Wednesday, July 14, 2021

Kisah AKU n Fariq's 2nd Birthday

Assalamualaikum,

Petang ni aku nak share story sikit bekenaan anak teruna aku, Fariq. Tanggal 14 Julai 2021 merupakan hari lahir beliau yang kedua. Tak sangka kan, pejam celik tahu-tahu dah masuk dua tahun dah si kecik ni. Haha

Hari lahir kali ni disambut secara kecil-kecilan di rumah atuk dia. Sebenarnya aku dan Ija pun ada plan nak celebrate dekat rumah sendiri hujung minggu ni, tapi opah dia dah excited sangat. Kita jalan je lah. Tema: Spiderman, since Fariq ni memang suka sangat dengan superhero labah-labah ni. Tak taulah kebetulan ke apa, sebab seminggu sebelum dia lahir - kami berdua dating kat AEON Rawang dan menonton movie Spiderman yang baru keluar time tu. Huhu

Hari ni aku habis kerja around 5pm. Terus ke rumah ayah untuk celebrate together. Mak ada masak makanan yang light tadi - ada bihun goreng, brownies, dan juga nugget kegemaran Fariq..:-)

Birthday boy dah ready nak potong kek tu. Teruja dia tengok ada banyak belon Spiderman. Huhu

Ni cameraman tadi, kebetulan work from home. Haha



Bergambar dulu sebelum potong kek. Ohh lupa pulak, since Spiderman pakai suit merah. So tema kami pun merah jugak lah.


Tiup lilinnya, potong kuenya. Haha. Lagu birthday Indon!!


Buat videocall dengan family Along, rupa-rupanya dialah yang planning benda-benda ni. Terharu Fariq dibuatnya. Huhu


Fariq bergambar bersama atuk dan opah..:-)


Selfie satu kali dulu sebelum upacara membuka hadiah dan santapan ringan.


Patung Spiderman. Nampak tak betapa girangnya budak ni. Tak perlu beli gejet pun, toys pun dah cukup buat member ni seronok. Haha


Ada hadiah lain jugak, macam kuda biru tu Along yang bagi. Aeroplane atok bagi. Semuanya benda favourite anak aku ni. Hadiah dari mak ayah dia tunggu hujung minggu ni, ada satu lagi mini celebration.


Okay, makan time lah. Aku pulak memang lapar ni tak makan dari pagi tadi, dua pinggan bihun jugak kena bedal..:-p


Malam ni aku stay kat rumah mak ayah. Brader sebelah mintak tolong ajarkan proses buat tender. Maklumlah sekarang dah bergelar Tender Executive. Bro pun memang excited lah nak turun ilmu, ada lah closed to enam tahun pengalaman kerja didalam bidang Business Development and counting.

Selamat Hari Lahir yang kedua untuk Fariq Ilham, semoga membesar dengan jayanya, menjadi anak yang soleh dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Amin In Sha Allah.

P/S: Cepatnya update, event pukul 5.30. 7. 30 dah up. Draft dah ada, edit gambar upload then publish je. Haha

No comments:

Post a Comment