Sunday, June 6, 2021

Kisah AKU n MCO 3.0 - Wk1

Assalamualaikum,

Ya, here we go again rakyat Malaysia. Another MCO iaitu yang ketiga dan juga total lockdown yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuatkuasa 1 Jun 2021. No surprise pun since kes harian pun memang dah menggila sampai ketahap 9,000 sehari, kes kematian pun sama dahsyat dengan 125 death recorded.
Sehari sebelum MCO baru, ada perutusan khas dari Group CEO kami, Mr. Effendy. 
Petang 31 Mei tu lepas ambil Fariq, kami ke Bukit Sentosa sekejap nak restock barang-barang Fariq such as susu, pampers, biskut etc. Tak pergi Lotus pun sebab memang ramai gila orang queue, panik buying lah tu. Huhu
Unlike MCO total lockdown pertama Mac tahun lepas, kali ni aku dapat surat kebenaran bekerja. Tapi setakat ni cuma sehari je aku datang office. Itu pun sebab ada meeting dengan our new CCO, Mr. Praba. Jalan clear gila, seronok drive hari tu.
Sampai kat Tol Duta, ada sangkut sikit. Teringat perbualan dengan frontliner hari tu.
Polis: Encik, kerja kat mana? 
Aku: Saya nak ke Bangsar South, kerja di Touch 'n Go.
Polis: Hmm, okay Go.

Haha, memang funny jugak time tu. Sebab terfikir ni lah first time bila aku kata kerja kat Touch 'n Go takde siapa tanya soalan susulan such as why RFID takde kat PLUS highway? kenapa refund tak masuk? why careline tak angkat phone etc.
Kena hensem-hensem sikit sebab nak jumpa bos baru. Huhu
Sempat pekena Caramel Machiato ni nak menghilangkan ngantuk. Maklumlah si Fariq tu boleh ajak main pulak pukul dua pagi. Haha, pricey jugak secawan kafein ni. RM10 tu! 
Memang lah ajak main, sebab time MCO ni tak pergi taska. Kekadang ambil turn jugak dengan wife, biasanya pagi aku jaga sekejap sebab petang aku memang busy sampai ke malam.
Hujung minggu ni lah aktivitinya, buka pool and mandi dengan anak teruna ni. Wife kata nak beli pool besar sikit, kesian tengok aku terlipat dalam tu. Haha
Time ni ada pepatung lalu, si Fariq ni dah la takut serangga. Lagi-lagi yang jenis terbang. Huu
Selfie lah sikit, lepas MCO ni aku plan nak revamp backyard ni. Plannya nak pasang artificial grass, pastu beli mini tiang gol dan barbeque set. Baru cantik sikit..:-)

Itu jelah cerita minggu pertama MCO 3.0 ni. Total lockdown lah sangat, punyalah berlambak company dapat kelulusan, tak silap aku around 125,000 jugak syarikat yang beroperasi sepanjang tempoh MCO ni which is equivalent to almost 1.6 million workforce! Company kami memang tak dinafikan penting untuk financial service sebab melibatkan public money dan disahkan oleh Bank Negara Malaysia serta Kementerian Kewangan. Takpelah kan, ada valid reason. Apa boleh buat rakan-rakan senegaraku, hadap je lah.Semoga keadaan berubah kearah yang lebih baik dari sekarang. Amin In Sha Allah.

P/S: Ikut skrip asal my mini series Reyne of Castamere ada lagi dua episode - maybe mid-week ni aku update episod keempat.

No comments:

Post a Comment