Saturday, February 22, 2025

Kisah AKU n Program Santai Bersama 2025

Assalamualaikum,

Nak dijadikan cerita Khamis lepas time lunch, Akmal member from Expressway team tanya if aku boleh join Program Santai Bersama, iaitu annual event yang dianjurkan secara bersama oleh Touch 'n Go dan juga Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Mula-mula memang malas nak pergi since dah tiga minggu berturut-turut long-haul travel, tapi atas semangat kesukanan aku pun on je lah. Mana lah tahu ni tahun last aku kat TNG ke, ada lah kenangan sikit. Haha.

Aku gerak dari rumah jam 7 pagi, sampai dalam pukul 7.45 camtu. Awal sangat, organizer pun baru nak setup.
Saja tengok member buat last minute training untuk game combat archery 
Selfie dulu. Orang tanya asal baju ada kolar. Haha. Baju dalam sebenarnya, aku tak boleh lah pakai baju V-neck ni. Macam gayboy je..:-p
Had our breakfast yang disediakan pihak LLM before masuk dewan utama.
Macam biasalah dah event sukan ni confirm ada senamrobik. Kenalah buat stretching sikit, karang cramp pulak. Kau main apa bro, ada ke sukan yang kau tau main? :-p
Dalam program ni, aku join team e-Sports TNG untuk game FC25. Mula-mula macam rasa confident, tapi dengar yang main from LLM pun bukan calang-calang. Buat pulak katanya lepas office hour, diorang biasa spend time main 2-3 game before balik rumah. Terus resah. Hahaha
Time tengah susun team. Ada empat match (home and away), 2 single-game dan 2 double-game. For this time around, aku main double-game. To be honest, sepanjang hidup aku tak pernah main tournament. Sekali ni main double-game pulak. Haha
Bagi morale support untuk Sim, our first player.
Sambil-sambil tu pergi meninjau game lain. Selain FC25, TNG ada hantar wakil jugak game Mobile Legends.
Bos aku, Mr CP join team badminton. Brader ni baru je recover from ACL. Dah masuk court balik, betul-betul warrior dia ni..:-)
Ada jugak game Carrom. Tapi tu lah diorang kata payah nak menang, since from LLM otai-otai semuanya. Ni geng yang main carrom time lunch hour. Huhu
Game ping-pong pun team TNG tak mengecewakan. Nampak selesa dalam every match.
Dalam pukul 12pm tu baru lah turn aku main. Yang tak boleh blah main lawan bro Farhan (pakai cap) ni, memang mengimbau kenangan zaman kitorang menuntut di UiTM dulu kekadang lepak rumah sewa dia main PES. 
Pair dengan Ariff, staff Technology Division. Tapi memang rumit main double ni sebenarnya. Kena ada chemistry dengan partner, kalau tak confirm huru-hara. Haha
Unfortunately kalah secara agregat 4-3. Home dah cun, sekali main away barai. Sobs.
Setelah 8 matches, kedua-dua pasukan terikat dengan kedudukan 4-4. So final match. A tie-breaker terpaksa dimainkan untuk menentukan pemenang bagi game e-Sports FC25. Kami hantar our best player, Luqman dalam game ni. But again nasib tak memihak kepada kami dengan keputusan akhir 3-2. Takpe, we go again next year.
Dalam jam 1 petang, kesemua kontinjen berkumpul untuk upacara penutup dan sesi penyampaian hadiah bagi pemenang sukan-sukan yang dipertandingkan dan juga kepada juara keseluruhan.
Alhamdulillah, setelah hampir 3 edisi mencuba akhirnya TNG berjaya menjadi juara keseluruhan. Agak unik jugak nak cari pemenang since kedua-dua kontinjen both menang 3 game. TNG menang badminton, ping-pong dan e-Sports (Mobile Legend), while LLM menang Carrom, Archery Combat dan e-Sports (FC25). So, organizer last-last tengok jumlah kemenangan sub-game dengan TNG emerges as winnger with a score 23-18.
Ada surprise jugak from penganjur dengan sambutan hari lahir kepada KP LLM, YBhg. Dato. Ir. Sazali Harun. 
WE ARE THE CHAMPIONNNNN!! 
Lunch time. Lapar bhai. Buat pulak ada kambing bakar 7 ekor. Marvelous.
Ada lah tolong mengemas sikit before layan member karok. Korang ni kat mana-mana pun boleh eh? Haha
Sempat bergambar bersama Tn Farhan sebelum bergerak pulang ke Rawang dalam jam 3 petang.

Bye-bye LLM. Semoga ketemu lagi. Banyak kenangan kat sini time aktif dalam Expressway dulu. As expected jalan sesak before Tol Sg Besi sampai ke TUDM. Ngam-ngam azan Asar aku sampai rumah. 

Okay itu je lah cerita malam ni. Memang enjoy sebenarnya join event camni. Disamping dapat bersukan, dapat jugak hangout dengan member dan berjumpa kenalan baru. At the end of the day, we succeeded to achieve our main objective which is strengthen relationship between TNG and LLM.

P/S: Tahniah Selangor menang Piala MFL Challenge Cup 2025

Friday, February 21, 2025

Kisah AKU n Quick Staycation @ Kota Warisan

Assalamualaikum,

Before nak menunggu solat Jumaat ni aku nak berkongsi cerita Isnin lepas. As the title suggested, aku dan family have our quick staycation dekat Kota Warisan. Eh buat apa staycation kat sana, apa yang best kat situ? 
Pagi Isnin tu seawal jam 5 pagi, kami sekeluarga dah bergerak from Melaka balik ke Rawang. Macam biasa on the way tu aku drop wife kat Damansara dulu, before menghantar anak-anak ke taska mereka untuk memulakan hari pertama persekolahan sesi 2025. Diorang masuk lambat sikit due to traffic jam pagi tu. Tu yang amik gambar kat Plaza Tol Sungai Buaya ni.
Petang tu pulak, aku pickup diorang and drive ke Sepang. Sampai sekitar jam 6.30 petang. Tak check-in hotel terus pun, tapi menyinggah KIP Mall Kota Warisan dulu for early dinner. Tapi dah nama pun mall, memang jalan-jalan dulu lah before cari makan. 
Aisehh, budak-budak ni boleh ternampak pulak tempat arked ni..:-p
Iman ni suka main machine yang berayun/bergerak camni.
Si Fariq pulak lagi prefer machine tembak-tembak camni. Biasalah dah nama pun laki. Tak macho lah main merry-go-round. Haha. Okaylah tu dapat train his focus, mana lah tahu dah besar nanti jadi army sharpshooter ke..:-)
Wife pulak pergi kedai gadget, nak cari tablet + earbuds baru katanya.
Dalam jam 8 malam tu barulah kami makan. Nak early dinner lah sangat. Haha
For this time around, kami menginap di 99 Hotel @ Kota Warisan. Aku memang saja pilih hotel ni - affordable dan juga hanya 10 min driving je from our event's venue di KLIA.
Dah macam ninja aku tengok si Fariq ni. Haha
Fariq yang rasmikan tablet baru ibu dia. Ni tengah main game Shark..:-P
Dah-dah pergi tidur. Jap lagi pukul 1 nak gerak pergi KLIA.
Seperti yang dirancang, jam 12.45am aku dah bergerak ke KLIA. Macam biasa dah masuk parking besar ni kenalah amik gambar untuk mengelakkan tragedi IOI berulang. Huhu
Dah lama aku tak masuk KLIA ni. Rasanya last tahun 2020, ada tender briefing time tu. 
Steady je budak ni pakai baju tidur. Huhu. Dah jam 1 pagi ni memang tak ramai orang kat sini. Tapi apa yang korang buat kat KLIA ni sebenarnya bro?
Actually, kami nak menghantar mak dan abah buat Umrah. Semua ahli keluarga wife ada datang kecuali bro Zed dan wife since dia kerja kat JB. Pukul 1 pagi kami dah berkumpul since taklimat untuk jemaah umrah dijadualkan berlangsung jam 2, dan berlepas ke Tanah Suci around 6.30 pagi.
Ada delay sikit taklimat tu, pukul 3 jugak baru start. Tu yang budak sorang ni kebuluran. Haha
Makan light food je - donut, nugget, fries je sementara nak menunggu tu. Karang makan benda lain comot pulak.
Dalam jam 4 pagi, bergambar kenangan bersama mak abah sebelum mereka check-in counter dan masuk ke departure hall.
Selamat berangkat dan semoga ibadah Umrah diterima oleh Allah dengan sebaik-baiknya. Amin In Sha Allah. Untuk pengetahuan, mak abah akan berada di Tanah Suci kira-kira 50 hari jugak, so berpuasa dan menyambut Aidil-Fitri disana..:-)
Sampai hotel jam 4.30 pagi, alang-alang diorang masih terjaga. Mandi siap-siap, pakaikan baju taska then baru kasi tidur. Around jam 7 pagi, kami pun check-out dan terus buat normal rutin hantar wife dan anak-anak. Yang bestnya hari Selasa tu aku cuti half-day, memang sampai rumah terus membungkang tidur. 

Ya, itu lah cerita my quick staycation kat Sepang ni. Berbaloi ke tak bayar RM160 tu? Kalau tanya aku tak, sebab dapat tidur plus minus 4 jam je. Actually kalau kitorang terus check-in and tapau makanan je hari tu maybe lagi lama dapat spend time dalam bilik kot. Whatever lah, benda dah lepas. Huhu

P/S: Nampak gayanya tahun ni kita Raya kat Perak lah. Huhu

Monday, February 17, 2025

Kisah AKU n Shafiq's Wedding @ Ayer Hitam

Assalamualaikum,

Ya seperti yang aku mentioned last week, minggu ni aku ke Selatan lagi. Three in a row bhaii. First, cuti CNY then Hafsah kahwin, and kali ni pulak ipar, Shafiq pulak kahwin kat Ayer Hitam, Johor.
Before going to our main entry, suka aku nak share cerita minggu ni dipejabat. Ada first ever physical townhall Touch 'n Go Sdn Bhd yang berlangsung di Conexion Nexus Bangsar South.
Okaylah, ada dapat foodpack ni. Dapatlah menjamah sambil dengar presentation from our TMC.
Hari Jumaat tu seawal jam 4 petang aku dah bergerak ke Damansara, then terus shoot ke Melaka dan sampai kira-kira pukul 8.45pm. Wife dan anak-anak tak join pun aku ke Ayer Hitam.
Meneruskan perjalanan sekitar jam 9 malam and finally arrived roughly jam 10.40 malam. Sampai je sana disambut ayah yang memang dah sampai dulu since dia ikut Syazwan. Had my late dinner dekat Restoran Sup Kambing Parit Botak, less than a minute berjalan from hotel.
Duduk berdua je dengan ayah kat Ayer Hitam Inn ni. Mak dan adik pun tak dapat join atas faktor kesihatan yang tak mengizinkan.
Penat beb, nak dekat 7 jam drive. Ni pun mana terus tidur, sambung buat kerja apa yang patut. Rasanya jam 3 pagi jugak settle.
Hari Sabtu dalam jam 11 pagi, aku dan ayah bergerak ke rumah pengantin lelaki yang terletak di Parit Kassan, about 10 minutes driving from hotel.
Awal sampai, orang pun takde lagi. 
Sempatlah menyembang dengan Along before dia busy melayan tetamu.
Makan dulu.
Dalam jam 12 tu tetamu dah start memenuhi perkarangan rumah pengantin. 
Aku dan ayah bergambar bersama sedara mara belah pengantin lelaki yang turut hadir memeriahkan majlis.
Muka ceria dapat ipar baru. Haha
Time ni dah takde tempat duduk, so cam biasalah ayah ni dok cari port lepak yang rare. Dekat tempat DJ pun boleh lah..:-p
Sempat berjumpa anak buah aku, si Mikail ni. Boleh main game pulak dalam bilik. Sama lah cam si Fariq tu. Huu
Antara tugas cik akak ni. Bagi doorgift + photographer tak bertauliah.
Jam 1.30 petang, ketibaan pengantin disambut dengan paluan kompang oleh krew Warisan Kompang Parit Semo.
Sempatlah snap 1-2 gambar pengantin before diorang makan beradab.
Sambung ngeteh + cucur udang sambil menyembang dengan ipar. Maklumlah dah lama tak jumpa. 
Bergambar kenangan bersama pengantin before pulang ke hotel sekitar jam 3.30 petang.

Ikut plan aku nak terus balik Melaka, tapi ayah suruh rest dulu. Elok je bangun dalam jam 6.30 petang tu tengok member menyandar kat katil sambil lunjur kaki. Confirm kena gout. Lepas Maghrib tu cari klinik berdekatan, kasi inject sikit pakcik ni..:-)
Makan sorang je malam tu, ayah aku tapaukan je. 
Pagi Ahad kalau ikutkan pukul 8 pagi aku dah nak gerak balik ke Serkam. Tiba-tiba ayah kata besan ajak breakfast kat the famous Kluang Rail Coffee and dah on the way untuk pickup kami. So, follow je lah..:-)
Dalam jam 9.30 sampai hotel je aku terus meminta izin balik ke Melaka. Sampai sana terus ke Merlimau pulak, Fariq kata dia sakit telinga.
Malam buat julung kalinya, aku dan Zed ngeteh bersama ipar baru kami, Amien kat kedai makcik depan rumah ni. 

So itu sahaja cerita malam ni. Nak tidur dulu, esok nak gerak jam 5 pagi cam minggu lepas. Harapnya sempat lah sampai Sungai Buaya pukul 8.30 since esok adalah hari pertama persekolahan. Takkan nak masuk sekolah lambat kot.

P/S: Newcastle kena baham dengan Mensiti semalam. Cb betul. Kalau main camni, lupakan jelah hasrat nak angkat piala nanti. Huh