekolah Fariq. Plus, beli toys baru seperti yang dijanjikan.
Fariq with his new BoboiBoy Gentar
While Iman dengan her Barbie's make-up set + lip balm.
Haa, then its abah turn pulak. Karok time ladies and gentlemen.
Penonton setia hari tu.

Selfie bersama family tercinta before menamatkan sesi satu jam disini..:-)

Okay, nak pergi mana pulak ni?
Cari dinner lah, malam dah tak payah keluar lagi.
Makan kat Mi Tarik Faizal Kong. Macam-macam nama restoran mi tarik sekarang ni..:-p
Muka barai dah tu. Nasib baiklah lepas ni tak terus balik Rawang. Eh pergi mana pulak tu? Jam 8 malam, kami pun ready untuk bergerak meninggalkan Palm Mall.
Check-in hotel sekitar jam 8.30. For this time around, kami menginap di Klana Resort Seremban. Actually staycation kat Seremban ni bersempena birthday aku + wedding anniversary yang ke-tujuh. Asal nak ke Port Dickson, tapi kebetulan clash dengan tarikh wedding si Fahim, tu yang aku adjust. Seremban pun okay apa..:-)
Dah check-in baru ada senyum. Huhu
Mandi bersihkan badan, baru kami turun semula untuk tengok apa yang ada kat hotel ni. Ada play area yang menempatkan beberapa permainan modern dan tradisional such as congkak, foosball, carom dan chess. Ada jugak souvenir shop yang menjual kraf batik dan juga convenience store.
Merayau dekat luar sensorang while the kids enjoy the game.
Malam tu bangun jam 2 pagi, tengok bola. First time aku dok hotel dapat layan live-match Newcastle kat TV.
Pagi tu, seawal jam 8 pagi lagi kami bersiap. Breakfast? No.
Tengok uniform pun dah tahu.
It's swimming time!
Wife tak join, lampu merah..:-p
Nice jugak children pool, ada jugak few slides dan air pancut untuk menambahkan keceriaan the kids yang berkubang kat sini.
Buat sign apa tu Fariq.
Dalam jam 9.15 camtu, kami bersiap to our next activity.
Breakfast time kat sini sampai jam 10.30 pagi je. So just nice je ada sejam untuk layan breakfast continental buffet yang ada kat sini.
Naik hotel, aku sambung tidur. Maklumlah tak cukup tidur dok layan bola pagi tu.
Tepat jam 12pm, kami check-out and seperti biasa our ritual amik selfie family dulu before leaving our room.
Itu je lah cerita sambutan double anniversary kami tahun ni. A short staycation but pack with activities. Aku dapat karok, wife dapat enjoy the foods and the kids dapat new toys. So, fair and square lah.
P/S: Minggu ni EPL ada mid-week match. This time lawan Spurs di SJP. HWTL!































No comments:
Post a Comment