Assalamualaikum,
Malam ni nak update cerita semalam, seperti mentioned in my previous entry kami ada organize majlis tahlil bagi arwah atuk yang sudahpun pergi meninggalkan kami hampir sepuluh tahun yang lepas. Dah lama jugak kan, tapi baru rasa macam terdengar sayup bunyi motor atuk semalam..:-(
Aku bersama wife dan Fariq gerak dari hotel dan sampai kampung sekitar jam 10.30 pagi. Since pakai katering tu yang takde rasa urgency nak datang awal. Huhu
Sampai je diorang semua dah ready, cuma nak menunggu Tok Imam datang je untuk memulakan majlis yang dijadualkan berlangsung jam 11.30 pagi.
Ramai jugak kaum kerabat yang hadir, ye lah family anak beranak pun dah enam keluarga. Family adik beradik Opah yang tinggal berhampiran pun ada jugak datang.
Majlis pun bermula dengan bacaan Tahlil.
Jemputlah makan semua.
Orang suruh bersosial, dia nak main pulak. Haha
Mak dan adik di the famous red-stair.
Ayah yang menjadi penyambut tetamu. Huhu
Aku macam biasalah jadi tukang ambil gambar untuk merakamkan kenangan majlis ini.
Walaupun ada banyak jenis lauk pauk yang dihidangkan, memang aku makan benda ni je semalam. Tak tengok makanan lain dah.
Lepas makan, terus aktif balik si kecik ni.
Main bola. Ada gaya tu Fariq. Huhu
Pastu main buaian. Yang penting dia happy
Sesi demonstration..:-p
Jangan terkejut kalau aku cakap diorang ni sepupu aku. Haha
Pukul 3 tidurkan anak, dengan-dengan aku terlelap sekali.
Lepas Asar tu ada majlis sambutan hari lahir Rayyan, anak Acik Fendi. Mana aku? Of course lah masih dibuai mimpi. Nak save tenaga, malam tu nak balik dah.
Petang sambung main lagi dia ni. Tengok abah dia muka ngantuk lagi. Haha
Suasana petang di kampung halaman. Rindu bhai, mana taknya dah berapa kali Raya terlepas nak balik kampung.
Malam tu sempat melayan Mee Hailam Parit, 10 bungkus jugak diorang tapau.
Wauu, marvelous!
Licin beb. Haha
Pukul 9, most of us meminta izin pulang ke rumah - aku, ayah, Acu Keon. Maklumlah, Isnin masih lagi bekerja walaupun dapat pelepasan awal. Diorang ni bukan boleh percaya. Haha
Konvoi kami lalu jalan dalam semalam melalui jalan Langkap, masuk highway dari Plaza Tol Sungkai. Memang cepat tapi jalan ni tak syok sangat sebab nak kena melayan kereta-kereta menggelabah. Jalan kampung pun nak bawak laju-laju ke? Aku personally lagi prefer lalu jalan lombong tu tembus Kampar. Tapi malam-malam sunyi sangat. Takut kena kokak dengan Zombie je. Haha
Alhamdulillah, jam 11.20 malam selamat tiba dirumah. Since dah solat jamak, sampai je terus unload barang dan tidur. Hari Selasa ni another long-haul journey ke Melaka pulak.
Itu sahajalah cerita malam ni, terubat jugak rindu nak balik kampung. Hopefully tahun ni dapatlah kita beraya kan, penat lah wei asal Raya Aidilfitri je kena PKP. Sekali sekala nak jugak membakar lemang, main mercun malam-malam, sesi karaoke bawah rumah. Huhu