Assalamualaikum,
Seperti biasalah dah nak habis minggu baru kita nak update. Maaf lah, aku ni bukannya student cam dulu. Banyak komitmen sekarang, dapat update seminggu sekali pun kira okay dah. Baiklah, kita update gaya hidup sihat lah kali ni. Its badminton time!
Isnin lepas aku berpeluang untuk join member office untuk satu aktiviti sukan yang bertempat di New Vision Badminton Academy, PJ. Hari Isnin tu seawall pukul 5 lagi most of us dah chow dari office since session kami bermula jam 6 petang hingga ke 8 malam.
Dah lama tak beraksi. Last aku main badminton awal tahun 2021 dengan ipar dan adik beradik kat Port Dickson. Boleh tahan lama jugak tu.
Ramai jugak yang join our session, ada 12 orang jugak terdiri dari colleague dalam B&G Division TNG. Ada dari Fraud Unit, Risk, CET, Product dan lain-lain.
Performance aku taklah teruk sangat untuk orang yang dah setahun lebih tak pegang reket. From 6 set yang aku main malam tu, ada lah menang 4 set. Huu
Habis jam 8 malam, most of us decided untuk ngeteh di restoran terdekat. Lama jugak lepak hari tu, nak dekat pukul 10 jugak baru bersurai.
Lalu NKVE Damansara, sampai rumah sekitar pukul 10.30 malam. Kami plan nak jadikan aktiviti mingguan division kami, tapi aku memang bagitau diorang awal-awal sebulan dua kali je aku dapat join. Biasalah ada dua orang anak kecik, kesian wife nanti. Huhu
Ni kenapa pulak? Khamis lepas aku ambil half day leave belah petang since Iman tak sihat.
Kena gas dan sedut hingus/kahak. Memang sekarang ni pun musim budak-budak tak sihat. Asalnya kami ke klinik government, tapi tengok punya ramai manusia. Tu yang pergi private je, takpe lah panel pun ada cuma jauh sikit lah.
Takde lah jauh sangat, dekat area Anggun City ni je. Siot sini parking dah kena charge, lupa pulak aku yang approved TNG parking kat sini awal Mac hari tu. Huhu
On the way balik, sempat singgah R&R Rawang. Seronok si Fariq ni main playground kat sana.:-)
Jumaat diorang cuti. Ni dah kenapa main keyboard. Nak Jadi Mozart ke? Haha
Anak-anak kesayangan ibu ayah. Sedondon pakai baju tidur tu.
Okay lah guys, aku ni sebenarnya tunggu order makan sampai. Tu yang sempat menaip entri, gambar pun dah upload siap-siap. Settle jugak satu entri. Hii
P/S: Masih tak decide lagi nak balik kampung or tak untuk Raya Haji ni.
No comments:
Post a Comment