Assalamualaikum,
Okay, entri pertama bulan Disember. Cerita apa nak update malam ni? Baiklah, nak cerita sikit sebuah majlis perkahwinan sedara yang aku attend hujung minggu ni lepas di Sendayan.
Pagi Sabtu ada tu ada Parents-Teacher Meet kat LC Bandar Sungai Buaya. So before bergerak ke Negeri Sembilan, kami ke sini dulu nak mendengar progress dia kat Little Caliph untuk tahun terakhir dia belajar kat sini.
Sekitar jam 10 pagi kami memulakan perjalanan dan sampai lebih kurang jam 12. Setibanya kami disana kami disambut dengan ahli keluarga lain yang dah sampai terlebih dahulu.
Panas betul. Minggu lepas punya sejuk macam kat luar negara, bahana Ribut Senyar. Huhu
Majlis yang menyatukan Fahim dan pasangannya, Najihah ni berlangsung dirumah pengantin lelaki. Pengantin lelaki merupakan sepupu kepada wife aku.
Makan time. Lapar ni, skip breakfast pagi tu..:-p

Amboi hang, kemain melantak aiskrim nohh. Batuk karang baru tau. Haha
Lantak lah, yang penting ada teh tarik, pair pulak dengan cucoq. Manthopp.
Dalam jam 1.30 petang tu, kami meminta izin tuan rumah untuk beransur pulang. Habis je event, family aku tak terus balik Rawang pun. Ada lagi aktiviti yang nak diteruskan kat Seremban ni. Nak tahu, wait for my next entry.
Untuk Fahim dan pasangan, Selamat Pengantin Baru aku ucapkan, semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat dan juga dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Amin In Sha Allah.
P/S: Menang bhai lawan Everton. Main away pulak tu. Huhu







No comments:
Post a Comment