Assalamualaikum,
Malam ni aku nak update pasal satu anniversary yang penting dalam hidup aku dan isteri. Hari ni kita straightforward je ke main entry sebab takde cerita menarik pun yang happen dalam minggu ini selain insiden weekend yang lepas.
Tiga tahun yang lepas, aku selamat melafazkan akad dan sah menjadi suami kepada Ija. Tengok gambar ni macam tak sangka pulak dah jadi laki orang time tu. Daripada nak isi perut makan sorang, pastu dah ada satu lagi perut nak kena bagi makan.
Thank you very much sebab sentiasa berada disisi abang sepanjang perkahwinan kita. Abang sedar mungkin tak banyak masa yang dapat kita spend bersama atas kekangan kerjaya. Tapi percayalah, ni semua untuk masa depan keluarga kita. Abang tak kisah penat kerja, tapi harap sayang dapat terus faham dan support abang dari belakang. I love you, dear..:-) .Tiga tahun usia perkahwinan semestinya membawa banyak perubahan dalam hidup aku. Since aku dah cover perubahan untuk dua tahun pertama at last year anniversary entry. Untuk tahun ketiga, entahlah. Nak kata career improvement pun takuk tu je lah, of course ada some increment ,bonus awal tahun and recently penambahan meal allowance. Cuma nampak gayanya macam sindrom Quatriz dah mai balik. Extra work, cover kerja orang, weekends standby mode.
For this year, kami sempat celebrate our anniversary semalam. Semalam aku masuk office sekejap ada meeting, then tengahari chow ke Wangsa Maju lunch dengan brother Afiq di port lepak kami di Wisma Rampai
After pickup wife, kami ke Sungai Buaya untuk ambil Fariq before straightly go to AEON Rawang to have small anniversary dinner.
Before makan, bagi Fariq main kat Kidzoonia dulu. Awat gambar dari jauh ni? Untuk sorang anak, hanya sorang penjaga je yang dibenarkan masuk. Adakah masanya untuk menambah sorang lagi? Huhu
Ambil gambar dari jauh je, nak buat macam mana dah SOP baru.
Nasib baik Fariq jenis tak melalak, ada budak kalau bapak tak dapat masuk memang tantrum. Nak buat camna, Fariq lagi rapat dengan ibu dia. Huu
Haa, ni dapat dekat sikit.
Ibu pun terduduk layan keaktifan anak teruna sorang ni.
Drive kereta sendiri tu. Haha
Main dalam ni nak dekat sejam setengah jugak, jom makan pulak. Sejak bawak diorang kesini dulu, memang asal datang AEON je kami akan makan di Kenny Rogers ni.
Haha, ada saja budak ni nak mengendap. Lagi-lagi kalau video or gambar dia. Biasalah, like father like son..:-p
Dah lama tak makan Kenny's Quarter Meal ni, ngidam ayam panggang pulak semalam. Haha
Fariq kena makan nasi. Tak cukup mantap lagi nak makan ayam je macam ayah. So, kami ordered one of his favourite - Kenny's Nasi Lemak.
Okay kenyang dah, apa lagi jom lah balik. Huhu
Around 8.30, we made our way back to Sungai Buaya. Aku ni memang dah lemau sebenarnya driving kesana sini semalam. Maklumlah, dah nak masuk three-series ni memang cepat sakit pinggang. Haha
Semalam jugak, ada official announcement from Newcastle United. Introducing our new Head Coach, Eddie Howe. Excited beb, tengok official training video. Memang nampak beza betul dengan Steve Bruce. Minggu ni takde game since international break, next week jom kita tengok magic coach baru ni. Good luck Mr. Howe!
Itu sahaja cerita malam ni, ingat nak download patch baru untuk Bannerlord, nampak macam ada a few cool features. Tapi patch game ni kalau sekali datang, memang tak lari lah 5GB. Huhu
No comments:
Post a Comment