Monday, November 27, 2023

Kisah AKU n Happy Birthday 2023

Assalamualaikum,

Okey, malam ni nak berkongsi cerita pasal entri penting untuk diri aku dalam blog ni.


Alhamdulillah, masih diberi nikmat kehidupan oleh Allah untuk terus bernafas diatas muka bumiNya ini.  Syukur kepada Allah aku panjatkan kerana telah menganugerahkan kesabaran untuk mengharungi kehidupan yang penuh ranjau dan onak ini. 26 November 2024 ialah hari ulangtahun aku yang ke 31. Untuk tahun ni, yang pertama wish ialah mak ayah dan adik beradik followed by wife dan anak-anak. Other friends termasuklah dari group Lepak SajePenyet Deq serta beberapa orang rakan di FB dan LinkedIn.

Unlike the past two consecutive years dimana aku sambut di Setia City Mall, tahun ni terpaksa buat dirumah je since anak lelaki aku si Fariq tu kena chicken pox pulak. Sudahnya kena kuarantin, so petang tadi aku keluar sekejap beli juadah sikit di Bukit Sentosa. Sampai rumah sekitar jam 7 petang aku terus mengemas sikit ruang tamu. Maklumlah bila dah ada anak kecik tu memang dah macam tongkang pecah lah ceritanya.

Setup meja makan. For this time around, aku beli my favourite fast-food sejak kecil lagi, KFC. Memang dah jadi tradisi famili kami dulu pun if birthday memang akan sambut direstoran yang terkenal dengan ayam goreng ni. Apa benda semua birthday boy yang setup ni? Haha

Lepas Isya, kami start our program. Tapi macam biasalah menunggu the ladies bersiap, yang jantan ni beraksi depan kamera dulu.

Sempat lagi layan kartun

Snap gambar wife dan anak-anak dulu.

Aku and the kids.

Ambil gambar family pulak before makan malam dan selanjutnya.

Fariq dah tak sabar nak makan nugget favourite dia tu.

Selfie dengan wife satu kali.

Satu lagi gambar ye before kita open table.

Hadiah birthday aku tahun ni from KFC. Baucer discount, RM22 untuk dua snack plate. Biasa standard price RM18 per snack plate. Okaylah dapat jimat RM14!

Untung jadi aku ni. Tak amik port pun pasal kek ni. Beli 7e punya sponge cake pun setel. Haha

Okay, jemput lah makan semua. Dalam jam 9.30 tu majlis kecil kami settle, sambung tengok movie dekat our living room before semuanya ketiduran. Aku pulak memang terjaga sebab tengok EPL Newcastle menentang Chelsea yang berakhir dengan kemenangan 4-1. Memang birthday gift terbaik malam ni.


So, 31. Apa je pencapaian dari last birthday? Alhamdulillah, tahun ni merupakan tahun keeempat di Touch 'n Go dan of course dengan role yang berbeza dari tahun lepas. Memori dalam hidup aku tahun ni semestinya banyak dihabiskan bersama isteri, Ija dan dua orang anak kami, Fariq dan Iman. Semoga rumahtangga yang kami bina ni sentiasa berada dalam lindungan Allah..:-)

Anyway, a very Happy Birthday to Mr. McBride! Terima kasih juga kepada keluarga dan rakan-rakan yang sudi wish dan mendoakan kebaikan dan keberkatan hidup kepada aku. Allah sahaja yang dapat membalas budi dan doa you all semua. Amin In Sha Allah.

Sunday, November 19, 2023

Kisah AKU n B&G Away Day @ Amverton Cove Golf & Island Resort Pulau Carey

Assalamualaikum,

Sementara nak menunggu Subuh ni elok aku menaip sikit entri berkaitan sebuah event company, to be precise our Business & Growth (B&G) Division yang berlangsung di Pulau Carey pada 17 dan 18 November 2023. Nak kata event teambuilding tu tak lah jugak sebab mostly tentatif more to presentation dan brainstorming.

Hari Jumaat tu seawal jam 6.15 pagi aku dah bergerak from Rawang ke Pulau Carey. Perjalanan 90km estimated mengambil masa selama 1 jam setengah.

Sampai venue event iaitu Amverton Cove Golf & Island Resort around 7.30 pagi. Macam biasa, drop seat and power nap untuk recover energy. Ada dapat setengah jam jugak tidur, tu pun sebab si Irfan tu call. Haha
Event bermula sekitar jam 8.30 pagi dengan pendaftaran, followed by conference call with our CEO, Mr Praba Sangarajoo. 
Untuk sesi pagi, ada pembentangan business review for year 2023 oleh Head of Division of the main business unit merangkumi sektor Expressway, Transit, Parking dan juga Corporate Sales. Kemudiannya bersambung dengan strategy discussion untuk tahun 2024.
Session berhenti sekejap untuk memberi laluan staf lelaki Muslim untuk menunaikan solat Jumaat. Aku dan beberapa rakan drove around 15min ke Masjid Darul Tahsis Pulau Carey. Alhamdulillah, khutbah yang short dan juga concise, so dalam jam 1.50 petang tu dah settle solat semua..:-)
Makan tengahari, yang lain semua dah ready untuk masuk hall semula. 
2.30pm - Our day bersambung dengan product roadmap oleh Product team followed by session with our HRBP dan finally Commercial team yang memberikan a valuable insight untuk pencapaian division kami in term of revenue dan profit, and of course next year target.
5.30pm - after a short tea break, event continued with presentation from empat group yang dipecahkan a week before untuk team assignment. Topics mostly on what if scenario - just in case if ada crisis or simply government decided to put an end to TNG monopoly dalam sektor mobiliti di Malaysia. For example, what if all TNG form-factor such as card and RFID dah tak perlu digunakan lagi and replaced by other form-factor. How to reformat our businesses? Lebih kurang camtu lah.
Pishang, pukul 7 pun tak settle lagi. Haha
With the last team presented their topic, event kami finally wrapped up around 8.30pm. Kami bergerak ke venue penginapan iaitu di Amverton Riverine, around 3-min drive from the Golf Club.
The Amverton Riverine Hotel. A 4-star hotel with a range of luxurious suites and rooms. Sesuai untuk family dan juga corporate. Kat sini ada Riverine Splash Waterpark dan juga range of outdoor activities such as survival park, action park (ATV, go-kart, archery, paintball, flying fox etc.) and also sebuah pulau kecil ditengah-tengah tasik yang menempatkan animal island. Of course, semua yang aku mentioned tu kitorang tak buat pun. Haha. Maklumlah, away day kami ni macam bekerja jugak, cuma "away" from office je..:-p
Dapat satu bilik dengan bro Irfan, colleague from Parking unit.
Akhirnya, dapat jugak landing atas katil. Phew~
Settle mandi dan bersihkan diri, we had our dinner at the hotel's restaurant - Carey's Diner. Tapi sebelum makan ada upacara penyampaian hadiah bagi pemenang competition team assignment.
Yeay! Group kami menang grand prize! Full credit to our think-thank from Product team yang bertungkus lumus memerah idea dan buat slide. All in a very short span of 3 days only! Aku? Bolehlah bagi idea sikit on how to leverage the current RFID Fitment Center untuk our new product offering ni..:-P
Okay, jom lah makan. Dari kiri: Irfan (Parking), Razif (Transit), Zaim (Expressway) dan Nuh (RCO). 
After dinner diorang gathered kat Carey's Cafe near the hotel's pool. Ada cafe yang menyediakan light foods, snacks dan juga desserts. Ada jugak arcade machine untuk guests.
The ladies with the famous fresh coconut of Pulau Carey.
The gents of course ordered bucket of liquors and beers. Tapi jangan salah anggap pulak, kami yang muslim ni takdelah join, tengok dari tepi je. Huhu
Aku sebenarnya memang akan avoid bila diorang dah start minum. Yelah untuk mengelakkan curiga orang luar, nanti diorang ingat aku join menonggang sekali. Kalau muka pan-Asian takpelah maybe orang tak perasan tapi muka pun pure-Melayu. Haha. So retreat ke lobi je lah sambil memikirkan apa plan malam tu.
Sempat tanya kat receptionist apa yang best untuk spend the night. Then dia cakap ada karaoke dekat Golf Club tu, tapi kena drive balik kesana. Call Nuh, then kami berdua pun gerak sambil roger Irfan and Razif.
Yehuu! The Hummingbird Lounge. Ada foosball, dart, snooker dan yang paling penting sekali bilik karaoke. Ada dua je bilik VIP, and kalau korang jenis tak tau malu bolehlah pilih much cheaper option iaitu karok open space kat luar ni. Haha
First 10 minutes dengan brader Nuh yang suara ala-ala Hafiz Hamidun. Member study USIM, confirm-confirm lah budak nasyid dan betul, kami duet lagu InTeam, tribute to almarhum Suhaimi Saad yang baru sahaja pergi meninggalkan dunia yang fana ini. 
Then the cavalry arrived. Razif dan Irfan joined sekali malam tu. Bilik RM200 takkan nak karok dua orang je. Dah la dua jam pulak tu.
Member ni paling kesian, asal pilih lagu mesti takde sound lah, takde lirik lah. Takpun dapat versi akustik. Haha
Scene biasa dalam bilik karok. Tengok phone cari lagu nak nyanyi..:-p
Ada sorang member lagi, Zaim datang lewat sikit, tapi still ada 1 jam.
Seperti biasa, brader ni pun nak beraksi jugak setelah sekian lama tak pegang mic. Last karok tak silap time celebrate birthday aku tahun 2021. Almost dua tahun lepas!
Selfie before menamatkan aktiviti sekitar jam 12.30 tengah malam.
Hari Sabtu, seawal jam 6.30 pagi lagi aku dah bangun untuk solat Subuh serta bersiap untuk aktiviti hari terakhir. Cantik pemandangan from bilik ni yang menghadap muara Sungai Langat.
Eh dah kenapa pakai baju sukan TNG ni?
Ya betul, aktiviti hari terakhir kami ialah membersihkan Pantai Kelanang as a part of our CSR dan juga sustainability initiative. Event start jam 9 pagi dimulakan dengan briefing oleh pihak NGO dan JPAM.
Snap gambar dulu before start berpecah ikut group dan zon masing-masing. Ohh kalau nampak gambar takde watermark blog ni maknanya aku ambil from photos from other colleague, so credit in advance to them lah ye.
Tapi semua buat palatao pun, takde nya ikut zon. Haha
Main target ialah kawasan pantai yang biasanya ada banyak sampah after air laut surut.
Kami juga concentrate inland dan juga kawasan paya bakau dimana sampah sarap seperti botol dan plastik tersangkut dicelah pokok bakau etc.
Beratur nak buat apa ni?
Dalam jam 11 pagi, we concluded our event dengan mengumpulkan hasil kutipan hari tu. Total around 50kg jugak!
One last picture.
Sesi conclusion oleh pihak NGO dan juga wakil TNG before kami semua bergerak pulang kerumah masing-masing.
Around 11.30 pagi aku memulakan perjalanan pulang ke Rawang. SKVE clear, sampai kat exit ELITE Saujana Putra macam hareem jem dia. Bingai betul, gua dah la lemau ni. Sampai rumah jam 1.30 petang jugak, solat Zohor then terlelap sampai pukul 3!

Okaylah, that's the wrap for a fairly long entry pagi ni. Takde bola minggu ni which is a blessing for all the Magpies fan. Haha.

P/S: Tahniah Malaysia, buat comeback 4-3 lawan Kyrgyzstan. Mantap betul duo Arif Aiman dan Faisal Halim.