Friday, September 13, 2019

Kisah AKU n Mini Reunion GBKWU 2019

Assalamualaikum,

Jerebu sekitar Lembah Klang nampaknya, sakit tekak aku dibuatnya. Dah lah banyak kerja luar minggu ni. Okaylah, tapi entri hari ni nak cerita pasal minggu lepas punya hal. Biasalah, sejak dah jadi bapak ni memang slow sikit rate mengupdate aku ni.
Since Isnin lepas cuti, kami ada buat reunion untuk "Geng Bersatu Kita Warga UiTM". Kebetulan Helmy ada kat KL berkursus. Tu yang buat jugak, bila lagilah nak gather macam ni lagi. Tapi yang datang kitorang bertiga je. Pok Jad kena standby kerja malam, Yat pulak MIA. Haha
Bersengkang mata menyiapkan material untuk taklimat, presentation dan sebagainya. Ada SOP baru, takkan nak bagi material lama kot. Huhu
Minggu lepas banyak ke IPD sahaja. Bagi taklimat pasal RFID dekat warga kerja dan pegawai-pegawai kat sana. At least bila dah bagi taklimat, harapnya bila team datang nanti adalah ramai sikit yang mai nak buat fitment.
Ada jugak training session dengan Sub-Agent baru kami - RMWAY Engineering Sdn Bhd di premis worksyop mereka di Gombak.
Memang Khamis lepas aku bawak sekali si Afiq ni keluar. Alang-alang Tag Production pun tak start lagi. Eloklah ajak bro ni keluar amik angin sikit. Haha
Jumaat ada handover lori ke vendor semula. Sedih beb nak pulang balik lori-lori ni walaupun sometimes create banyak problem.
Thank you for your service selama setahun berkhidmat dengan kami..:-)
Sabtu ada pemasangan penapis air kat rumah aku. Walaupun market dah congested dengan Coway dan Cuckoo. Tapi aku nak mencuba yang nama baru ni - Jik Soo. Ada empat suhu - sejuk, panas, suam dan infant. Eloklah untuk kami yang baru menimang cahaya mata ni..:-)
Pandai anak aku sorang ni. Asal aku balik, terus tabik hormat camni. Tahulah nama Jeneral. Hihi

Okaylah, itu sahaja entri ringkas hari ini. Macam biasalah, kalau ada cerita baru tu nantilah aku update. Till then, take care dan bye-bye!

No comments:

Post a Comment