Thursday, July 30, 2020

Kisah AKU n Biz Trip @ Kedah 2.0

Assalamualaikum,

Aik, pergi sana lagi ke? Yup, betul tu. Cam siot kan dalam seminggu dua kali travel jauh. Tapi zaman dekat Quatriz pun sama je. Cuma laa ni ke Utara, hat cite lama tu ke Selatan. Okaylah, nak cerita sikit entri pasal aku ke Alor Setar buat kali kedua dalam tempoh kurang dari tiga hari ni. 
Aku bertolak dari Rawang ke Alor Setar dalam jam 8 malam ditemani seorang kawan rapat yang selalu jadi mangsa bila berjalan jauh ni. Haha. Mesti tertanya, apa benda yang urgent sangat sampai kena mai Loq Staq ni lagi. Ingat tak dalam previous entri, aku diberi tugas untuk monitor our new agent. This time diorang ada masalah yang kritikal, iaitu stok yang dah semakin berkurang ekoran dari tempat strategik yang almost everyday hit 100 fitment. Nak kurier memang tak sempat, so yang jadi pawn nya aku lah. Haha. Aku selamat tiba di homestay diorang di Alor Setar sekitar jam 1 pagi. Hantar stok, sign DO dan terus ke hotel. Barai bai..:-p
Cam kenal je brader tu? Haha, ya betul. Si Afiq ni lah yang teman aku sekali kesini since dia pun ada misi yang sama iaitu nak restock site-site FC Quatriz yang berada di Pulau Pinang. Aku pujuk dia join sekali Ahad lepas, at least jimat sikit dan dia setuju.
Menginap di hotel panel yang sama, Sentosa Regency Hotel. Receptionist tu pun tergelak bila nampak aku nak check-in..:-p
Makan malam dalam jam 3 pagi jugak malam tu. Mana taknya, time drive plan nak berhenti kat R&R Tapah. Tak jadi, pastu R&R Sungai Perak, pun tak jadi jugak sebab terlajak. Biasalah dah drive ada geng ni bersembang tak ingat jam. Last-last berhenti kat R&R Gurun around 12.30 malam, memang takde kedai bukak lah Jon. Haha
Sambung buat kerja sikit, update report dan inform team yang stock selamat delivered before masuk tidur around 4 pagi.
Pagi, bangun breakfast kat hotel. Bro ni pun cam aku jugaklah, time travel pun ada yang nak mengacau. Kami check-out dalam jam 1 petang sebab nak menunggu LOU dari Touch 'n Go. Tahulah kan, travel last minute ni macam-macam benda tak complete.
Melilau cari farmasi, nak beli temperature scanner untuk TNG Mobile Team yang bertugas di Plaza Tol Alor Setar Utara. VOC team kata lupa pulak nak provide. Risau ada spot check je, karang tak memasal kena kompaun sebab tak ikut SOP MKN.
Before keluar Alor Setar, aku bawak si Afiq ni pekena the famous Nasi Lemak Royale. Memang puas hati kata bro tu..:-)
Reach our TNG Mobile Team sekitar jam 2 petang and rearrange the booth to follow SOP MKN bagi prevention of Covid-19.
Warga Alor Setar yang ceria menunggu untuk mendapatkan tag RFID free dari TNG & PLUS. 
Biasa pergi balik dah gelap tak nampak apa, rupa-rupanya memang indah pemandangan sawah padi yang menghijau ni. Eh, sempat pulak ambil gambar?
Yelah, dah bagi brader ni drive pulak. Maklumlah, sesi petang ni untuk dia deliver stok dekat FC Quatriz pulak. So, silalah drive. Aku ni paling pantang kalau nak drive masuk Pulau ni. Ajenyer gampang driver kat sini. Haha
Crossing the bridge sekitar jam 4 petang. Last pergi Penang ni tahun lepas, dengan si Afiq ni jugaklah. Time tu nak bagi training dekat FC pasal SOP fitment baru.
3 sites nak kena distribute stock. Please be noted aku takde kena mengena dengan urusan Quatriz dengan sub-agent diorang ni. As mentioned early, kami berdua memang pergi sekali but with different mission.
Habis distribute dalam jam 5.30 petang dengan site terakhir di Jawi. Kami terus bergerak pulang menuju ke Selatan, singgah makan dan refuel di R&R Ulu Bernam dan selamat tiba di Sungai Buaya around 9.30pm. Mission Accomplished.

That's the wrap untuk 2 entri pada malam Raya ni. Esok another long haul journey, tapi tak sejauh Alor Setar lah. Nak pergi mana pulak tu bro? Balik Melaka lah beb, takkan nak beraya kat rumah je. Rare ni balik pagi raya, apa boleh buat dah sampai rumah tadi pun jam berapa. Okaylah kot, lagipun time Covid-19 ni kan new normal. So, menyambut raya pun normal baru lah.

P/S: Haha, as expected Pak Arab tak jadi beli Newcastle. Nasib baiklah aku dah kebal dari benda-benda karut camni.

Kisah AKU n Biz Trip @ Alor Setar

Assalamualaikum,

Malam ni suka aku nak berkongsi pengalaman pertama aku join business trip dekat Touch 'n Go ni. Kat mana pulak kali ni? Ya betul, ke Kedah lah kita! Hang mai Loq Staq, kepala hang aku putaq. Bhahaha
Petang Selasa yang lepas aku sempat pick up Fariq kat taska dulu sebelum bergerak ke Kedah. 
Sekitar jam 5 petang, aku memulakan perjalanan jauh ke Alor Setar. Dah lama beb tak drive long haul camni. Kalau ikut kiraan Google, perjalanan memakan masa 5 jam kalau tak stop rehat.
Around 7, aku berehat di R&R Sungai Perak. Bukan rehat makan pun, cuma baring dalam kereta. Penat hari tu, sebabnya pagi tu aku kerja cam biasa. Ada meeting, pickup tag, reader, uniform untuk vendor kami yang akan bertugas kat sana. Maklumlah, special arrangement lah katakan. Sampai R&R Gurun dalam jam 10.30 malam, makan dulu before pushing another 40km to Alor Setar.
Travelling with Touch 'n Go, aku berpeluang stay 3 malam dekat our hotel panel, Sentosa Regency Alor Star. Memang besar bilik ni. Dulu kalau travel dengan Quatriz, kena bajet-bajet sikit sebab kena upfront payment.
Keesokan paginya sekitar jam 8 pagi, aku dah tiba di site kami di BHPetrol Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Plannya jumpa dengan vendor kami disini untuk setup FC operation bagi menyokong pelaksanaan pilot program RFID di Utara.
Basically, tugas aku adalah memantau gerak kerja dan juga assist dalam hal teknikal dan business since ini merupakan tugasan pertama vendor baru kami ni.
Pemantauan juga meliputi aspek SOP MKN berkenaan garis panduan ketika Covid 19 ni.
Tapi tu lah, memang ramai orang. Dari original duty memantau, aku terpaksalah jugak roll the sleeve dan membantu sekali. Yelah, pengalaman dekat site dah ada.
First day, 50 promo tag berjaya dijual. Before balik hotel, singgah pekena Kuey Teow Bandung Loq Staq dulu.
Second day, lagi dasyhat. 120 promo tag terjual. Jumlah mendadak ni due to the removal of lorong Smartag yang membuatkan highway user terpaksa queue panjang. Tak menang tangan hari tu. Tengok queue bukan main panjang lagi kat sini.
Second day kitorang tutup operasi jam 9 malam jugak. Lepas buat scanning dan upload document singgah makan bersama since that was my last day monitor operasi Spectruck ni. Bergambar kenangan bersama team RFID Spectruck yang awesome ni. One of the best team yang aku monitor sepanjang berkecimpung dalam RFID ni. Well done guys!
Pekena the famous Nasi Lemak Royale Alor Setar.
Lepas makan, tak balik hotel pun. Aku tidur nak dekat dua jam jugak dalam kereta before meneruskan perjalanan balik ke Rawang. Haha, tak penat ke gila. Cam biasa, bila perjalanan jarak jauh ni mesti letak gambar family kat screen saver kereta. Biar beringat sikit. Huhu
Dalam jam 12 malam jugak aku gerak. Gelap bai. Nasib baiklah tak hujan.
Sampai Plaza Tol Sungai Buaya sekitar jam 5 pagi. Alhamdulillah, selamat juga sampai disini after a non-stop 5 hours drive. Memang balik je terbungkang sampailah jam 9 pagi. Huu

Jumaat tu aku kerja dari rumah cam biasa. Memang syok kerja diluar pejabat ni. Adalah freedom sikit dari terperuk dalam office. Tak nafikan, lepas aku masuk team RFID kat Quatriz dulu memang aku suka kerja-kerja outstation ni as compared to office works. Itu je cerita malam ni, ingat nak bersambung next entry tapi ada urgent hal pulak nak kena settle. So, till meet you guys ya. 

Wednesday, July 22, 2020

Kisah AKU n Fariq's 1st Birthday

Assalamualaikum,

Sekarang ni aku berada di Alor Setar, ada business trip sikit. Takdelah business sangat, more to field support for our JomRFID kempen di Utara sekarang. Tapi tu cerita lain entri nanti lah. Awal pagi ni aku nak berkongsi sikit sambutan hari lahir yang pertama buat anak lelaki aku, Fariq Ilham. 
Minggu ni masuk office macam biasa. Isnin, khamis dan ada extra satu hari attending urgent meeting dengan bos pada hari Jumaat. Urgent meeting tu pasal yang aku nak ke Kedah ni laa..:-)
Pagi Sabtu, aku meluangkan masa dengan mengajar cik isteri ni drive dekat highway pulak nak ke office dia di Sungai Buloh. So far, dah boleh drive sikit cuma kena selalu practice. Plannya pasni hari aku tak ke office, aku akan minta dia yang drive sendiri ditemani aku kat sebelah. Boleh nampak sikit real situation time rush hour tu.
Before sambutan dengan ibu ayah, Fariq dah terlebih dahulu sambut birthday dengan opah dan atuk dia.
Hari Ahad, sekitar jam 11 pagi aku dan family dah ke Bukit Sentosa untuk sambutan kecil birthday si Fariq ni. Tengok budak ni dok boring tunggu ibu dia bersiap. Haha
Pergi Secret Recipe je, dulu memang ada plan nak bawak Fariq berjalan tapi tu lah. Kes pun naik double digit, tak berani pulak aku nak bawak diorang pergi mall. Haa, apa tah yang tak puas hati tu boy?
Yelah, ibu ayah makan best.
Fariq makan bubur je. Huhu. Memang lah awak tu kecik lagi, karang tercekik baru tau..:-p
Cam biasalah, makan bergilir. Sebab si kecik ni suka hempas meja. Bagi wife makan dulu sambil aku melayan Fariq ni tengok Omar & Hana.
Okay, pas baton pulak..:-p
Adalah beli kek dua slice, sebab aku ni bukan makan benda-benda manis camni.
Nah makanlah kek sikit. Sikit je tau buat syarat..:-)
Dah nak balik baru mau nak jalan. Huu
Selfie sikit untuk kenangan bersama.
Selamat Hari Lahir Fariq Ilham, semoga membesar dengan jayanya, menjadi anak yang soleh dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Amin In Sha Allah.
Petang tu ada meeting business dengan brothers. Plan boek ni geng, jom kita sapu dulu.

Okaylah guys, aku nak tidur ni. Esok nak kena gerak awal kat site. Karang terlajak tidur mau mengamuk bos aku tu. Haha. Buat kenalan yang ada kat Loq Staq yang nak RFID percuma, mai singgah dekat BHPetrol Alor Setar, Lebuhraya Sultan Abdul Halim or just google BHPetrol Trio Autoservice.  Aku ada bertugas kat sini sampai hari Khamis. Bukan apa, Rabu ni RFID dah start boleh guna kat PLUS Utara ni. Rugi lah kalau tak grab benda free camni. Huu

P/S: Apa benda yang best kat sini?

Wednesday, July 15, 2020

Kisah AKU n Games Review - Dream League Soccer 2020

Assalamualaikum,

Okay, hari ni aku nak buat video games review sikit. Lama dah tak buat kan? Dulu time menganggur rasanya setiap minggu ada review game. Takpelah, tu cerita beberapa tahun yang lepas. Barang lepas janganlah dikenang.
Game yang aku nak review petang ni ialah Dream League Soccer 2020 or DLS2020. Sebuah mobile game developed by First Touch Games Ltd, khas untuk pengguna Android dan iOS. Walaupun ramai review and rate FIFA20 dan PES Mobile as the best football game kat mobile platform, tapi aku still nak try DLS2020 ni. 
This is the main menu untuk game ni. Straightly to team dashboard. Next Fixture untuk perlawanan seterusnya. Transfers untuk urusan jual dan beli players. Team Management untuk assess player performance dan My Club untuk pengurusan club. Please be noted, time aku buat review ni I'm already at Legendary Level, so kebanyakkan item pun dah taraf legend lah. Huu. Jom tengok satu-satu content menu game ni.
Let's start with Transfers. Kat sini lah tempat you all nak beli dan jual player. Nak beli pakai apa? Mestilah pakai Coin. Normally, after each games you will be rewarded with coin. Depending on the number of goal yang korang sumbat, clean sheet, objective bonus dan juga Home Stadium bonus. Player kat sini paling mahal dalam range 2000-3000 Coin, yang paling murah 100 Coin. It will surely take time lah untuk beli player mahal. Function Scout tu diorang akan cari discounted player, Agent pulak akan dapatkan random player (boleh jadi common, rare or legendary), cumanya bila pakai agent korang kena pakai diamond pink, bukan coin.
Ni pulak dashboard untuk My Club. Kat sini you all akan dapat peluang untuk acah-acah jadi Club Director. Terlibat dengan stadium expansion dan kit baru, set the club objectives dan checking the team statistics. Kat sini jugak korang boleh upgrade fasiliti sekitar stadium. Kawasan commercial membantu untuk generate extra coin, medical pulak boleh kurangkan risiko player injured, training field bagi korang ability untuk unlock extra formation dan last sekali accommodation yang membolehkan menambah kapasiti team.
This is Stadium menu. Kat sini korang boleh customize Home Stadium but with a Coin lah. Mana ada benda free. Huu. Aku pesan siap-siap, stadium expansion ni very important. Sebab kalau korang nak naik level, korang kena besarkan stadium. Seingat aku kalau nak qualify untuk bertanding di liga Legendary, kapasiti stadium mestilah 85,000 keatas. Kalau tak you will never advance to the next level. 
Now we will go to Customize Team. Kat sini korang boleh design sendiri kit yang akan digunakan. You guys can design up to three kits (Home, Away, Third). Boleh jugak nak tukar nama dan logo team since original name yang diberikan kepada player ialah Dream Team FC. Ingat nak tukar jadi Newcastle United tapi team tu already exist dalam DLS2018 ni. So aku adopt nama Tyneside FC which is alternate name untuk Newcastle. Huu
Haa, mesti you all tak sabar nak tengok my formidable team kan. Here it is, I'm presenting you my Dream Team! Eventhough takde Messi or Ronaldo, team ni lah yang tak pernah failed menang treble almost every season. Huu
Haa, tengok tu. Dah nak masuk 500 match aku main tau. Bukan senang nak sampai ke level ni. Sobs
Mauro Icardi remained player yang membuat paling banyak appearances with Tyneside FC. Mana taknya dah pakai khidmat dia since Academy sampailah ke level Legendary ni. From 428 appearances, Icardi menjaringkan a total of 413 goals. 90% scoring rate! Selain memegang record club's top scorer, Icardi juga our best assist, season's top scorer, gol terbanyak in single game, penjaring gol terpantas dan juga paling banyak kena kad merah. Haha
Jom kita tengok in-game punya graphic. Untuk sebuah mobile game, grafik DLS2020 memang superb with smooth control. Icardi menyumbat gol ke 414 dalam kariernya bersama Tyneside FC. Ooh lupa pulak nak bagitau, after korang menang Legendary Division. Ada 4 lagi additional challenges unlocked dan korang mesti menang each cup to unlock others. Starting with International Cup, then to All-Star Cup. Lepas menang ni, you guys will face First Touch Utd (special team from company yang develop DLS2018 ni) team yang player semua rating 90+. If korang berjaya mengalahkan team FTU, korang akan face the Ultimate Challenge. Apa benda tu? Haa, kat sini ada manager yang dah cloned team korang tu and you guys akan berlawan dengan basically, team sendiri. Haha
Mauro Icardi menjulang trofi kejuaraan yang tah kali keberapa dalam karier dia bersama Tyneside FC. My record sejak Academy Division, team ni dah merangkul a total of 46 trophies. 
Manager, Fred McBride mengucapkan farewell kepada penyokong-penyokong atas support yang mantap sepanjang tempoh beliau mengemudi Tyneside FC sejak Academy hinggalah ke peringkat Legendary. A truly glorious 10 years. Ya betul, I called it a day lah after 400+ matches, pasni aku plan nak restart sebagai Newcastle United. Pakai player diorang je, baru ada fight sikit. Kekadang boring jugak bila asyik menang je. Huhu

So tuan-tuan semua, that's my review untuk Dream League Soccer 2020. Game yang sangat berbaloi. Sesuai dimainkan oleh semua peringkat umur. Gerenti tak kan bergaduh sebab aku perhati kawan-kawan yang main Mobile Legends, semuanya end up mencarut dan emo antara satu sama lain. Haha. Untuk rating, aku bagi 5 Star untuk game ni. Awesome!