Saturday, June 26, 2021

Kisah AKU n MCO 3.0 - Wk 4

Assalamualaikum,

Quick entry je malam ni, since nak siapkan last episode untuk miniseries aku tu. Entri real life lah pulak, asyik pasal game je. Haha. Minggu ni dah masuk sebulan kita berPKP 3.0, setakat ni aku still kerja dari rumah. Wife pun sama, si Fariq pun sama. Taska hanya dibenarkan accept budak yang mak ayah ada surat MITI je. Memanh kena rotate lah, biasanya pagi aku kurang sikit meeting. Kalau buat kerja memang no problem nak jaga budak ni. Bila time meeting tu memang kena mintak tolong wife lah.
Fariq ni dalam fasa kena pantau lagi gerak geri dia. So, nak tak nak memang kena sentiasa alert walaupun dalam bilik yang sama.
Kalau wife masak kat dapur, memang kena turun buat kerja kat bawah. Kalau tak.. 
Inilah jadinya, suka benor main tangga. Tangga ni takpe lagi
Tapi kalau tangga yang ni seriau jugak lah teman dibuatnya. 
Hujung minggu biasanya kami sekeluarga ke Grand Union Bukit Sentosa, restock barang Fariq. Sekarang ni dia minum fresh milk, memang every week akan beli kat sini sebab tak ramai sangat compare to Lotus. 
Petang kalau tak hujan, open pool lah. Huhu. Besar kolam kali ni, baru puas sikit aku berendam dalam tu. Ingat pasni nak beli bidai untuk tutup kawasan tu. Baru ada privasi sikit. Hihi
Last week dah start EURO2020. Seperti biasa aku support Die Manschaft la. Jersi ni aku beli time World Cup 2014. Muat lagi, tapi mak aiihh memang macam sarung nangka lah bila pakai. Haha
If Arena ada live boleh lah layan, tapi kalau malas stream kat phone je. Sebab biasanya tengok kat TV kalah..:-P

Tu je lah cerita minggu keempat kita berPKP. In Sha Allah, isnin aku akan dapat vaksin dos pertama, followed by my wife hari Selasa. Bagus TNG ni provide vaccination program utk staf dan spouse. Patut dicontohi oleh company-company lain demi mencapai objektif KKM untuk herd immunity.

P/S: Bilalah Bannerlord ni nak full version. Tengok mod yang ada semua boek. Cuma aku tak berani nak install mod selagi tak full version. 

No comments:

Post a Comment