Sementara nak tunggu game Newcastle malam ni, elok aku update entri sekarang. Karang dah busy dengan kerja, langsung tak dapat nak update pulak. Baiklah, semalam aku dan family sempat menghadiri sebuah program komuniti anjuran KRT Presint 14 Taman Kasturisari
Asalnya takde plan pun nak pergi event ni. Aku seperti biasa jogging sekitar Mawarsari, while wife dan anak-anak terlebih dahulu ke Taman Rampaisari untuk riadah pagi. Cuma pagi tu aku extra sikit jogging sampai tapak event dihadapan SKBSB. Tu yang dapat idea untuk datang bawak family. So aku terus jogging balik rumah, ambil motor dan terus ke taman Rampaisari untuk pickup diorang.
Ada jugak gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman untuk pengunjung.
Asalnya takde plan pun nak pergi event ni. Aku seperti biasa jogging sekitar Mawarsari, while wife dan anak-anak terlebih dahulu ke Taman Rampaisari untuk riadah pagi. Cuma pagi tu aku extra sikit jogging sampai tapak event dihadapan SKBSB. Tu yang dapat idea untuk datang bawak family. So aku terus jogging balik rumah, ambil motor dan terus ke taman Rampaisari untuk pickup diorang.
Bergambar dihadapan banner event bersama the kiddos. Tu je lah style amik gambar Iman. Haha
Berjalan-jalan melawat booth pameran dari agensi-agensi kerajaan, KRT-KRT Bandar Sungai Buaya, yang terlibat dalam menjayakan program ni. Ada jugak gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman untuk pengunjung.
Pameran auto-show. Ada jugak beberapa acara lain seperti kayuhan Rahmah, pertandingan mewarna dan melukis, persembahan bakat, senamrobik dan sudah tentunya, Jualan Ehsan Rahmah yang sinonim dengan program ini.
Mobile unit KWSP jugak untuk sesiapa yang nak buat semakan or berminat nak tahu cara-cara untuk menambah saving KWSP.Dressing je cam peserta, tapi tak join pun. Ni gerbang untuk orang yang join cycling hari tu. Huhu
Lama pulak nak menunggu VVIP ni. Relaks sekejap sambil menikmati aiskrim Malaysia. Memang puas hari makan time hari panas camni.Lepak depan gate sekolah lama aku ni, SKBSB. Ada lah jugak cerita kat anak-anak zaman bapak diorang sekolah kat sini some 20 years ago..:-)
Haa, sampai pun orang-orang besar ni. Ingatkan sesat, maklumlah ni kan kawasan hulu. Hehe
Persembahan silat dari pelajar-pelajar SMKBSB. Teringat waktu Form 5 dulu kena paksa dengan pengetua masuk Silat Kuntau. Walaupun seminggu je, tapi perit woo time training. Sobs
Sebelum majlis dimulakan, hadirin diminta bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan juga bacaan Rukun Negara. Nostalgia beb, berapa lama aku tak buat benda-benda ni. Dulu ni lah rutin setiap hari Isnin kat sekolah. Dah tua rupanya aku ni. Huhu
Joget Malaysia, juga dari pelajar-pelajar SMKBSB. Hat ni takde kenangan sebab aku memang tak involve sangat bidang tari menari ni..:-p
Ucapan perasmian dari EXCO Kerajaan Negeri Selangor. Untuk pengetahuan, event ni merupakan buah fikiran dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang bertanggungjawab merencana program KRT diseluruh negara. Bagi program di Bandar Sungai Buaya ni, ianya dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Penduduk Bandar Sungai Buaya dan Sungai Buaya Cycling Club.
Sekitar jam 12.30 kami bergerak balik, rumah dekat je dengan sekolah ni. Tak sampai 10 minit berjalan pun, tapi hari tu naik motor je lah. Tak larat lah nak mendukung, buat pulak jogging kehulu kehilir pagi tu. HuhuAlang-alang singgah makan tengahari dulu before balik. Ada budak dah haus sangat tu.
So itu sahaja cerita malam ni, minggu ni aku dan family akan join satu lagi event komuniti kat sini. Event apa? Dah tentunya Maulidur Rasul yang akan kita sambut Khamis ni.
P/S: Ngantuk pulak aku nak tunggu pukul 11.30 ni. ZZZ
No comments:
Post a Comment