Assalamualaikum,
Pagi buta ni aku nak share cerita semalam. Actually nak gabung dengan cerita event Fariq tu, tapi takut padat pulak so aku decided untuk split dua entries.Pagi semalam wife ada kelas sampai jam 12. So dalam jam 2 petang tu aku dan keluarga dah memulakan perjalanan kami ke Selayang. Tak lama pun, ada lah dalam setengah jam drive dah sampai. Tu Fariq pelik, kenapa cepat sangat sampai hotel ni. Huhu
For this time around, kami sekeluarga menginap di Mercure Selayang. Awat dekatnya dengan rumah? Haa ada lah sebabnya, yang tu lain entry nanti. Memang aku saja pilih hotel ni sebab lokasi yang agak strategik iaitu berhampiran dengan event's venue tu nanti, dan juga banyak fasiliti yang hanya walking distance sahaja.
Ni lah ritual budak-budak dua orang ni kalau masuk bilik hotel. Test katil dulu dengan melompat-lompat. Haha
Tengah syok selfie dengan cik wife tiba-tiba ada penampakan budak perempuan berambut panjang kat cermin. Huhu
Kebulur budak-budak ni. Haha. Nasib baik bawak bihun yang mak ada bekalkan pagi tu.
Pemandangan from bilik hotel kami. Phew, punyalah jauh aku menapak semata-mata nak cari ATM. Bayangkan berjalan kaki from Emerald Avenue ni ke Hospital Selayang. Ada lah dalam 1.4km pergi balik. Mana tau kena bayar deposit, ingatkan dah buat payment via credit card tak perlu deposit. A few hotel aku stay lately pun takde mintak cash deposit. Nevermind lah, dah polisi hotel begitu. Follow je lah.
Sebelum balik bilik sempat merayau kat hotel ni. Lobi ada convenience store - MMart. Level 1 ada their in-house restaurant, The Meraki Bar & Restaurant. Yang ni pulak level 25, ada guest lounge.
Di tingkat yang sama jugak ada swimming pool dengan kedalaman 1.2m. So tak sesuai untuk the kids, since air paras dada orang dewasa jugak.
But ada jugak Kid Zone yang disediakan ditingkat yang sama, dan juga gymnasium on next door.
Plan asal nak keluar lepas Asar. Tapi delayed sebab letih. Haha. So stay kat bilik and layan Godzilla dengan budak dua ketul ni.
Malam tu lepas Maghrib we had our dinner dekat-dekat sini jugak iaitu di Richiamo Coffee @ Emerald Avenue.. Malas nak drive, buat pulak hujan memang lebat. Dah lah kereta park jauh, angkara cashless parking offline kat situ. Nak kena call Matrix Parking ni tanya apahal offline pulak.
Selfie dulu before makanan sampai.Eh ada dessert pulak ni, ada dua pulak tu. Ya betul, kita celebrate dua event ni Fariq. First, early birthday abah yang bakal menjelang 26 Nov ni.
and lagi satu of courselah wedding anniversary ibu abah yang baru sahaja memasuki tahun ke-enam pada tanggal 10 November yang lepas.Okay-okay jom makan cepat. Kita ada benda lain nak buat ni.
Haa. Ni pun satu reason kenapa aku pilih nak duduk sini. Sebab ada KTV Firezone! Sebab ni birthday abah, so korang kena follow. Takde excuse dah, abah dah gian nak karok ni. Hari tu ingat time teambuilding dapatlah karok dengan member ofis, tapi tak jadi pulak. Kali ni kita kasi jadi!
Nyanyi lagu Dragon Ball. Fariq yang nak..:-p
Budak ni mengamuk tak dapat pegang mic. Habis kacau abah nyanyi dengar dia melalak. Huhu
Haa baru elok. Fariq je chill. Kasi lah budak-budak ni nyanyi lagu children/kids..:-)
Tapi cam biasalah dah nama pun perempuan. Kita bagi dia makanan, memang diorang lupa lah benda lain. Setengah jam terakhir boleh lah aku karok dengan penuh semangat. Hihi
Dalam jam 9.30 malam, kami pun berjalan pulang ke hotel. Semuanya dalam kawasan yang sama je, tu yang setel awal. Ikutkan nak tambah sejam lagi, tapi budak-budak ni kena tidur awal sebab ada event kan pagi ni. Takpelah, next time aku pergi lagi..:-p
Itu je lah cerita semalam. Hari ni ada cerita lagi, stay tune dalam next entry. Till then, adios!
P/S: International break lah pulak. So takde EPL minggu ni.
No comments:
Post a Comment