Tuesday, July 19, 2022

Kisah AKU n Fariq's 3rd Birthday

Assalamualaikum,

Yes, as suggested dalam entri kali ni. Suka aku nak share cerita tentang birthday celebration untuk anak lelaki aku yang sulung ni. Untuk pengetahuan, bulan lepas kami ada buat early celebration, disambut dengan meriah bersama keluarga di Rawang dan juga a few family member yang datang dari Melaka 
Untuk kali ini, kami berempat sambut kecil-kecilan sahaja. Jumaat lepas after office hour, kami sekeluarga ke AEON Rawang. Jalan agak sesak sikit sampai tak sempat nak masuk simpang Anggun City, sudahnya sesat sampai ke Tasik Puteri. Haha
Sampai je AEON, kami terus ke Kidzoona untuk first birthday treat for budak ni. Dah janji nak bawak sini. Excited reversed kereta sampai terlanggar unicorn tu. 
Lama jugak Fariq main kat sini. Sampai aku dah habis solat Maghrib pun still kat sini lagi. 
Main train pulak, kat rumah tak dan nak main. Maybe sebab kat sini trek besar kot, siap ada rumah, gunung lagi. 
Eh adik Iman pun nak main jugak abah. Haa okay, jom naik unicorn ni..:-)
Okay masuk kawasan ni pulak. Lagi lama si Fariq tu main kat sini. Memang tak ingat dunia la gamaknya. Haha
Ish abah tak boleh tahan lah naik main baling bola dalam lubang tu..:-p
Adik Iman geram je tengok. Tunggu lah saya besar nanti. Huu
Selfie bertiga, ada budak tak nak ambil gambar
Kasi ibu rehat dekat kerusi massage ni. Maklumlah penat be kerja, both of us lepas kerja pickup anak-anak then terus patah balik ke Rawang. 
Naik kereta lagi. Hii
Kali ni main dekat area sini pulak. 
Jual sushi. Haha
Proses memujuk Fariq balik sebab dah nak jam 9 malam. Yelah, dah la tak makan lagi takut restoran dalam AEON ni tutup pulak or dah tak accept customer. 
Dapat jugak pujuk, after 10 minit mencuba. Huu
Malam tu kami dinner di Kenny Roger, one of favourite restaurant. Dia suka makan nasi ayam kat sini. 
Adik Iman hanya mampu telan air liur je. Sabar eh, dah besar sikit boleh lah makan food pulak. 
Ingat nak beli lava cake, habis pulak maybe lewat sampai. So diorang tak buat dah. Takpelah, lagi pun memang dah beli kek untuk sambutan birthday Fariq di taska Jumaat ni. 
Selfie satu family. Dapat jugak bergambar 4 orang. Nak dijadikan cerita malam tu, time balik elok je sampai kat kereta aku perasan kunci kereta takde. Puas cari dalam beg wife pun tak jumpa sedangkan mall dah ready nak tutup. Memang confirmed cicir somewhere, instinct aku memang dekat area playground tu. Tapi sebab dah lewat diorang pun dah nak tutup. Sudahnya in act of desperation, terpaksa call ayah untuk tolong ambil spare key yang aku letak kat rumah. Kira-kira jam 10.30 ayah pun sampai. Nasib baiklah rumah dekat and ayah pun ada kunci rumah aku. Thanks ayah..:-)
Keesokan paginya bangun tidur je terus baca buku Lion King, a part of our birthday gift to Fariq. Memang semua hadiah lain dia pun tema singa jugak. Elok lah suka singa daripada Ultraman, at least takde ganas sangat. Huhu

Haa, itu sahajalah cerita kami menyambut birthday Fariq yang ketiga ni. Actually akan ada satu lagi celebration, iaitu bersama rakan-rakan taska dia hari Jumaat ni. Yang tu aku update in separate entry lah ye. To wrap this entry, selamat hari lahir buat Muhammad Fariq Ilham, semoga membesar dengan jayanya dan menjadi anak yang soleh dan juga berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Amin In Sha Allah.

No comments:

Post a Comment