Assalamualaikum,
Baiklah, ni merupakan entry sambungan from my family staycation di Selayang. Seperti title entry diatas suka aku nak share pengalaman aku join Little Caliph Fun Explorace where my firstborn, Fariq mewakili Little Caliph Bandar Sungai Buaya
Seawal jam 8.15 pagi aku dan family dah gerak from hotel ke venue majlis yang bertempat di JL99 Wonderland Park @ Selayang since dalam tentatif majlis start pendaftaran pukul 8.30 pagi.
Ada empat branch Little Caliph yang terlibat iaitu LC Reef Rawang, LC Rawang Idaman, LC Wangsa Maju dan LC Bandar Sungai Buaya, kesemuanya dibawah seliaan Koperasi Kakitangan Kumpulan BIMB Holdings Malaysia Berhad or secara ringkasnya KOBIMBING.
Okay, abang Fariq dah masuk jumpa kawan-kawan. Iman relax dulu je lah kat luar ni
Event bermula dengan bacaan doa, disusuli dengan lagu Negaraku, negeri Selangor dan juga lagu sekolah, Khalifah of Allah. Selepas bacaan ikrar oleh wakil pelajar dan juga ucapan perasmian from wakil KOBIMBING, majlis diteruskan dengan sesi senamrobik led by the kiddos before memulakan acara sukan pada hari itu.
Okay, unlike sports day tahun lepas kali ni konsep Fun Explorace dimana student bersama parents kena pergi each checkpoint yang disediakan. Ada 10 checkpoints in total. Minggu lepas time teambuilding kat PD pun main Explorace, kali ni main lagi. Huhu
Antara checkpoint yang mesti diselesaikan. Student je main, parents and siblings boleh tolong sikit-sikit lah..:-)
Ni pun checkpoint jugak. Pandai diorang kawtim, untuk students FOC. If ada parents or ahli keluarga lain yang nak join kena bayar RM5/pax.
Walaupun cikgu ada bagitau awal-awal yang Explorace ni santai-santai and kami diberi masa 2 jam untuk habiskan kesemua 10 checkpoint. Tapi macam biasalah aku ni mana boleh santai. So aku cakap kat Fariq, since main objective dia habiskan game, so let's quickly do it.
In less than 40 minutes, kami berjaya completed semua checkpoint dan berada dalam first batch yang habis awal. Then baru lah aku bagitau kat Fariq, apa lesson learn if kita keep our focus towards the objective.
Habis awal bolehlah kita round satu taman ni secara santai tanpa perlu nak kejar cop dekat checkpoint tu.
Dapat bagi makan kat binatang-binatang yang ada kat sini..:-)
Iman bercakap dengan Tapir. Huhu
Sun Bear pun ada kat sini.
Ni bukan panda betul tau. Patung je..:-)
Melawat Ostrich park. Fariq tutup hidung, katanya busuk bau taik burung unta. Haha
Iman tengok guinea pig. Dia teringat toy hamster kat rumah tu..:-p
Haha, berlari Iman kena hambat dengan Capybara.
Dok tengok apa tu?
Yeah sudah tentulah our mascot for Bandar Sungai Buaya - Crocodile!
Finally, melawat section marine yang menempatkan hidupan laut such as Arapaima dan pelbagai jenis ikan yang lain.
Dalam jam 11 tu kami dah berada di area Seafood Restaurant 99 yang akan menjadi venue for closing ceremony.
Before penyampaian hadiah untuk student. Ada ucaptama from wakil KOBIMBING, dan juga pertunjukan ular oleh tim JL99 Wonderland Park.
Gelagat Fariq dan rakan-rakan time beratur nak amik medal dan goodies.
Fariq bersama his second medal sepanjang dua tahun menuntut disin
Kontinjen team LC Bandar Sungai Buaya terdiri daripada student 4, 5 dan 6 tahun..:-)
Dah-dah jom balik. Nasib dah redup sikit. Phew~
Sempat lagi bergambar dekat sini. Macam pernah nampak kayu coklat ni, tapi kat mana eh? Ohh okay, cerita Ip Man tu yang dia tengah practice Wing Chun. Haha
Before balik rumah sebab menyinggah souvenir shop yang ada kat sini. Asalnya nak beli air je. Tapi kena pau dengan budak dua orang ni. Haha
Gerak dalam jam 1 petang, sampai rumah kira-kira sejam jugak. Yang penting budak berdua ni tidur dalam kereta, and bersambung lagi kat rumah. Boleh lah aku lelap jugak.
So, that's the wrap for a fairly long entry. Memang tepat decision aku split dua entry ni. Kalau tak mau 10 minit tak habis skrol kebawah. Okaylah, nak tidur esok ada analysis nak kena buat. Semoga berjumpa lagi dilain entry.
P/S: England Vs Ireland. Tiga player Newcastle in the first eleven. Gordon, Hall dan Livramento.
No comments:
Post a Comment