Assalamualaikum,
Fuhh, letih beb hari ni. Rasa macam nak tidur terus je, tapi kalau tak update karang asyik bertangguh pulak. Okaylah, nak story sikit pasal my short vacation bersama family tercinta.
Hari Sabtu seawal jam 8.30 pagi kami dah bergerak dari Bandar Sungai Buaya menuju ke pantai peranginan popular yang terletak dinegeri Pahang ni. Tapi sebelum tu kami sempat singgah makan di Ganu Cafe, our favourite breakfast spot.
Singgah memerut di Lanchang before meneruskan perjalanan ke Timur.
Ada budak dah nak tidur, dah nama pun budak. Masuk kereta mestilah tidur. Haha
Crossing Sungai Temerloh.
Ceria kesemuanya. Time ni baru sampai di penghujung LPT 1 di Plaza Tol Jabor. Our meeting point before entering Cherating.
Since check-in pukul 3 petang, kami sekeluarga meet up with family Syazwan di Restoran Asam Pedas Cherating, kat sana we had our lunch together.
Layan jugak makan asam pedas kat sini, memang aku plan nak makan ikan je kat sini. Huhu
Aku dan adik bersama Shafiq, adik bongsu Syazwan.
4pm - Sampai ditempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam ini di EryaSuria Cherating.
Steady ye bro drive dari Sungai Buaya ke Cherating, last aku drive sampai sini tiga tahun lepas time berhoneymoon dengan Ija..:-p
Check-in time.
Tunggu kejap ye anak-anak. Fariq dan cousin, Mikhail bersama opah.
Dapat jugak vacation sekali dengan mak ayah..:-)
Snap lah beberapa gambar kenangan bersama family dulu before masing-masing masuk kebilik untuk berehat.
Lepas check-in seperti biasa aku akan spend time exploring fasiliti yang ada kat hotel. Unfortunately, restoran diorang tutup maybe impak Covid kot, tapi swimming pool open for visitor.
Hotel ni ada private beach tapi tengah ada on-going works pulak. Pfft. Terpaksalah pergi Pantai Cherating kalau nak picnic, which is around 6km from the hotel.
Sedikit gambar didalam bilik hotel kami yang modest ni. Bilik ini lengkap dengan hot shower, TV, iron, mini fridge dan juga safebox.
Dapat seaview kot.
Ija with our firstborn, Fariq..:-)
Nak jugak bergambar. Asyik kena amik gambar diorang je. Pukul 6 memang aku tertidur sampailah nak ke jam 8 malam!
Malam family aku je keluar, yang lain semua masih ketiduran ataupun tak nak keluar. Penat kot. We had our dinner at Sri Pelabuhan Cherating. Tu cakap kat Fariq, ayah yang sekarang bukan ayah yang dulu. Sekarang ni asal ada peluang je memang nak keluar, kalau dulu memang terperuk je dalam bilik. Haha
Nyum-nyum sedapnya. Simple sahaja menu dinner kami malam tu - Ikan Kembung Masak Tiga Rasa, Kailan Ikan Masin dan Telur Dadar. Time menaip ni lapar pulak rasanya..:-p
Sampai hotel, pekena carom dulu before naik kebilik since Fariq dah start mengantuk.
That's the wrap untuk entri hari pertama kami di Cherating. Takde aktiviti apa pun buat kat sini, sampai pun dah petang. Malam pulak hujan punyalah lebat selebat alam. Tapi untuk hari kedua, ada aktivitinya. Nak tau, stay tuned..:-)
No comments:
Post a Comment